Home > Bangsaku > Saya sayang PAS!

Saya sayang PAS!

Pas-300x202

Saya sayang PAS. PAS punyai ramai pengikut yang ikhlas, rajin dan sanggup bekorban atas nama perjuangan Islam. Mereka bekerja tanpa mengharapkan habuan dunia.

Saya masih ingat, dalam PRU 2008, sepanjang hari mengundi saya berada di pondok panas PAS, membantu membuat semakan pengundi dan tolong apa yang patut. Sebaik sahaja keputusan pengiraan undi diketahui kira-kira jam 7 petang, suasana begitu sugul kerana PAS kalah di P.40 Parlimen Kemaman dan N.32 Dun Ayer Putih dan  gagal menawan kembali Terengganu. Namun, di sebalik kesugulan itu, saya sangat kagum dengan semangat pemuda-pemuda PAS. Mereka segera mengerah tenaga yang masih tinggal untuk menurunkan bendera dan banner, saya ingat lagi kata-kata mereka:

“Kita simpan balik bendera ni, dengan tiang-tiangnya. Kita tunggu 5 tahun lagi!” Tiada kedengaran kekesalan dalam suara itu. Rakan yang lain menjawab, “Kita siapkan sebelum maghrib, kalu dah balik rumah takut payah nak keluar balik!”

Itulah semangat mereka, setelah berminggu-minggu mengerah tenaga berkempen, keputusan yang diterima dengan tenang tanpa lemah semangat.

Atas dasar inilah saya sangat sayangkan PAS.

Saya sangat terkesan apabila ada tanda-tanda semangat dan keikhlasan anak muda PAS ini diperkudakan untuk memenangkan agenda orang lain, yang jauh daripada matlamat perjuangan PAS.

Saya sangat terkesan apabila saya dapati bahawa PAS juga diresapi pelbagai cara fikir dan agenda asing. Saya terkesan apabila suara rasmi PAS, Harakah ditunggang oleh pendokong liberal dengan nama Islamic Renaissance Front (IRF). Saya terkesan apabila para pendokong PAS yang setia di momokkan dengan cara fikir simplistik, “kita tumbangkan BN dulu, lepas tu belakang kira”. Saya terkesan apabila ada kelompok dalam PAS yang lebih sayangkan Anwar Ibrahim daripada pimpinan ulama dalam PAS sendiri. Saya terkesan apabila PAS seolah-olah jadi kuda tunggangan DAP. Saya terkesan apabila keputusan Dewan Ulama PAS boleh di”override” oleh pimpinan PKR. Saya terkesan apabila puak Syiah juga memperkudakan PAS.

Saya sayang PAS! Saya harap PAS kembali ke pangkal jalan dan membersihkan saf daripada pelbagai pihak yang ada agenda sendiri dan berkepentingan.

Categories: Bangsaku Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: