Home > Life Notes, Sharing > Live our life to the fullest!

Live our life to the fullest!

Teringat saya akan perbualan singkat saya dengan Jurulatih Karate anak saya beberapa hari lepas, beliau begitu teruja mengira anak-anak saya yang hadir pada masa itu, 4 orang semuanya. Katanya,”big family!”. Komen-komen sedemikian sudah banyak kali saya dengar sepanjang beberapa bulan saya di bumi Quebec. Saya membalas dengan senyuman dan jawapan ringkas, bahawa bilangan ini agak normal dalam masyarakat Malaysia. Saya amat tidak menyangka jawapan balas yang saya dengar dari mulut Jurulatih Karate tersebut, katanya: “Over here, sadly people are more selfish. We think to much for ourselves. We do not want many kids because of the effect of the kids in our life.”

Saya termenung panjang mendengar jawapan itu. Rata-rata, kebanyakan keluarga di sini memliki hanya satu atau dua dan paling ramai tiga orang anak. Kebanyakan mereka tidak berkahwin kecuali sebilangan kecil yang masih ada agama. Perkahwinan sudah tidak ada nilai. Sekitar perumahan saya, saya perhatikan lebih banyak rumah yang ada memelihara anjing daripada yang ada kanak-kanak di dalamnya. Memiliki anak dan membesarkan mereka seakan satu beban yang cuma sebilangan kecil yang masih mahu memikulnya.

Tidak dinafikan, kehidupan mereka seakan bahagia. Walau apapun kerja mereka, peraturan “minimum wages” yang ada memastikan mereka akan mampu hidup selesa. Malah kalau mereka kehilangan pekerjaan pun, mereka masih akan dapat 80% daripada gaji mereka melalui “employment insurance” dan banyak lagi skim kebajikan yang ada. Rata-rata mampu memiliki rumah dan kenderaan, malah kebanyakan mampu berbelanja besar untuk bermacam-macam hobi. Tunggu sahaja hujung minggu, jalan-jalan akan dipenuhi dengan kenderaan yang membawa bermacam-macam peralatan rekreasi,daripada yang kecil seperti basikal, motorsikal scrambler, ATV, jet-ski, speedboat, recreational vehicle (caravan) dan macam-macam lagi.

Melihat kehidupan sebegini, terfikir saya, apakah nilai kehidupan bagi mereka?

Apa pula nilai kehidupan bagi kita? Adakah untuk “enjoy life” semata-mata? Sebagaimana mereka “enjoy life” mereka kerana hidup ini adalah segala-galanya, dan tidak ada apa-apa lagi selepas itu?

Hidup cuma sekali. dan hidup yang sekali ini lah yang menentukan untung nasib kita dalam alam yang kekal abadi.

Live our life to the fullest, to ensure we will not regret it in The Hereafter!

Categories: Life Notes, Sharing Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: