Home > Bangsaku, Sharing > Manhaj Perubahan Ummah : Adakah sesuatu yang “simple”?

Manhaj Perubahan Ummah : Adakah sesuatu yang “simple”?

“Simplicity” memang mempunyai tarikan yang tersendiri. Manusia senang tertarik dan mudah untuk menerima sesuatu yang “simple”, berbanding perkara yang lebih rumit atau “complicated”.

Apabila berbicara mengenai Manhaj Perubahan Ummah atau boleh juga disebut kaedah mengubah (atau juga disebut sebagai islah/taghyir/reformasi/transformasi), alangkah baiknya seandainya ia merupakan sesuatu yang simple dan mudah.

Sepanjang pengalaman saya mengenali pelbagai gerakan Islam yang wujud pada hari ini, saya melihat wujud kecenderungan untuk “over-simplify” manhaj perubahan yang difahami masing-masing. Sebagai contohnnya, saya kemukakan beberapa ayat yang saya pernah dengar, dalam mengemukakan penyelesaian terhadap masalah ummah, dalam merubah realiti umat Islam, antaranya:

  1. Imam Mahdi akan datang dan menyelesaikan masalah umat, dan menyatukan umat daripada segala perpecahan. Kita menanti dan tertunggu-tunggu saat itu.
  2. Kita cuma perlu usaha atas Iman, apabila sempurna Iman kita, semua masalah kita akan selesai.
  3. Kita cuma perlu tumbangkan kerajaan yang zalim, tegakkan kerajaan Islam, semua masalah kita akan selesai.
  4. Masalah kita akan selesai sekiranya kita dapat keluar dari kemelut kemiskinan, jihad ekonomi adalah perkara paling aula yang kita perlukan.
  5. Kita cuma perlu tegakkan Khilafah, dengan adanya khilafah segala permasalahan umat akan selesai.
  6. Kita cuma perlu lancarkan jihad fisabilillah. Itu sahaja penyelesaiannya.
  7. Kita cuma perlu kembali kepada Islam.

Tanpa menafikan bahawa wujud kebenaran dalam beberapa contoh di atas, kita tidak mahu umat Islam sekadar berharap tanpa melakukan apa-apa tindakan. Lebih malang lagi, apabila usaha dan tenaga difokuskan tidak kena pada tempatnya.

Manhaj perubahan yang saya fahami tidaklah begitu simple sehinggakan kita meremehkan usaha yang perlu dilakukan. Ia tidak juga terlalu besar sehingga yang tinggal hanya sekadar retorik yang tidak membuahkan amal. Perubahan juga bukan semata-mata menunggu berlaku keajaiban yang akan memenangkan umat.

Manhaj perubahan yang saya fahami bermula daripada tarbiyah individu sehingga melahirkan satu kumpulan umat yang akan mampu memikul tanggungjawab meneraju perubahan umat. Individu-individu ini membentuk keluarga yang mendidik anak-anak mereka sebagai pewaris perjuangan ini, kerana perjalanan perubahan umat tidak akan sempat disempurnakan oleh satu generasi. Inilah yang dimulakan oleh Rasulullah dengan para sahabatnya selama 13 tahun di Mekah, sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Tarbiyah pada fasa ini membentuk generasi yang memiliki iman yang mantap, keazaman yang tinggi, yang cintakan akhirat melebihi dunia, yang sanggup bekorban demi agama yang diperjuangkan.

Tarbiyah ini membolehkan kumpulan tersebut memimpin umat untuk bangkit. Kita melihat kumpulan ini menjadi tunjang kepada masyarakat pada setiap fasa kebangkitan umat. Kaum muslimin di Mekah mempunyai Rasulullah dan beberapa orang tokoh sahabat yang hampir sebagai tunjang mereka. Semasa berlaku peritiwa Hijrah, kaum Muhajirin dan ansar yang menyertai bai`ah aqabah menjadi tunjang kaum muslimin di Madinah. Semasa negara Islam Madinah bangkit, ahli badar seramai 313 orang yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar menjadi tunjang masyarakat Madinah, apabila Islam berkembang di seluruh tanah arab, Masyarakat Muslim di Madinah dan Mekah menjadi tunjang umat. Semasa peristiwa murtad berleluasa selepas wafatnya Rasulullah, para muslimin di Mekah dan Madinah tidak pernah berganjak daripada keimanan mereka. Generasi tunjang inilah yang mempertahankan dakwah pada setiap fasa, melawan setiap bentuk tentangan. Mereka tidak sesekali berganjak dengan ujian yang berbentuk kesusahan mahupun kesenangan.

Sejarah menjadi saksi bagaimana umat ini bangkit daripada usaha seorang rasul, menjadi sekelompok manusia, kemudian sebuah masyarakat, kemudiannya negara, lalu berkembang menjadi empayar sehinggalah mereka meneraju dunia dalam segenap aspek selama berates tahun, sehinggalah jatuhnya umat apabila mereka lalai daripada tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya di muka bumi.

Melihat perjalanan sejarah ini, kita simpulkan bahawa manhaj perubahan umat bukan sesuatu yang simplistic, yang boleh dijayakan dengan usaha yang ala kadar. Ia juga bukan sebuah keajaiban yang cuma perlu dinanti masanya. Ia tidaklah terlalu besar sehingga tiada apa yang kita mampu lakukan sebagai individu untuk menuju ke arah itu.

Tarbiyahnya pula bukan sekadar pada ilmu-nya, bukan sahaja pada jasadnya, bukan sahaja pada rohnya, bukan sekadar motivasi, tidak sekadar emosi, bukan sekadar laungan dan tidak hanya angan-angan. Ia memerlukan tarbiyah yang menyeluruh bersumberkan Quran dan Sunnah yang menjadi titik kekuatan generasi terdahulu. Dan semuanya dilakukan dengan keikhlasan hanya untuk mencari redha Allah, semata-mata.

Marilah kita sama-sama menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah umat, bukan sebahagian daripada punca msalah tersebut. Setiap individu ada tanggungjawabnya dan setiap orang akan dipersoalkan atas tanggungjawab itu.

Sekurang-kurangnya, setiap individu perlu berusaha untuk lebih memahami Islam, menjadi muslim yang lebih soleh dan sentiasa berusaha utk lebih hampir kepada Allah. Sesungguhnya kebangkitan umat akan kian hampir dengan solehnya setiap individu di dalamnya.

Semoga Allah mengganjari dan memberi kekuatan untuk kita terus beramal atas jalan ini.

Allahulmusta`an….

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: