Home > Bangsaku > Politik Kaum Cina: Hakikat yang perlu dipelajari

Politik Kaum Cina: Hakikat yang perlu dipelajari

Saya menunaikan tanggungjawab mengundi pada 28 April 2013, sebagai pengundi pos luar negara. Saya amat terkejut apabila mendapati bahawa kebanyakan pengundi yang yang hadir adalah rakyat Malaysia berbangsa Cina. Saya amat terharu dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh mereka, yang sebahagiannya terpaksa datang dari jauh, berkongsi kereta dan menumpang di rumah rakan-rakan semata-mata untuk datang mengundi. Mereka juga kelihatan sangat tersusun dengan ada yang berusaha meyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia yang lain supaya datang mengundi. Saya mengagumi semangat dan kesedaran politik mereka.

Hakikatnya, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu jalan ke arah memastikan survival bangsa Cina di Malaysia. Jika dibandingkan dengan orang Melayu yang seolah-olah beriman dengan satu-satu parti, yang mana menukar parti seakan disamakan dengan murtad atau belot dan digelar sebagai katak atau sesumpah, parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan survival mereka.

Dalam masyarakat cina, di sana ada Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO, baik yang bersifat perkumpulan professional, persatuan berasaskan industri tertentu, kumpulan berasaskan dialek, tempat asal, dan suku kaum. Sesetengah persatuan ini sebenarnya lebih berpengaruh dalam masyarakat Cina berbanding dengan parti-parti politik. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.

Tidak hairanlah jika kita lihat DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia begitu terdesak untum mendapatkan undi orang Cina sehingga sanggup berjumpa dengan Dong Jiao Zong sebelum mengumumkan pembubaran parlimen baru-baru ini. Bagi saya ini satu tindakan yang amat memalukan. Dong Jiao Zong (bahasa Cina: 董教总) dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di sekitar Malaysia.

Kita dapat melihat bagaimana parti-parti politik Cina dimanipulasi untuk kepentingan kaum Cina secara keseluruhannya. Contohnya, apabila DAP melaungkan sesuatu tuntutan sebagai parti pembangkang, maka MCA akan menjadikan tuntutan DAP sebagai satu alasan untuk berunding dengan UMNO di dalam BN. Seolah-olah, sekiranya perkara yang serupa tidak diberi kepada MCA, maka undi Cina akan berpihak kepada pembangkang. Perkara yang sama berlaku dalam PR, apabila MCA seolah-olah menakut-nakutkan orang Cina dengan hudud, maka DAP akan menjadikannya sebagai modal, sekiranya PAS tidak membunag hudud daripada manifesto, maka undi cina tidak akan diperolehi oleh PR. Dalam kedua-dua keadaan, kaum Cina secara umumnya mendapat habuan yang dalam masa yang sama sedikit demi sedikit menggadaikan kepentingan kaum lain. Hal ini dapat dilihat dalam pelbagai isu baik yang telah lepas atau yang sedang berlaku, contohnya isu meritokrasi, penaiktarafan IPTS kepada university, ‘bible’ dalam bahasa melayu, liberalisasi ekonomi dalam beberapa sektor, pengiktirafan UEC dan banyak lagi.

MCA telah menjalankan tugasnya untuk menjamin survival ekonomi kaum Cina sejak merdeka sehingga sekarang. Dalam formula pembahagian kuasa dalam BN, sektor ekonomi juga dibahagikan berasaskan kaum. Untuk suatu jangka masa, formula ini seolah-oleh berhasil. Namun, ada kegusaran bahawa apa yang telah diperolehi dalam bentuk habuan ekonomi adalah tidak mencukupi dan kaum cina memerlukan lebih dari itu. MCA digambarkan seolah-olah terlalu tunduk kepada UMNO lalu menjadi satu limitasi kepada kaum cina.

Dalam masa yang sama Pakatan Rakyat kelihatan lebih terbuka dan lebih banyak perkara yang masih boleh dirundingkan. Maka kita dapat lihat bagaimana dalam PRU 2008, undi orang-orang Cina lebih berpihak kepada DAP, yang mana MCA cuma menang 19 daripada 40 kerusi Parlimen, kebanyakannya kepada DAP.

Selepas PRU 2008, kerajaan BN seakan-akan lebih berlembut dengan MCA dan DS Najib dalam beberapa program transformasinya telah tunduk kepada tuntutan MCA demi mendapatkan semula undi kaum Cina.

Keputusan PRU 2008 juga menjadikan MCA bergolak dengan hebat, yang akhirnya membawa kepada pemilihan 2008, EGM 2009 dan pemilihan semula pada Mac 2010 yang menyaksikan bagaimana Chua Soi Lek mampu memenangi kerusi Presiden dalam MCA setelah sebelumya meletak semua jawatan setelah skandal seksnya terbongkar pada Januari 2008.

Peranan persatuan-persatuan cina ini sebenarnya jauh lebih berpengaruh sehingga berupaya menentukan pucuk pimpinan parti-parti politik cina. Dalam kes MCA, Chua Soi Lek diberi kemenangan untuk lebih melemahkan MCA, yang kini dipimpin oleh Presiden yang telah terlibat dalam skandal. Ini kerana, MCA yang lemah akan lebih menggusarkan BN, yang akhirnya meletakkan mereka dalam situasi yang terdesak, sehingga sanggup menggadaikan apa sahaja demi mengekalkan kekuasaan mereka. Itulah bacaan saya terhadap peristiwa DS Najib berjumpa dengan Dong Jiao Zong dan isu pengiktirafan UEC.

Saya diberitahu bahawa 80% pengundi cina akan menyokong Pakatan Rakyat pada 5 May nanti. Katanya, inilah peluang terbaik untuk merungkaikan segala limitasi ke atas kaum Cina dan membebaskan mereka daripada menjadi ‘bangsa tertindas’ di Malaysia, sebagaimana dalam poster Lim Kit Siang ini:

IMG-20130502-WA002

Statistik demografi kaum Cina di Malaysia meyakinkan saya, bahawa kaum cina memang perlu bertidak sekarang, kerana populasi mereka yang semakin mengecil mungkin tidak akan memberi impak sebesar ini pada masa akan datang.

Malaysian Chinese Demographics

Saya tiada apa-apa rasa permusuhan terhadap mereka kerana saya faham bahawa setiap bangsa berhak mempertahankan survival mereka. Cuma saya amat mengharapkan supaya bangsa Melayu dapat belajar daripada politik orang Cina yang tidak mengambil kira parti apa pun, yang penting kepentingan mereka terjaga.

Categories: Bangsaku Tags: , , , , ,
  1. ikhwanul muslimin
    September 29, 2013 at 10:00 am

    macam mne nak teruskan survival orang Melayu? sedangkan kerajaan Negeri Kelantan minta royalti dikembalikan pun, ada pihak kerajaan pusat dengar?? sedangkan Kelantan itu sendiri majoritinya umat Islam, Melayu… dan Cina di sana pun mengikut telunjuk Islam..

  2. saya
    May 13, 2013 at 11:10 am

    Are you sure Kit Siang mentioned whatever was quoted in the poster? All I see is pro-BN media and supporters circulating this quote. For me, it would have been an assassination to his own political career if he were to attack Islam in such a manner.

    • May 14, 2013 at 11:05 am

      Khai, I can remove the quote and the message of my writings would not change.

      • ikhwanul muslimin
        September 29, 2013 at 10:02 am

        provokasi untuk menakut2kan orang memang mcm ni kan? quote yg x pernah wujud, diadakan..

  3. ahmad nasim sidek
    May 7, 2013 at 5:21 pm

    betul, tepat sekali. Ramai yang share post saudara yang terbaru, tetapi saya nak share yang ini untuk bacaan ramai shbt2-sahabat saya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: