Home > Bangsaku, The World > Iraq: the promise of change

Iraq: the promise of change

The scene of a car bomb in Baghdad on Thursday, 10th Feb 2005Photo: AP

The scene of a car bomb in Baghdad on Thursday, 10th Feb 2005
Photo: AP

Ubah dan perubahan
Dipandang orang penuh harapan
Adakah semuanya menjadi kebenaran?
Bahawa perubahan membawa kebaikan?

Zalimnya diktator teramat sangat
Berdekad berkuasa menindas rakyat
Segala senjata ringan, kimia dan berat
Perang dicetus boneka barat
Itulah kisah bumi Iraq

Penceroboh di rai bawa perubahan
Dengan kuasa dan ketenteraan
Bawa kebebasan, bawa kemajuan
Gulingkan diktator kerana kezaliman

Sepuluh tahu sudah berlalu
Bumi Iraq masih begitu
Aman pun tidak makin celaru
Negara berpecah tiada halatuju

Kerajaan syiah kini berkuasa
Kurdish pula menuntut negara
Iraq bakal terpecah dua
Nasib Sunni pula di mana?

Negara hebat beberapa abad
Ibukota dunia itulah Baghdad
Tamadun hancur sejarah tercatat
Tinggalnya cuma dalam kitab

Sejarah Monggol berulang lagi
Baghdad tersungkur kesekian kali
Adakah pengajaran telah digali
Atau hanya berlalu pergi

Baghdad kini jadi saksi
Harapan menggunung sekadar janji
Amerika bersorak berlalu pergi
Emas hitam jadi galang ganti

Negara tinggal berpecah belah
Saban hari darahnya tumpah
Nyawa menjadi kian murah
Inikah dia kesudahan ummah?

Kisah Iraq jadi pengajaran
Sekalian ummat ambil pengajaran
Janganlah sesekali diletak harapan
Untuk sikafir bawa perubahan

Ubah nampak macam mudah
Tukar sahaja selesai masalah
Perlu diteliti sebelum ubah
Jangan nanti sesal tak sudah

Zaizul Zaman, Trois Rivieres, 10th April 2013

(The invasion of Iraq started with the military raid on 19th March 2003. April 14th marked the 10th anniversary of the fall of Baghdad. To date, there is no official count on the number of Iraqis whom have died since then due to the war and subsequent fightings.)

Categories: Bangsaku, The World
  1. No comments yet.
  1. April 25, 2013 at 11:09 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: