Home > Islam, Not yet Muslim > Kesudahan kepada kufur adalah NERAKA?

Kesudahan kepada kufur adalah NERAKA?

Kesudahan kepada kufur adalah neraka. Kesudahan kepada kufur adalah azab Allah yang pasti, azab yang tidak terbayang peritnya.

Hakikat inilah yang menjadi sebab kepada perlunya dakwah dan tarbiyyah. Dakwah yang tujuannya adalah untuk menyelematkan umat manusia daripada azab seksa dihari akhirat, dan tarbiyyah untuk mendidik manusia agar meletakkan segenap saat daripada hidupnya untuk berusaha mendapat syurga yang tertinggi.

Hakikat wujudnya syurga dan neraka, wujudnya hari pembasalan dan hakikat bahawa setiap manusia akan dihitung amalannya setelah dia dibangkitkan sesudah kematiannya adalah salah satu daripada ciri asas keimanan yang amat dititikberatkan oleh Rasulullah sejak awal dakwahnya. Hakikat ini jugalah yang telah diterangkan oleh Allah dalam ayat-ayat Makkiah dalam Al-Quran, antara ayat yang awal diturunkan oleh Allah.

Hakikat ini jugalah yang menjadi amaran kepada sekalian umat manusia bahawa tiada jalan untuk selamat daripada azab Allah melainkan dengan Islam. Bahkan, hakikat ini jugalah yang menjadikan seoarang yang kafir itu perlu bersegera untuk berubah, dan tidak berlengah-lengah setelah dia melihat kebenaran, kerana kematian boleh menjemputnya pada bila-bila masa dan satu-satunya kesudahan kepada kekufuran adalah azab Allah yang pasti.

Amatlah malang apabila umat Islam yang sepatutnya menjadi penyambung kepada dakwah Rasulullah ini bukan sahaja berhenti memberi peringatan berkaitan azab Allah ini, bahkan malu, takut, dan apologetik daripada mengatakan bahawa kesudahan bagi kufur adalah neraka.

Marilah kita ambil contoh teladan daripada Rasulullah sendiri. Mari kita perhatikan bagaimana dakwah yang Rasulullah usahakan bukan semata-mata bermula dengan berita gembira, perkara-perkara yang baik dan “mudah diterima”, tetapi hakikatnya dimulai dengan peringatan bahawa azab Allah yang menanti.

Inilah kata-kata Rasulullah ketika baginda menjemput kaum kerabatnya untuk menyampaikan seruan Islam: “Sesungguhnya keluarga tidak mendustai sesama keluarga, demi Allah tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya.”

Begitulah juga ketika Rasulullah memulakan dakwah baginda secara terang-terangan di Makkah. Setelah Baginda mengumpulkan penduduk Makkah, inilah seruan baginda:

“Bagaimana kalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana ada musuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percaya cakap ku itu?” Jawab mereka: “Ya kami percaya, sebab selama ini belum pernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu.” Maka sambung Rasulullah dengan kata-katanya: “Sesungguhnya aku hendak memberi peringatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menanti kamu! “

Inilah pedoman yang kita pelajari daripada dakwah Rasulullah sejak daripada permulaan dakwahnya!

Inilah juga antara perkara yang paling awal saya pelajari sejak daripada saya mengenal dunia dakwah dan tarbiyyah, seperti yang telah dinukilkan oleh sahabat saya dalam tulisan beliau: http://dakwah.info/seerah/dakwah-secara-terang-terangan/

Hakikat kesudahan kufur adalah azab neraka adalah satu kepastian yang menggerakkan setiap pendakwah untuk terus bertungkus-lumus dalam usaha dakwahnya, atas dasar kasih sayang untuk menyelamatkan umat manusia daripada azab ini. Kesedaran ini tidak menjadikan mereka lembik dan apologetik, atau menjadikan mereka mengambil jalan mendiamkan peringatan berkenaan azab, kononnya atas alasan ‘dakwah bil-hikmah’ atau untuk menjaga hati orang-orang kafir yang menjadi sasaran dakwahnya.

 

Categories: Islam, Not yet Muslim
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: