Home > Life Notes, Sharing > Apa ada dengan USRAH?

Apa ada dengan USRAH?

Usrah

Gambar Hiasan: Kredit kepada http://jalananterus.blogspot.com

Apa ada dengan usrah?

Suatu masa dulu usrah ni sesuatu yang agak alien dan terlibat dalam usrah ni sering dikaitkan dengan kegiatan subversive, anti-establishment dan juga pro-pembangkang.

Tapi hari ni, usrah ni boleh jumpa kat mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa sahaja. Program surau untuk kaum ibu pun namanya usrah, program ‘get-together’ sesama kawan-kawan pun jadi usrah, program baca Yasin malam jumaat pun jadi usrah dan perjumpaan simple untuk berkongsi tazkirah juga ada yang panggil usrah, bahkan telah ada program radio dan TV hari ini yang berbentuk usrah atau disebut sebagai halaqah.

Akhirnya apa ada dengan usrah? Best sangatkah masuk usrah? Apa yang penting sangat ada usrah?

Saya dah kenal usrah sejak daripada masuk sekolah menengah. Masuk sekolah berasrama penuh, usrah tu jadi program wajib setiap minggu untuk kami dalam tingkatan satu dan dua. Masuk tingkatan tiga, usrah jadi optional untuk sesiapa yang berminat sahaja. Masuk tingkatan empat, mana-mana yang masih minat nak berusrah boleh jadik naqib pulak untuk pelajar tingkatan satu dan dua. Apa yang dibincangkan dalam usrah sekolah saya masa tu sangat-sangat bergantung kepada siapa “abang naqib” yang bawa usrah. Ada yang suka baca kisah wali akan cerita pasal wali, ada yang suka cerita fadilat-fadhilat akan baca kitab fadhail, ada juga yang cerita isu politik, isu semasa dan macam-macam lagi, tak kurang juga isu-isu berkaitan remaja yang baru mencapai akil baligh. Saya ingatkan usrah tu cuma program sekolah dan akhirnya habis sekolah, tamatlah episod usrah saya.

Bila sampai di Universiti, saya terkejut bila seoarang abang senior ajak saya usrah. Terfirkir saya, “tak habis-habis lagikah usrah?” Tapi saya tetap juga cuba untuk ikut dan saya dapati, usrah baru saya sangat berbeza daripada usrah sekolah saya. Saya lebih menghargai usrah baru ini. Saya lebih faham apa ertinya saya menjadi seorang Mukmin.

Masuk tahun kedua saya di university, saya dah jadi antara orang paling senior di kalangan pelajar Malaysia di Melbourne pada masa itu. Secara tak langsung, saya jugak cuba buat usrah untuk adik-adik yang baru sampai. Pada masa itu, usrah cuma jadi sumber tazkirah untuk kami yang berada di bumi asing, sekali-sekala bincang pasal agama, dan yang paling penting dapat makan beramai-ramai.

Namun, saya masih tertanya-tanya, akhirnya usrah ni setakat perjumpaan mingguan ini sahajakah? Dan adakah ia akan berakhir sebagaimana berakhirnya usrah sekolah apabila tamatnya zaman persekolahan.

Untuk menjawab persoalan yang ada, dan untuk mencari pengisian diri untuk akhirnya dapat bawa kepada adik-adik junior dalam usrah mereka, saya pun cuba terlibat dalam apa sahaja program-program Islam yang ada. Sesekali ada orang daripada ahli jemaah tabligh ajak pergi masjid atau majlis bayan mereka, saya meluangkan masa untuk turut serta. Kalau ada public lecture yang dianjurkan oleh beberapa kumpulan umat Islam di Melbourne masa tu, saya pun turut sama. Pernah juga duduk belajar rasmul bayan dengan rakan-rakan Muslim dari Indonesia, kadang-kadang ada juga terlibat dengan halaqah-halaqah umat Islam yang memang menetap di Australia.

Akhirnya saya temui satu kelompok usrah yang pada saya mempunyai hala tuju yang jelas, berlandaskan prinsip-prinsip syarak daripada quran dan sunnah, yang menelaah realiti hari ini berdasarkan interpretasi yang jelas. Dari usrah ini, saya dapat betulkan bacaan al-quran dan memahami maknanya, menghafal beberapa juzuk daripadanya dan memahami tuntutan ayat-ayat Allah, juga belajar hadith-hadith yang sohih, beramal dengan doa-doa dan zikir-zikir yang ma’thur dan juga memahami tuntutan ubudiyyah yang merangkumi segenap aspek hidup. Daripada usrah ini, saya belajar melawan tuntutan nafsu dan membuang kepentingan diri. Jalan amal terbentang jelas di hadapan saya. Teori-teori yang saya pelajari amat dekat dengan realiti semasa.

Inilah usrah yang saya kenali. Semoga saya terus thabat di jalan ini. Dan saya sangat sarankan supaya rakan-rakan yang telahpun mengenali usrah supaya menilai kembali apa makna usrah yang anda ikuti.

 

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: