Home > Bangsaku > Obsessive Compulsive “Political” Disorder: Cabaran tarbiah ummah hari ini

Obsessive Compulsive “Political” Disorder: Cabaran tarbiah ummah hari ini

  1. Jangan cari istilah ini dalam Dictionary of Medical Terms, this is not one of those medical jargons.
  2. Saya berdepan dengan banyak keadaan yang mana perbincangan sesebuah isu diputuskan dengan beberapa ayat yang berbunyi begini:
    • Ha! Ni semua sebab kerajaanlah kita jadi macam ni!
    • Itu semua sandiwara politik!
    • Ini konspirasi tahap tertinggi!
    • Sebab UMNO lah negara kita jadi macam ni!
    • Ni semua salah kerajaan!
  3. Apabila kita terlalu melihat dari satu aspek semata-mata, maka kesimpulan-kesimpulan janggal ini akan sentiasa keluar, walau apa pun masalahnya, dan walau apa pun penyelesaian yang sebenarnya.
  4. Daripada kesimpulan yang simplistik ini, maka penyelesaian yang diambil lebih simplistik lagi. Antara ayat yang saya selalu dengar:
    • Tak ada cara lain, kita kena buah kerajaan yang ada!
    • Jangan hiraukan sandiwara ni! Semuanya Karut!
    • Asal bukan UMNO! Siapa pun tak kisah
    • Yang penting kita kena menang dulu, cerita lepas menang tu belakang kira
    • Ubah kerajaan!!!!
  5. Di satu pihak lagi, ada golongan yang begitu allergic dengan sesuatu yang bernama Islam, terus sahaja dikaitkan dengan pembangkang, subversive, terrorist, militant dan sebagainya.
  6. Persoalan yang saya nak bawakan, patutkah pemikiran simplistik ini dibiarkan berleluasa begini? Antara bahaya yang sangat besar sekiranya pemikiran sebegini berleluasa ialah kita akan kehilangan rasional dan gagal melihat sesuatu perkara yang sebenarnya kompleks dan perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.
  7. Sekiranya pandangan atau “approach” sebegini datang dari kalangan orang awam, mungkin masih boleh dimaafkan. Namun saya amat risau apabila perkataan dan pandangan simplistic sebegini saya dengar daripada pihak pimpinan.
  8. Tanpa dinafikan bahawa banyak perkara dalam perjalanan negara setelah merdeka sejak 1957 perlu kepada perubahan dan penambahbaikan, usaha perubahan dan penambahbaikan itu perlu dilakukan dengan berhati-hati dan dengan penuh ketelitian. Kita tidak mahu menjadi tikus yang membaiki labu, dan kita tidak juga mahu masuk ke mulut sang harimau setelah melepaskan diri dari mulut sang buaya.
  9. Kita mahu supaya usaha penambahbaikan mengambilkira realiti semasa dan bukan semuanya perlu kembali bermula daripada sifar. Mengenalpasti dan mengiktiraf pencapaian semasa merupakan satu titik penting dalam usaha penambahbaikan.
  10. Pemikiran simplistic ini juga akhirnya meletakkan seseorang itu dalam keadaan yang negatif sehingga dia lupa bahawa kemungkinan dirinya sendiri adalah punca yang menyumbangkan kepada sesuatu masalah. Padahal, ada perkara yang sepatutnya mampu dia ubah sebagai individu, bukan semata-mata perlu menunggu kerajaan berubah. Akhirnya, dia sibuk menuding jari tanpa berbuat apa-apa!
  11. Tindakan membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku di sekeliling akan memerangkap diri kita sendiri. Kita hidup dalam persekitaran yang kompleks dengan ancaman yang pelbagai, sama ada yang terang mahupun yang tersembunyi.
  12. Kita menyeru supaya orang Islam keluar daripada sempadan kepartian yang membawa kepada pemikiran simplistik sebegini dan melihat setiap isu dari kacamata ISLAM dengan penafsiran yang shahih dan berwibawa, bukan sekadar tafsiran ayat yang dibuat dalam ceramah politik, yang jauh daripada kaedah tafsir yang sebenar.
  13. Saya membawakan beberapa isu penting yang seharusnya setiap Muslim menilai daripada neraca Islam. Antaranya:
    • Kedudukan Islam dalam kehidupan umat Islam
    • Kedudukan agama Islam dalam struktur negara Malaysia
    • Ancaman terhadap umat Islam daripada ketidakfahaman umat Islam sendiri (Antaranya : Islam Liberal, pengembangan ajaran Syiah dan ajaran sesat yang lain)
    • Ancaman terhadap umat Islam daripada perencanaan musuh Islam. (Antaranya : agenda Kristianisasi, gerakan pluralisme sedunia)
    • Ancaman terhadap kedudukan Islam yang sedia ada dalam sistem pemerintahan Malaysia : Antaranya : Kuasa Majlis Agama Islam negeri yang dipersoalkan, Wang Zakat: adakah dikira pendapatan negara, Mahkamah Syariah, Hak-hak Muallaf, Usaha Amar Makruf Nahi Mungkar yang dipersoalkan; Isu Murtad, Penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
    • Hak Penduduk Asal umat Islam ke atas Negara
  14. Marilah kita kembali kepada Islam yang syumul dalam segenap aspek kehidupan kita. Marilah kita ingati kata-kata Imam Hassan Al-Hudhaibi: “tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di watanmu.”
  15. Sesungguhnya ada perkara yang mampu kita ubah sebagai individu, marilah kita ubah akhlak kita, tambahkan ilmu dan kefahaman kita, laksanakan Islam dalam setiap urusan kita, kerja kita, ibadat kita, urusniaga kita, pergaulan kita. Sesungguhnya negara Islam akan lebih cepat tertegak dengan umat yang faham dan beramal dengan Islam.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Saya Undi Calon MUSLIM BERWIBAWA!

(saya tulis nota ini kerana begitu bosan dengan cakap-cakap simplistic, seolah-olah walau apapun berlaku, tanpa menilai dan berfikir panjang, tanpa tahu shahih atau tidak terus di label sebagai isu politik yang punya penyelesaian yang sangat ringkas! Isu terbaru; pencerobohan di Lahad Datu, begitu senang di label: « ah, ni sandiwara politik je» sampai ada polis mati pun, masih sandiwara?)

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: