Home > Bangsaku > Sistem Demokrasi: suara minoriti lebih “berkuasa”?

Sistem Demokrasi: suara minoriti lebih “berkuasa”?

PRU-13 3

Umum memahami bahawa dalam sistem demokrasi, keputusan ditentukan oleh suara majoriti. Sesetengah keputusan memerlukan sokongan majoriti mudah (simple majority) iaitu sekadar lebih daripada separuh manakala kebanyakan keputusan besar memerlukan majoriti 2/3.

Sekali imbas, membuat keputusan berasaskan sistem demokrasi hanyalah permainan angka (game of numbers). Siapa yang lebih banyak sokongan dia akan menang dalam apa jua isu, tanpa mengambil kira siapa di pihak yang salah dan siapa di pihak yang betul. Betul dan salah kemudiannya menjadi satu nilai yang seakan relatif, dan tiada di sana istilah absolute truth.

Dalam sistem ini, semua perkara boleh dipersoalkan, dibahas, difikir dan diputuskan tanpa ada panduan dari sudut nilai (kerana nilai juga adalah relatif) mahupun dari sudut agama. (apa yang diharamkan oleh agama boleh di`halal`kan oleh suara majoriti)

Dalam konteks parlimen Malaysia yang mana Perlembagaan Negara menjadi kerangka rujukan tertinggi, mungkin ramai beranggapan bahawa kerangka asas negara ini tidak akan dapat diganggu gugat oleh mana-mana pihak selagi manapihak tersebut belum memiliki majoriti 2/3. Lalu segala amaran mengenai halatuju negara dalam jangka masa panjang cuma dilihat sebagai retorik untuk mengekalkan status quo dan menolak perubahan kerajaan. Jangan lupa bahawa perlembagaan juga boleh dipinda dengan majoriti 2/3!

Daripada pengamatan saya, terhadap beberapa peristiwa yang dialami di beberapa negara, isu-isu yang akhirnya menjadi penentu menang kalah sesebuah parti bukan lagi isu yang melibatkan golongan majoriti penduduknya. Mengapa dalam pilihanraya di Amerika contohnya, isu yang akhirnya menjadi penentu bukan lagi pada isu dasar pentadbiran, cukai atau urustadbir yang baik, tetapi isu-isu yang lebih kecil seperti abortion rights, pengiktirafan kepada perkahwinan sejenis, pemilikan senjata api mahupun isu LGBT?

Apabila masyarakat majoriti telah terpecah kepada dua pihak (dalam sistem 2 parti), maka yang menjadi penentu menang kalah adalah mereka yang berada “atas pagar”.  Dalam keadaaan ini, golongan minoriti yang berkepentingan akan memperjuangkan kepentingan mereka, dan mana-mana parti yang dilihat mampu lebih “accommodative” kepada tuntutan mereka akan mendapat undi.

Alangkah malang, apabila yang menentukan menang kalah dalam pilihanraya sebenarnya ialah golongan minority, yang mana mungkin tuntutan mereka sama sekali tidak mencerminkan kehendak majority!

Dalam situasi “hung parliament” apabila tiada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, maka yang menjadi penentu adalah wakil-wakil bebas yang mempunyai  “bargaining power” yang amat besar. Mana-mana parti yang dapat menarik sokongan golongan ini akan mampu membentuk kerajaan. Untuk rujukan lebih lanjut, silakan google “2010 Australian Hung Parliament.”

Taburan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik 2012

Taburan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik 2012

Berbalik kepada suasana Malaysia, kita telah pun menyaksikan dalam keadaan orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan 67% daripada jumlah penduduk telah pun terpecah dua, maka undi solid kelompok masyarakat cina yang tidak sampai pun 25% mampu menjadi penentu kemenangan dan memiliki kuasa bargaining yang lebih. Kita dapat lihat bahawa kedua-dua pihak daripada BN atau PR seolah-olah mengalah kepada tuntutan masyarakat cina kerana mengharapkan undi penentu masyarakat cina.

Dalam suasana inilah kita memerlukan satu lagi kuasa pendesak, penentu, pengimbang & pemersatu rakyat. Kuasa yang akan memastikan bahawa kepentingan golongan majoriti tidak tergadai oleh dalam kerakusan mana-mana parti memancing undi kelompok minoriti yang dilihat sebagai undi penentu.

  1. May 20, 2013 at 10:35 am

    aik komen sudah kena delete ka? aper cer?

    • May 23, 2013 at 4:55 am

      bukan kena delete… belum approve lg tuan…

  2. May 19, 2013 at 6:02 pm

    Selagi melayu tak bersatu..selagi itulah bangsa lain akan mengambil kesempatan. Tindakan DS Najib mengambil pejuang hindraf dan mubaligh kristian itu kedalam kabinet…setidak2nya…kerajaan pusat boleh mematau kegiatan diorang nih atau menjinakkan mereke berdua dari terus meneruskan kegiatan silam mereka yang boleh memecahkan perpaduan masyarakat majmuk ditanahair ini. Zulkefli Nordin/Ibrahim Ali yang kuat menghentam puak-puak sebegini baik didalam dan diluar parlimen…..tidak pula menang dipru yang lalu. Walhal bertanding dikawasan 90% melayu! Aper sudah jadi dengan umat melayu?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: