Home > Bangsaku > PRU13: Analisa Pembahagian Kerusi Dalam Pakatan Rakyat

PRU13: Analisa Pembahagian Kerusi Dalam Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat seakan-akan begitu yakin bahawa inilah peluang terbaik untuk mereka merebut kuasa setelah lebih 50 tahun merdeka dan tiada pertukaran kerajaan berlaku di peringkat nasional. Keyakinan ini bertambah kuat memandangkan kerajaan BN sekarang dilihat berada pada kedudukan paling lemah dalam sejarah pentadbiran negara dan gagal mempertahankan majoriti 2/3 dalam parlimen pada PRU12;2008.

Saya suka untuk melihat bagaimana agaknya komposisi kerajaan yang bakal dibentuk PR sekiranya mereka benar-benar Berjaya merebut kuasa. Berbeza dengan Barisan Nasional yang merupakan satu organisasi yang tersusun yang merangkumi parti-parti komponen yang jelas boleh dilihat diketuai oleh UMNO (Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah Pengerusi dan Naib Pengerusi BN-lihat carta di bawah), Pakatan Rakyat pula merupakan satu pakatan yang lebih longgar dengan struktur yang tidak berapa jelas. Sehingga sekarang, siapakan calon Perdana Menteri, TPM dan Menteri-menteri kanan adalah sebuah teka-teki yang masih diperbahaskan antara pimpinan PR.

CARTA ORGANISASI BN 06122012-A

Agakan saya, senarai calon dan pembahagian kerusi di kalangan parti-parti dalam PR merupakan satu pentunjuk yang baik akan komposisi kerajaan Pakatan Rakyat. Berikut adalah sedikit fakta daripada senarai calon-calon PR untuk kerusi Parlimen.

Calon Parlimen PR PRU13

Carta: Pembahagian kerusi Parlimen di kalangan Parti-Parti dalam PR

Calon PR 2013

Seandainya, angka-angka ini dilihat secara sekali imbas, kelihatan seolah-olah PKR adalah ketua kepada PR dengan jumlah kerusi paling banyak, diikuti oleh PAS dan DAP. Namun, adakah ini benar-benar mencerminkan kedudukan parti-parti dalam PR?

Sebelum hari pancalonan pada 20 April lalu, jelas kelihatan berlaku perebutan kerusi di kalangan parti-parti dalam PR, terutama pertindihan tuntutan antara PAS dan PKR. Saya agak khuatir kerana saya tidak pula mendengar akan pertindihan tuntutan antara PAS dengan DAP atau PKR dengan DAP. Saya agak khuatir, adakah pembahagian kerusi dalam PR berlaku dengan DAP terlebih dahulu memilih kerusi mereka dan kemudiannya terpulanglah kepada PAS dan DAP untuk memilih dan membahagikan kerusi-kerusi selebihnya?

DAP mungkin meletakkan calon paling sedikit, tapi apakah kesannya sekiranya kerusi yang dipilih DAP adalah kerusi-kerusi selamat atau kerusi boleh menang? Saya berani mengutarakan hal ini kerana inilah yang telah berlaku dalam PRU12 di Perak, yang telah saya ulas dalam entri PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam PRU12;2008 di DUN Perak, PAS dan PKR masing-masing bertanding di 21 dan 20 kerusi manakala DAP cuma bertanding di 18 kerusi daripada 59 kerusi di DUN Perak. Keputusan PRU tersebut memberi kemenangan kepada DAP di semua kerusi yang dipertandingkan (18/18) berbanding PAS yang cuma menang di 6 daripada 21 kerusi dan PKR 7/20.

Pakatan Rakyat perlu memenangi 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan, manakala 148 kerusi perlu dimenangi untuk memiliki majoriti 2/3 dalam parlimen. Dengan bertanding di cuma 51 kerusi, sekiranya senario di Perak pada 2008 berulang, DAP sebenarnya memiliki 51/112 atau 46% kerusi dalam kerajaan dengan majoriti mudah atau 51/148 atau 34% dalam kerajaan PR yang memiliki majoriti 2/3.

Bagaimana agaknya pembahagian jawatan menteri dalam kerajaan seumpama ini? Kita tidak mahu pengalaman kerajaan PR Negeri Perak berulang, apabila kesemua jawatan exco kanan kerajaan negeri dipegang oleh DAP, walaupun jawatan Menteri Besar yang dihadiahkan kepada PAS (itupun cuma kerana Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengkehendaki jawatan MB dipegang oleh bangsa Melayu).

Bagaimanakah struktur pentadbiran negara pada masa itu? Bagaimana pula dasar kerajaan akan dirangka dan dibentuk? Walaupun bilangan tersebut masih agak kecil untuk mengubah perlembagaan, namun saya tidak yakin bahawa hak-hak bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam akan terjaga dalam situasi ini, dalam konteks perjalanan sebuah negara. Ini belum lagi mengambil kira fahaman liberal dan pluraslime agama yang menular dalam PKR dan kewujudan golongan syiah dalam PAS.

Saya khuatir, dengan keghairahan untuk mengubah kerajaan sedia ada, kita berubah kepada sesuatu yang lebih buruk. Jangan nanti, terlepas dari mulut buaya, masuk pulang ke mulut Sang Rimau. Jangan pula jadi ibarat Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai!

Siapa akhirnya yang memperguna dan siapa yang diperkudakan? Agenda siapakah yang akan dijulang?

Saya khuatir Pakatan HAraPan RAKyat akan cuma tinggal Pakatan HAPRAK! Seandainya ini bakal terjadi, saya katakan “Lain Kali Saja Lah!”

Saya harap tidak begitu! Saya doakan yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia dan keberlangsungan Malaysia dalam suasana aman dan barakah.

Categories: Bangsaku Tags: , , , , , , ,
  1. amiera
    May 7, 2013 at 12:09 pm

    yg kluar mngundi samaada untk pembaharuan [PR], atas dasar perkauman, status quo,, trend urban area beza dgn semi urban dn luar bndar, juga pengundi muda yg trdedah dgn maklumat.

    antara harga barangan, toll, tariff turun anti nepotisma, korupsi vs br1m dn yg sekata!

  2. amiera
    May 7, 2013 at 11:59 am

    analisa yg tersasar, ada perkiraan dlm agihan kerusi dn ini pun prlu d halusi d masa hadapan.. PAS juga brgantung kpd undi PKR DAP d byk kawasan hinggakn d mana mereka juga lemah PAS kalah teruk

    ini urusan pilihan raya bkn dakwah semata!!

  3. May 6, 2013 at 8:19 pm

    anda dari ISMA … maka saya boleh faham tulisan tuan.

  4. aman
    May 6, 2013 at 4:36 am

    ramalan dan kiraan yg tepat tuan!

  5. pak ajis
    May 5, 2013 at 12:50 am

    zaizul xpayah risau….Allah ygnmengaturkan apa yg dikehendakinya….jika mereka menang maka kita redha…dan patutlah mereka menjd lebih baik….jika mereka kalah terimalah dgn redha…..jika mereka pandai tadbir sudah pasti pulau kecil menjd benua….kalau mereka xpandai tadbir jgn slahkan org lain…..semoga islam terus terpelihara….jgn hrapkan kita dibwah sahaja berlawan berdebat menegakkan islam tetapi org diatas menjuai islam demi kepentingan peribadi……

  6. pak ajis
    May 5, 2013 at 12:45 am

    pelik… kenapa masih perlu menyokong pakatan yg masih menaruh syak wasangka kpd ahlinya….kenapa perlukan lebih ramai melayu dlm pakatan jika pakatan sudah memerterai perjanjian sesama mereka…..pemimpin pas pun meratah duit rakyat dgn membeli kereta camry, duit balak, duit insaniah, duit pelaburan yg tersilap,duit air yg dinaikkan…wlupun sikit tp ttp naik…kena pa xsubsidikan sahaja duit air?…..dulu ckp klu perintah pemimpin pas naik basikal pegi ke pejbt…kenapa guna duit rakyat beli kereta….kita ckp tentang kaut duit rakyat tp kita xckp berapa ramai yg telah mendpt pekerjaan?….kilang arak dikatakan org bn bina….tp bila pr perintah selangornkenapa xada usahha nak robohkan?trut mengaut untung arak ke?…..tgk tgna naik kereta apa?…kalau naik kereta buruk mcm ahmadinejad xboleh ke?….

  7. mohammad
    May 3, 2013 at 7:44 pm

    apa pandangan saudara zaizulazizi tentang hujah yang diberikan oleh anas dan abdullah salam berkaitan tentang dap?

  8. Mohamad
    May 3, 2013 at 12:57 am

    pilihan yg ada cuma 2 iaitu PR atau BN? Orang cerdik pandai tak akan biarkan BN terus meratah kekayaan negara dan gunakan tax payer money mcm duit bapak mereka…. org2 kurang cerdik mmg akan terus undi BN… cakap pasal perjuangan Islam, buatlah perbandingan antara pemimpin2 PAS & umNO….orang bengong je yg terus undi umNO….

    • May 3, 2013 at 1:09 am

      encik mohamad memang cerdik sehingga tidak dapat di ajar lagi… terima kasih…

  9. anas
    May 2, 2013 at 12:06 pm

    Kalau situasi di perak menjadi rujukan, DAP dapat memenangi semua kerusi mereka kerana MIC dan MCA yg sudah menjadi lemah. Kesannya semua bukan melayu berpihak kepada DAP. Manakala bagi kerusi melayu, UMNO masih kuat berbanding PAS di Perak. Untuk mendapatkan Menteri Besar PAS yang kuat maka melayu wajib menyokong PAS di Perak.

    Oleh itu peringkat parlimen, semua melayu harus ambil iktibar bahawa semua bukan melayu telah membuat keputusan mereka untuk pastikan bahawa calon Pakatan Rakyat menang dalam PRU13, oleh itu semua melayu ambil langkah yang sama wajib pangkah calon PAS agar kerajaan baru yang lebih kuat dapat dibentuk. Jika tidak, akan ramai melayu di kerusi pembangkang.

  10. saiful
    May 2, 2013 at 11:50 am

    Ape yang penting dalam perjuangan politik adalah keistimewaan semua pihak mengikut kepentingan &majoriti dapat dikekalkan.PAS dan DAP sekadar berkerjasama.Pas berlandaskan Al-quran.Ade Ahli syura. X pernah la lagi dengar dana pas bagi DAP. Dalam soal politik ketelusan dan keadilan paling utama. Sepatutnya BN lebih muhasabah dalam soal ni. Tanya kenapa orang Islam melayu lebih tertarik pada PR.?Kebanyakkan mereka yang menyokong bukanla yg berpendapatan besar .Bukanla nak tender ,proksi, projek,untung dalam perniagaan tapi ketelusan dan hak rakyat hidup di bumi malaysia. Dalam dunia ni ,memang boleh buat penafian,menunjukkan pencapaian yang sedikit tapi melebih-lebihkan, tapi kat akhirat xbole menipu dah ,tula,yang kekal.So takutla dengan rukun iman yang ke5. Dunia cuma persinggahan. kehidupan di dunia bukanlah hidup,tapi ujian .Kematian adalah permulaan kehidupan yang kekal.

  11. Abdullah Salam
    May 2, 2013 at 11:27 am

    Kajian menarik namum menjadikan contoh Kerajaan Negeri Perak. Penulis harus melihat sisi lain sama.
    Di Perak terjadinya begitu kerana kawasan2 DUN yang Muslim pas dan muslim PKR bertanding di menangi majoriti oleh BN. maka oleh sebab itu kerusi Muslim Pas dna PKR kecil semasa kerajaan negeri perak terbentuk.

    ada satu solusi pada satu sisi yang penulis tidak atau ENGGAN mahu lihat. Jika MAJORITI MELAYU bersama2 dengan kaum cina dan India memilih PR di Perak semasa 2008, maka ADUN Muslim PR akan ramai. maka pekara yang terjadi semasa pembentukan kerajaan Perak di mana dikuasai oleh chinese TIDAK AKAN TERJADI.

    JIKA kita TIDAK MAHU kerajaan PR nanti dukuasai cina (kalau itulah yang dibimbangkan). semua orang Melayu harus undi PR (bersama2 majoriti bukan melayu mengundi PR).. supaya meramaikan calon2 Muslim PR. dalam kerajaan PR akan datang.

    jika orang melayu menangkan ramai calon Melayu PR..Insya Allah KERISAUAN ISMA tidak berasas sama sekali pada masa itu.

  12. April 30, 2013 at 9:12 am

    1 persoalan, mengapa Pas tidak menang kerusi yang banyak di Perak? Adakah mereka dikalahkan oleh calon DAP?

    • April 30, 2013 at 10:47 am

      ye betul! pada saya PAS telah ‘dikalahkan’ sejak daripada fasa pembahagian kerusi lagi. PAS dan jenteranya yang bekerja keras dengan segala usaha dan wang ringgit di kerusi yang banyak yang peluang untuk menang amat tipis, sedangkan DAP cuma bertanding di kerusi selamat. Maka kita telah pun tengok bagaimana orang2 PAS bertungkus lumus memenangkan DAP, sedangkan di kerusi yang PAS bertanding, DAP cuma sekadar tunjuk muka sahaja…. kita pun dah dengar seruan beberapa pimpinan DAP supaya tak mengundi PAS sepenuhnya….

      • anas
        May 2, 2013 at 12:11 pm

        Oooops you salah. Interpretasi berdasarkan prejudis you.

    • anas
      May 2, 2013 at 12:12 pm

      PAS kalah kerusi di perak kerana UMNO lebih kuat berbanding PAS. DAP menang byk kerusi kerana MCA dan MIC dah lemah. So melayu kena sokong PAS. Simple maaaa.

  13. Dr Mohd Salami Ibrahim
    April 30, 2013 at 1:16 am

    Salam Ya akh zaizul. Lama tak dgr cerita. Masih segar kenangan petik ceri sama2 dkt cobram dulu. Moga family sihat semua

    Ada org bg link tulisan akhi. Sy tertarik nak ulas kerana tidak seperti bebrapa tulisan yg sy temui, tulisan akhi nampak lebih tersusun dan disokong oleh fakta2 yg jelas sekali statistiknya – walaupun beberapa hujah dan fakta ini kurang sy persetujui

    Isu yg dibangkitkan berkisar:
    1) ketiadaan struktur jelas kerajaan pakatan rakyat
    2) pengaruh DAP dan hak melayu serta kedudukan islam di dalam kerajaan yg akan dibentuk pakatan rakyat

    1) ketiadaan struktur jelas kerajaan pakatan rakyat
    Kita kena acknowledge, isu pembentukan kabinet walaupun shadow kabinet bukanlah isu mudah yang boleh dipersetujui semua dalam masa yg singkat. Pokok asas kepada yang menentukan pembentukan kerajaan dan jemaah menteri adalah kekuatan mandat kerajaan dan peratusan kerusi yang diperolehi oleh parti komponen.

    perlembagaan negara memperuntukkan kepada salah seorg ahli parlimen ‘who command the majority in the house (member of parliament)’ untuk mendapat perkenan YDP Agong dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri

    Bagaimanapun, pembentukan kabinet dan bilangan jemaah menteri adalah di atas budi bicara perdana menteri.

    Sejarah semenjak perdana menteri pertama dari parti perikatan (BN) mengangkat sumpah dan mendapat perkenan YDP Agong, belum pernah struktur khusus kabinet dibentang kepada umum sebelum pilihanraya umum kerana perdana menteri harus menilai kekuatan mandat yg sentiasa berubah di dalam PRU selain tuntutan parti komponen yg menuntut hak di dalam kabinet berdasarkan prestasi mereka di dalam pilihanraya

    Sbb itu kita melihat sewaktu kerajaan Dato Seri abdullah mng besar pada tahun 2004, saiz kabinet msia merupakan yg terbesar semenjak 1957.

    Sedangkan dato’ najib selepas kemenangan tipis 2008, bilangan jemaah menteri merupakan yg paling sedikit di dalam sejarah. beberapa portfolio kementerian terpaksa dihapuskan. Kementerian keushawanan yg di bawahnya terdapat Majlis Amanah Rakyat (MARA), agensi yg khusus membela nasib orang melayu islam juga telah dihapuskan. MARA terpaksa berpindah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jawatan setiausaha parlimen juga terpaksa dihapuskan oleh kerajaan Dato’ seri Najib

    Sudah tentu terdapat beberapa portfolio yg terpaksa dikekalkan perdana menteri kerana status quo Barisan Nasional seperti kementerian kesihatan kepada MCA, kementerian kerja raya kepada MIC dan kementerian pendidikan dan kewangan kpd UMNO. Biarpun begitu, masih mustahil untuk dipastikan siapakah dari parti2 komponen barisan nasional yg akan dilantik ke kabinet kerana mereka terlebih dahulu harus memenangi mandat rakyat di dalam PRU.

    Contohnya ketika PRU 2008, perdana menteri mengumumkan Tan Sri Koh Tsu Koon akan dibawa masuk kepada kerajaan pusat dari jawatan ketua menteri pulau pinang. Malangnya apabila Tan Sri Koh Tsu Koon kalah di parlimen Batu kawan, Dato’ Seri Najib terpaksa manjaga hati parti gerakan dan mengotakan janji melantik Tan Sri Koh Tsu Koon ke jawatan menteri melalui perlantikan senator. Dato’ Seri Samy Vellu yang seharusnya meneruskan protfolio kerja raya juga kalah di parlimen Sungai Siput menyebabkan Dato’ Subramaniam dilantik mewakili MIC

    Ringkasnya, adalah tidak praktikal untuk mengumumkan struktur khusus kabinet kerajaan pakatan rakyat sebelum pilihanraya umum kerana mana2 perdana menteri perlu melihat kekuatan mandat yang diberikan rakyat, jumlah kerusi yg diperolehi setiap parti dan juga kelayakan calon sebelum membuat keputusan penubuhan kabinet.

    Tidak seperti kerajaan Barisan Nasional, kerajaan Pakatan Rakyat juga belum pernah memerintah kerajaan pusat, oleh itu belum ada status quo di dalam kabinet yg akan dibentuk seperti yg kita lihat kabinet2 Barisan Nasional sebelum ini

    soalan siapakah calon perdana menteri pakatan rakyat pula rasanya sudah menjadi malumat umum.

    2) pengaruh DAP dan hak melayu serta kedudukan islam di dalam kerajaan yg akan dibentuk pakatan rakyat

    Isu berkaitan ‘apakah dasar yg akan dijalankan’ oleh kerajaan pakatan rakyat jika DAP menguasai maksimum 46% kerajaan – sy dapati sukar hendak diolah kerana tidak ada isu khusus yg dibangkitkan. Bagaimanapun sy fahami sentimen org melayu yg sememangnya sensitif sekiranya kaum lain memperoleh kuasa yg besar di dalam kerajaan

    Msia sewaktu awal kemerdekaan berhadapan pelbagai ujian dan cabaran. isu pengenalan kaum berasaskan fungsi ekonomi menjadi teras yg membelenggu keharmonian antara kaum.

    Kebanyakkan org2 melayu terpinggir di Kg2 mengusaha hasil asas tani dan hasil laut. Org cina pula memiliki perusahaan di bandar2 utama sementara kaum india kebanyakan tinggal di estate2 perladangan

    Dasar ekonomi baru (DEB) pasca rusuhan kaum 1969 dibentuk utk menyelesaikan isu ini. DEB dikaitkan dgn pembangunan ekonomi dan memelihara hak2 istimewa org melayu di dalam perlembagaan.

    Tanah melayu dijajah smenjak 1511. Selepas lebih 400 tahun bertukar tuan, barulah org melayu menikmati menjadi tuan di bumi sendiri. Sentimen org melayu mmg tidak rela tanah melayu sekali lagi dijajah oleh kaum lain.

    Apabila terdapat seruan mempertahan kaum melayu, kedaulatan raja2 melayu, kedudukan ekonomi melayu, kedudukan agama islam, pendidikan anak2 melayu, tentulah org melayu secara tradisinya akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

    UMNO, JATI, Perkasa, GPMS dan ISMA adalah cth suara2 orang melayu sekarang yg membuat seruan terbuka kepada sentimen ini. Saya berkongsi sudut sejarah kerana sejarah melayu sememangnya berkait rapat dgn pemikiran bangsa melayu – tidak kira latar belakang politik kita

    Org2 melayu baik di dalam PAS mahupun PKR turut berkongsi sentimen yg sama. Pakatan Rakyat tidak pernah sama sekali bertolak ansur hak istimewa org melayu dan kedudukan agama islam. Ini jelas di dalam semua manifesto, ceramah dan hebahan umum pakatan rakyat, baik dari PAS, PKR mahupun DAP.

    Tiada siapa yg blh nafikan jasa UMNO kpd org melayu, ttp adakah dgn tidak merestui kelemahan2 yg terdapat di dalam kerajaan pimpinan UMNO skrg maka hak org melayu dan islam akan tergadai?

    Tidak adil dikatakan kerajaan pakatan rakyat akn mengkhianat melayu kerana ada DAP di dalamnya. Sedangkan Barisan Nasional terdapat PPP (People Progressive Party) dan Parti Gerakan yg bersamaan ideology dgn DAP menuntut social justice – equal access to country wealth utk semua kaum di Malaysia, saling tidak ubah dgn fahaman Malaysian Malaysia oleh DAP. Sejarah kedua2 parti Gerakan dan PPP merupakan pembangkang yg lebih kuat dari DAP pada masa sebelum mereka menyertai kerajaan. Itu belum dikira MCA yg merupakan parti kedua terbesar di dalam Barisan Nasional yang membawa suara2 pertubuhan Cina ke dalam kabinet.

    Isu pembelaan hak melayu dan kedudukan islam bukan shj berkait dgn kalimah Allah dan penolakan hudud oleh DAP (note: juga ditentang terbuka oleh MCA), tetapi juga berkait dgn tuntutan suara bukan melayu di mana sebahagian daripadanya telahpun dipenuhi oleh kerajaan Barisan Nasional:
    1) jaminan kewujudan sekolah jenis kebangsaan
    2) Jaminan bahasa Cina dan India di sekolah2 jenis kebangsaan
    3) bantuan penuh kerajaan kpd sekolah jenis kebangsaan
    4) pengiktirafan sijil pendidikan dari sekolah jenis kebangsaan
    5) pembukaan kuota universiti awam dan swasta
    6) Liberasi pengaruh kerajaan dari pasaran ekonomi
    7) peruntukan kepada agama bukan islam seperti pembinaan kuil dan rumah ibadat
    8) bantuan program pembangunan org2 bkn islam

    Sejarah Perak walaupun dikatakan dikawal oleh DAP, belum ada polisi kerajaan Dato’ Seri Nizar yg dilihat mengenepikan hak org melayu dan agama islam. Di samping itu, usah kita lupa PAS yg ahlinya hampir 100% orang melayu tidak pernah di dalam sejarah penubuhannya semenjak 1951 ketinggalan di dalam mempertahan isu agama islam dan hak2 orang melayu.

    Akhir kalam, saya suka huraikan seperti ISMA, org2 melayu di dalam pakatan rakyat, baik PKR mahupun PAS tidak sekali2 bertolak ansur di dalam menjaga hak org melayu dan kedudukan agama islam di negara kita. Tetapi tidak seperti kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat membawa aspirasi perubahan minda, kebebasan media, rule of law, menolak rasuah dan kezaliman dan juga membela nasib rakyat dan menjadikan rakyat sebagai tuan, bukannya pemerintah. Jika ditakdirkan Allah SWT Pakatan Rakyat beroleh kemenangan, kita menyaksikan kali pertama di dalam sejarah tanah melayu parti melayu Islam menjadi komponen yang dominan di dalam kerajaan

    Pilihan ISMA untuk terjun ke dalam pilihanraya bertemakan melayu sepakat dan memilih untuk senada dengan UMNO/BN di dalam kempen pilihanraya tentulah mengundang kritikan dari penyokong2 pakatan rakyat. Bagaimanapun sy appreciate ijtihad ISMA dan tidak bersetuju dgn tindakan sesetengah penyokong pakatan rakyat yg memilih utk mengecam ISMA secara terbuka dgn laras bahasa yg kurang enak dibaca. Harap kita dapat menyuburkan perbahasan yang sihat utk kebaikan bersama.

    – Dr Mohd Salami Ibrahim

    • April 30, 2013 at 11:03 am

      Terima kasih Dr Salami, your long comments worth a post in itself.
      Two short response:
      1. Shadow cabinet: mmg tidak ada dalam amalan di Malaysia memperkenalkan shadow kabinet lebih awal. Dan memang benar, ahli kabinet bergantung kepada siapa yang dj PM, siapa yang menang kerusi Parlimen dan pembahagian yg dipersetujui antara parti komponen dan tidak lupa perkenan DYMM SPB Agong. Cuma dalam BN, struktur dalamannya telah pun jelas dan pembahagian kerusi antara parti komponen pun telah jelas (that`s why leaders drpd MIC, Gerakan dan mana-mana parti komponen yang telah kalah pun dilantik sbg senator). Dalam PR, pembahagian kerusi ini tidak jelas. Calon PM pun masih ada persoalan, dan tidak ada maklumat wakil dari parti mana yang akan memegang jawatan menteri kanan. Inilah perkara yang saya persoalkan. Dan persoalan ini penting dalam perjalanan negara pasca PRU.

      2. Isu mempertahankan hak Melayu dan kedudukan Islam. Tidak dinafikan masih ramai Melayu dalam PKR dan PAS. Namun untuk menyakini bahawa mereka akan mempertahankan hak melayu dan kedudukan Islam, saya agak ragu-ragu, kerana cara fikir PKR yang rata-rata lebih mengutamakan kesamaratan mutlak, dan cara fikir PAS yang kelihatan tidak tegas dalam isu yang diperjuangkan. Walaupun Dewan Ulama mereka telahpun ada keputusan, namun mereka masih boleh mengalah kpd PKR dan DAP.

      Terima Kasih kerana sedia berbincang.

      • Dr Mohd Salami Ibrahim
        April 30, 2013 at 3:31 pm

        1) Formula perkongsian kuasa Barisan Nasional kita akui menjadi kelebihan kepada BN dan menjadi isu yg baik utk diketengahkan di dalam kempen pilihanraya. Bagaimanapun ia sendiri dibentuk dalam jangka yg lama dan bukannya sejurus selepas pilihanraya pertama 1955. Oleh itu pakatan rakyat juga harus diberi peluang membuktikan kerjasama melayu, cina, india dan minoriti lain melalui gabungan baru yg ditawarkan di dalam pilihanraya ini. Sejarah tanah melayu membuktikan bangsa melayu boleh berubah (olahan sejarah ini panjang, jika diminta sy sedia huraikan)

        2) kita sedia maklum byk isu yg membelenggu org melayu dan agama islam di bawah kerajaan Barisan Nasional yg tidak dipopularkan kerana tidak menguntungkan kerajaan Dato’ Seri Najib dari segi politik.

        Jurang kemiskinan org melayu kaya dan miskin, pembukaan kilang2 arak, lesen2 judi, monopoli Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Vincent Tan, Isu rasuah di dalam pemberian kontrak2 kerajaan merupakan antara isu teras yg menindas keadilan kepada kebanyakan org2 melayu dan islam.

        Sy menyentuh isu2 ini kerana tidak adil isu kalimah Allah (Pas didakwa tidak tegas dan PKR dikatakan menyokong) dijadikan kesimpulan semata2 bahawa hak2 melayu dan islam akan tergadai di dalam kerajaan pakatan rakyat. [Note: telah lama bible melayu di sabah dan serawak dibenarkan dicetak sblm ini oleh kementerian dalam negeri]

        InsyaAllah jika ada isu2 khusus melayu dan islam yg menjadi kebimbangan boleh kita sama bincang dan perhalusi

  14. New Malays
    April 29, 2013 at 12:09 pm

    Mr. Zaizul, i’m very proud of you. This article should be print and send in front of all muslim doors. Thanks. Maybe org muda di butakan dengan pandangan mereka tentang ubah kerajaan, sy akui kesalahan yg dilakukan oleh BN semasa memerintah. Tp demi Allah, agama Islam dan bangsa melayu bg sy hanya UMNO yg dapat mempertahankan nya. Mereka firm dgn kalimah Allah, agama islam agama rasmi & ketuanan melayu. Moga Allah membukakan hati pemimpin PAS & UMNO untuk bersatu agar agama Islam dan bangsa melayu dimertabaktkan. Tiada org lain yg akn mngubah org melayu melainkan org melayu. Sy pilih MELAYU BERSATU.

    • April 29, 2013 at 9:17 pm

      saya bukan ahli UMNO, dan bagi saya mengekalkan UMNO bukan penyelesaian mutlak, tapi lebih kepada pendekatan sementara, atas kaedah memilih yang paling kurang mudharat di antara dua mudharat (akhaafu adh-dhorarain….)

  15. aesalno
    April 27, 2013 at 3:46 am

    apsal kalut sangat encek Irkeez ni…:/ pelik aku.. minda terperap ~

  16. irkeez
    April 25, 2013 at 9:57 am

    Salam… En Zaizul… Kenapa dipadam komen saya. Adakah anda keberatan untuk menayangkan komen saya.

    • April 25, 2013 at 10:10 am

      Maaf kan saya, belum pun sempat saya approve komen anda, anda dah tuduh saya memadamkan komen anda. Teruskan dengan mindset menuduh dan mengecop itu. Tentunya itu tak memerlukan banyak analisa dan pemikiran yang mendalam. Terima Kasih

  17. Irkeez
    April 24, 2013 at 8:35 pm

    Anda org BN pada pandangan saya…. Sekiranya inilah pandangan saudara… Terlalu prejudis pada suatu penghijrahan…

    • April 25, 2013 at 10:08 am

      komen yang memang dijangkakan daripada orang yang masih dalam kepompong kepartian, kalau mesej yang disampaikan tak kena dengan mereka, lalu mereka teru menuduh, anda mestinya puak sana dan bukan golongan kami, buka lah minda dan analisa lah hujah… komen sebegini tak menambah apa-apa nilai pada saya dan pada anda.

      • arrevlos
        April 29, 2013 at 3:58 pm

        macam mana pula dengan statistik calon Melayu/Islam PR lebih ramai berbanding calon Melayu/Islam BN?ada ulasan tentang tu?

      • April 29, 2013 at 9:15 pm

        boleh bagi statistik? nanti saya study dan ulas… saya tak akan komen benda yang saya tak tahu

      • arrevlos
        April 30, 2013 at 1:09 pm

        yg ni tuan.statistik dalam link ni menunjukkan calon Melayu dalam PR lebih ramai berbanding dalam BN.kalau berdasarkan statistik ni & mengikut ulasan tn,secara logiknya kalau BN menang,kuasa Melayu lebih terjejas berbanding jika PR menang.atau tn ada pandangan/ulasan lain?

        http://rizuwankini.blogspot.com/2013/04/pru-13-siapa-gadai-melayu-ini-buktinya.html

      • May 3, 2013 at 4:03 am

        Saya dah tengok statistik tu, saya belum dapat pastikan statistik tu betul atau salah. Sekiranya statistik tu betul, saya amat bersyukur bahawa PR menghantar lebih ramai calon Melayu.

        Bagaimanapun persoalan yang saya bawakan dalam tulisan saya, bagaimana kerusi ini dibahagikan? bukan sekadar bilangan calon melayu lebih banyak, tetepi bagaimana pula perkiraan potensi kemenangan setiap kerusi. Selagi lagi, saya lontarkan kemungkinan bahawa berulangnya keputusan dalam PRU lepas, calon DAP paling sedikit (maka wang dan tenaga DAP paling kurang digunakan) tapi keputusan mereka 100%.

        Saya juga mengharapkan perkara yang sama diteliti dalam BN, kenapa kerusi yang majoriti pengundinya Melayu diberikan kepada MIC ata MCA?

  1. April 25, 2013 at 11:09 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: