Archive

Archive for November, 2013

Neraca kita berbeza?

November 5, 2013 Leave a comment

Muntalaq

Saya memetik beberapa perenggan daripada buku Al-Muntalaq oleh Sheikh Muhammad Bin Ahmad Ar-Rashid.

Kebenaran petikan di atas semakin jelas terbentang di hadapan saya, apabila saya meneliti peristiwa-peristiwa yang menimpa umat Islam di seluruh dunia, dan secara khususnya di Malaysia.

Berhadapan dengan rentetan peristiwa yang belaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya meyakini bahawa perbezaan yang ketara daripada respon pelbagai organisasi umat Islam ke atas peristiwa-peristiwa tersebut adalah sebenarnya berpunca daripada perbezaan neraca pertimbangan yang digunakan dalam menganalisa dan menilai setiap sesuatu. Perbezaan neraca ini membawa kepada interpretasi yang berbeza, yang kemudiannya menjurus kepada reaksi yang berbeza.

Perbezaan neraca ini juga memungkin mereka yang membaca buku yang sama, mempelajari kisah yang sama, melihat peristiwa yang sama, namun akhirnya membuat kesimpulan yang berbeza dan mengambil pengajaran yang berbeza.

Persoalannya, reaksi yang manakah yang paling hampir dengan kebenaran?

Atau adakah di sana tiada lagi istilah benar dan salah kerana setiap orang berhak membuat penilaian mereka sendiri?

Advertisements
Categories: Bangsaku, Sharing, The World Tags: , ,

Alangkah Beruntungnya Kita : Waktu Solat

November 5, 2013 Leave a comment

Alangkah Beruntungnya Kita….

Selalunya, dalam banyak hal, kita tak terasa akan sesuatu nikmat sehinggalah kita dah kehilangan nikmat itu….

Kali ni, saya tak nak cerita nikmat besar-besar. Saya nak cerita pasal nikmat waktu solat yang tetap yang kalau berubah pun beberapa minit sahaja sepanajang tahun. Mungkin tak ramai yang rasa betapa besarnya nikmat ni. Dan saya sebagai orang yang dah tak rasa nikmat ni, sangat-sangat merinduinya…

Dengan tetapnya waktu solat yang cuma dapat dirasai oleh negara-negara yang terletak berdekatan dengan garisan khatulistiwa, yang mana tempoh waktu siang dan malam lebih kurang sama panjang sepanjang tahun, semua urusan boleh dijalankan dengan teratur sepanjang tahun. Seolah-olahnya kita boleh buat satu jadual rutin hidup seharian yang boleh kita guna pakai sepanjang tahun. Alangkah nikmatnya dan mudahnya menyusun urusan harian dalam keadaan sebegitu.

Ni waktu solat saya hari ini:

Prayer Schedule November / 2013

Date

Day

Fajr

Sunrise

Dhuhr

Asr

Maghrib

Isha

3

Sun

5:11

6:34

11:34

2:07

4:33

5:57

4

Mon

5:13

6:36

11:34

2:06

4:31

5:56

5

Tue

5:14

6:37

11:34

2:05

4:30

5:55

6

Wed

5:15

6:39

11:34

2:04

4:29

5:54

7

Thu

5:16

6:40

11:34

2:03

4:27

5:52

8

Fri

5:18

6:41

11:34

2:02

4:26

5:51

9

Sat

5:19

6:43

11:35

2:01

4:25

5:50

Tak lama lagi, nampaknya saya perlu solat isyak di pejabat!

Ini pula waktu solat saya pada bulan Ramadhan yang lalu.

Day

Ramadan

Gregorian

Fajr

Sunrise

Dhuhr

  Asr

Maghrib

Isha

  Wed

1

10/7

3:12

5:08

12:56

  5:06

8:43

10:41

  Thu

2

11/7

3:13

5:09

12:56

  5:06

8:42

10:39

  Fri

3

12/7

3:15

5:10

12:56

  5:06

8:41

10:38

  Sat

4

13/7

3:16

5:11

12:57

  5:06

8:41

10:37

  Sun

5

14/7

3:18

5:12

12:57

  5:06

8:40

10:35

  Mon

6

15/7

3:20

5:13

12:57

  5:05

8:39

10:34

Bayangkan betapa banyaknya ‘adjustment’ yang perlu dibuat untuk memastikan kita tetap solat di awal waktu dalam keadaan waktu yang sentiasa berganjak.  Gunakanlah nikmat yang ada sebaiknya. Solatlah di awal waktu!

(saya gunakan Islamic Finder untuk rujukan waktu solat seluruh dunia)

logoIF

Categories: Sharing

Islam: Identiti negara yang perlu dipertahankan

November 4, 2013 Leave a comment

{Tulisan ini telah disiarkan di laman web rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)}

Saya berpeluang untuk sampai ke pelbagai buah negara di seluruh dunia. Ada yang saya singgah sebentar, ada yang saya menetap untuk tempoh yang lama. Dalam siri-siri perbualan sepanjang permusafiran ini, antara pemerhatian yang saya dapat simpulkan adalah, Malaysia dikagumi sebagai sebuah negara Islam yang sedang pesat membangun dan memiliki pencapaian dalam pelbagai bidang. Identiti Islam sememangnya telah diterima sebagai sebahagian daripada identiti negara. Bahkan, ada kalangan mereka yang terkejut apabila saya nyatakan bahawa orang Muslim di Malaysia adalah cuma lebih kurang 60% daripada keseluruhan penduduk, kerana sangkaan mereka peratusan orang Muslim melebihi 90% berdasarkan imej negara yang mereka kenal.

Namun isu identiti negara ini sememangnya perlu dilihat dengan lebih teliti disebabkan oleh dua realiti yang amat ketara pada pandangan saya. Realiti pertama ialah, sekiranya kita teliti perlaksanaan Islam di Malaysia dengan terperinci, sebenarnya apa yang membentuk imej atau identiti negara Islam itu cuma terbatas kepada perkara yang bersifat syiar atau simbol semata-mata sedangkan pengamalan Islam dalam semua aspek kehidupan belum pun terlaksana sepenuhnya. Realiti yang kedua yang perlu kita sedari ialah betapa syiar-syiar agama Islam yang ada pada hari ini pun sedang diganggu-gugat dan kelihatan seperti sedang dirombak satu persatu.

Realiti Pertama: Perlaksanaan Islam pada syiar semata-mata?

Realiti pertama yang saya sebutkan di atas, adalah satu tafsiran saya kepada suasana semasa. Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam kerana masih dipimpin oleh pemimpin beragama Islam, dengan Islam tertulis dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan, dengan adanya bacaan doa dalam majlis-majlis rasmi, dengan adanya institusi-institusi kerajaan yang berkait dengan agama Islam, dengan hari-hari kebesaran Islam diraikan sebagai cuti umum, dengan wujudnya sistem mahkamah syariah, perbankan Islam, universiti Islam dan wujudnya masjid-masjid yang menjadi sebahagian daripada landskap negara dan sebagainya.

Namun, adakah perlaksanaan Islam di Malaysia telah terlaksana sepenuhnya? Terus-terang bagi saya tidak sama sekali. Penghayatan Islam dalam ertikata melaksanakan ubudiyyah atau penghambaan sepenuhnya kepada Allah dalam segenap aspek kehidupan sebenarnya belum terlaksana. Kita cuma berhukum dengan undang-undang Islam dalam beberapa aspek tertentu dalam ruang lingkup yang sempit. Kita cuma menggunapakai beberapa asas dalam ekonomi Islam dalam sistem kapitalis dan sistem matawang dunia yang tidak selari dengan hukum-hakam Islam. Kita cuma mempelajari Islam sebagai salah satu subjek dalam kurikulum sekolah-sekolah kita. Kita cuma menggunakan beberapa penyelesaian yang bersifat Islam secara tempel-tempelan, untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul daripada sistem hidup yang tidak berasaskan Islam.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan Islam cuma ‘digunakan’ dalam suasana yang membolehkan kita mendapat manfaat semata-mata, sebagaimana beberapa ayat Quran digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar dan pekerja, sebagaimana juga beberapa petikan ayat Quran dan Haadith yang cuma digunakan untuk mengubat masalah depresi dan menghilangkan tekanan. Tidak keterlaluan juga jika saya katakan bahawa bagi sesetengah umat Islam, apa yang tinggal cuma amalan-amalan ritual yang tiada kaitan langsung dengan kehidupan mereka.

Adakah kita berpada dengan pencapaian kita dalam perlaksanaan Islam yang ada pada hari ini? Sesekali tidak, kita tidak akan berpada dengan apa yang ada, malah kita sepatutnya terus berusaha ke arah pengamalan Islam yang menyeluruh baik dari segi syiar mahupun dari segi maknanya. Baik dalam bentuk yang zahir mahupun perkara yang bersifat dalaman. Baik dalam perlaksanaan ritual-ritual, mahupun maksud yang sepatutnya dicapai daripada ritual tersebut.

Perubahan tidak bermula dari kosong

Apabila kita nyatakan bahawa kita tidak berpada dengan apa yang ada, kita juga tidak menidakkan pencapaian yang sudah sedia dicapai. Kita tidak sesekali menafikan usaha-usaha pembaikan yang telah pun diusahakan dalam pelbagai bentuk oleh mana-mana pihak sekalipun. Amat malang sekiranya ada pihak yang cuba untuk merombak pencapaian sedia ada atas alasan untuk menegakkan Islam yang sebenarnya. Islah atau usaha pembaikan tidak bermula daripada kosong, malah sebenarnya perlu dibina atas asas dan pencapaian sedia ada. Tindakan menidakkan apa yang telah dicapai sebenarnya adalah tindakan yang berundur ke belakang dan hanya akan merugikan umat Islam.

Realiti Kedua: Usaha merombak Identiti Sedia Ada

Banyak usaha yang telah dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab secara sedar dan terancang mahupun secara tidak langsung atau dipergunakan oleh pihak lain yang matlamat akhir mereka adalah untuk merungkai segenap perkara yang berkait dengan identiti Islam ini.

Sebagai salah satu contoh kewujudan usaha ini, saya bawakan apa yang telah dipamerkan untuk menggambarkan identiti negara kita Malaysia dalam Shanghai World Expo 2010. Antara yang menjadi tarikan pameran adalah pusat hiburan dan judi terkemuka di Genting Highland, gambar beberapa buah gereja, sejarah berkaitan masyarakat Cina peranakan (Baba Nyonya di Melaka) dan beberapa hasil seni berkaitan dengan agama Hindu. Penonjolan identiti negara dengan cara sebegini bukanlah satu isu remeh dan perlu dipersoalkan dengan terperinci. Apakah imej negara yang cuba ditonjolkan? Walaupun atas alasan `marketing` untuk menarik pelancong sekalipun, adakah kita mahu tonjolkan identiti negara kita melalui industri judi, gereja dan patung Hindu?

Mari kita perhatikan identiti-identiti yang mewakili negara kita Malaysia di mata dunia sekarang dan kita cuba fikirkan apa imej negara yang akan kita sedang tonjolkan di pentas dunia. Adakah negara Malaysia akan terus dikenali sebagai negara Islam dalam jangka masa sepuluh tahun lagi?

Usaha terbaru yang baru diwarwarkan untuk membina kuil Hindu di Klang yang disifatkan sebagai bakal menjadi tarikan pelancong ke Malaysia dengan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta daripada kerajaan perlu dilihat sebagai salah satu perkara yang bakal menyumbang kepada pembinaan identiti negara. Adakah kita perlukan kuil sedemikian sebagai salah satu identiti negara? Tidak cukupkah untuk kita gambarkan betapa kita memiliki toleransi agama yang cukup tinggi dengan wujudnya Pusat Pengembangan Agama Kristian terbesar di Asia bernama Calvary Convention Center? Tidak cukupkah dengan Malaysia memiliki patung emas Lord Murugan setinggi 42.7 meter di Batu Caves? Tidak cukupkah Malaysia memiliki patung Buddha sedang berbaring di Kelantan? Tidak cukupkah Malaysia dikenal sebagai pusat perjudian terkemuka Genting Highlands? Sekali lagi saya bawakan persoalan, apakah identiti negara Malaysia masa akan datang?

Dalam masa yang sama juga usaha-usaha untuk membawa masuk dan mengimport segala macam perkara daripada luar terus berlaku dengan pesatnya. Apa jua halangan dalam bentuk undang-undang, peraturan-peraturan dan peruntukan perlembagaan yang berkait dengan pemeliharaan identiti sedia ada dicabar satu persatu. Masyarakat Malaysia didedahkan dengan segenap perkara daripada luar atas nama globalisasi, hak asasi dan kebebasan media. Segala perkara yang membatasi usaha ini, seperti sekatan ke atas buku Irshad Manji, sekatan penggunaan perkataan-perkataan tertentu dalam penerbitan Kristian, sekatan ke atas penyebaran Al-Kitab yang dikatakan Bible dalam Bahasa Melayu, dan usaha-usaha ‘censorship’ akan dipersoalkan dan ditentang habis-habisan.

Jalan Keluar

Menghadapi dua realiti ini, menuntut rakyat Malaysia untuk kembali menilai pencapaian semasa dan menghargai keharmonian sedia ada. Umat Islam secara khususnya perlu keluar daripada zon selesa dan bertanya kepada diri sendiri, apakah identiti negara yang kita mahukan di tanah air kita ini? Adakah kita akan berpada dengan apa yang ada sedangkan apa yang tinggal pun sedang dirombak satu persatu.

Tentunya usaha mempertahankan pencapaian semata-mata tidak mencukupi. Usaha-usaha memperkasakan perlaksanaan Islam dalam segenap aspek kehidupan perlu dipesatkan dengan menggembeling setiap kekuatan yang masih bersisa. Kita berhadapan dengan arus perosak yang hebat yang sepatutnya menyedarkan kita untuk kembali bersatu demi agama Islam. Usaha ini seharusnya digerakkan dengan bersungguh-sungguh oleh segenap pihak tanpa mengira sempadan politik kepartian yang sempit, dan melewati segenap batasan yang memisahkan kita dan menjadikan kita umat yang boleh dicaturkan untuk mencapai agenda orang lain.

Zaizul Azizi Zaman
Aktivis ISMA
(Penulis adalah rakyat Malaysia yang pernah menetap di Australia dan Canada pernah berpeluang melawat pelbagai negara di Eropah, Asia dan Timur Tengah)