Home > Bangsaku, Sharing, The World > Islam Manhaj Perubahan

Islam Manhaj Perubahan

Manhaj perubahan adalah kefahaman terhadap cara bagaimana sesebuah perubahan itu dilaksanakan. Apabila kita meneliti senario umat Islam hari ini, dan menilai bagaimana sesebuah gerakan Islam itu bergerak, sebenarnya banyak kepelbagaian kaedah dan cara kerja gerakan Islam adalah berpunca daripada perbezaan manhaj perubahan yang mereka imani.

Saya bawakan beberapa contoh dalam meneliti manhaj perubahan.

  1. Ada pihak yang yakin bahawa kaedah mengubah nasib umat terletak kepada kekuatan ekonomi. Bertitik tolak daripada kefahaman ini, mereka bertungkus lumus cuba meningkatkan taraf ekonomi umat.
  2. Ada pihak yang meyakini bahawa nasib umat perlu diubah dengan memperbaiki iman masyarakat. Usaha-usaha dilakukan untuk menyemai iman dalam hati pengikut mereka. Gerak kerja mereka berlegar di sekitar masjid dan ibadah-ibadah khusus semata-mata.
  3. Ada pihak yang meyakini bahawa satu-satunya jalan perubahan adalah dengan doa. Kata mereka bukankan doa adala senjata orang beriman? Mereka pun tenggelam dalam doa-doa mereka, mencari saat maqbulnya doa pergi ke pelbagai tempat yang afdhal untuk berdoa.
  4. Ada juga pihak yang mengatakan bahawa satu-satunya jalan perubahan adalah dengan memiliki kekuasaan. Apabila kuasa telah berada pada tangan mereka, barulh Islam dapat dilaksanakan.
  5. Ada pihak juga yang meyakini bahawa perubahan yang dianjurkan oleh Islam cuma bersifat spiritual dan tiada kaitan dengan dunia dan perjalanan kehidupan. Islam cumalah agama untuk memastikan kebahagiaan di akhirat semata-mata.
  6. Di sana juga ada kelompok yang mendakwa bahawa Islam cuma boleh dilaksanakan dengan jalan jihad dan peperangan. Maka lahirlah kelompok yang menghalalkan pertumpahan darah atas nama agama, tanpa hujah yang jelas.
  7. Ada juga kelompok yang mengatakan bahawa manhaj perubahan dalam Islam ialah dengan akhlak yang baik, lunak dan lemah lembut, tanpa langsung memerlukan kuasa dan kekuatan.

Contoh-contoh yang saya bawakan mungkin kelihatan agak simplistic, namun hakikatnya inilah logik yang digunakan sebagai hujah untuk membenarkan kefahaman masing-masing. Nas- nas daripada Al-Quran dan Sunnah di petik-petik secara terpilih dan diterjemah untuk menyokong kefahaman masing-masing.

Pengajaran daripada Al-Quran, Sirah Rasulullah dan sunnah yang kita warisi daripada sahabat-sahabat baginda perlu ditelaah daripada perspektif yang syumul dengan disiplin ilmunya yang tersendiri. Sekiranya, Islam ditafsirkan dan diterjemah secara terpisah-pisah, maka kaedah-kaedah simplistik sepertimana contoh di atas adalah antara hasil yang pasti.

Keupayaan dalam menterjemah pengajaran daripada sumber yang shahih, dengan kaedah dan disiplin ilmu yang tepat sebenarnya amat diperlukan supaya akhirnya ilmu-ilmu Islam ini tidak cuma tinggal teori yang terpisah daripada realiti semasa. Kegagalan mengaplikasikan ilmu-ilmu ini akhirnya menyebabkan Islam kelihatan jumud, tidak relevan, kolot dan tidak sesuai lagi digunapakai.

Sebenarnya Islam adalah sebuah manhaj yang syumul yang telah terbukti kejayaan perlaksanaannya. Kita melihat bagaimana kedatangan Islam telah mengubah perjalananan dunia dan mengangkat martabat bangsa Arab menjadi peneraju dunia berabad lamanya. Perubahan yang di bawa oleh Rasulullah adalah perubahan yang syumul yang merangkumi aspek spiritual dan keimanan, emosi dan perasaan, intelek dan kecerdikan mahupun aspek kekuatan jasmani, fizikal dan material. Perubahan yang dibawa oleh Rasulullah bermula daripada perubahan manusia itu sendiri, mengubah tujuan hidupnya, mengubah keinginan dan kehendaknya, mengubah halatuju perjalanan hidupnya. Kelompok manusia inilah yang berusaha membawa perubahan dalam masyarakat sekitarnya, dalam negaranya, dan dalam dunianya. Di sana ada peranan qudwah melalui akhlak yang baik, ada peranan hujah dan dialog, ada tempatnya memerlukan kuasa, kekerasan dan jihad. Mengabaikan kesyumulan aspek perubahan dan mengenepikan kaedah-kaedah tertentu dan memencilkan perlaksanaan Islam dalam konteks yang sempit adalah kesimpulan yang salah.

Marilah kita memahami Islam dan manhajnya yang syumul. Itulah titik mula perubahan dalam diri kita.

Image

  1. January 26, 2014 at 11:32 am

    Reblogged this on Life's Journey.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: