Home > Bangsaku > Ancaman sekadar gimik politik?

Ancaman sekadar gimik politik?

ISMA telah tampil dengan Kempen Selamatkan Ummah yang cuba membawa umat Islam ke arah menyedari hakikat wujudnya ancaman terhadap survival umat Islam khasnya di Malaysia pada hari ini. Antara ancaman yang diketengahkan ialah agenda pluralisme, liberalisme, Syiah, Kristianisasi dan LGBT. Sebetulnya, kempen ini telah bermula sejak akhir tahun 2011 dan jauh lebih awal daripada pengumuman ISMA untuk terlibat dalam PRU. Isu liberalisme pula telah disentuh dalam ucapan dasar presiden ISMA dalam AGM tahun 2006.

Saya cuba untuk memahami sesetengah orang yang seakan-akan “living in denial” dan tidak mahu melihat sedikitpun tentang ancaman ini. Malah mereka begitu menafikan akan wujudnya ancaman-ancaman ini, sambil mengatakan ini semua ini gimik politik semata-mata.

Apabila berhadapan dengan sikap pihak-pihak yang hidup dalam “denial” ini, maka saya bertambah yakin bahawa nasib umat berada dalam saat yang genting. Genting kerana bukan sahaja mereka gagal melihat ancaman yang ada, tetapi mereka tidak masih mahu membuta tuli setelah diberi peringatan.

Mari kita lihat sedikit fakta mengenai demografi atau kependudukan Malaysia. Terdapat dua gambarajah di sini, kedua-duanya bersumberkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Taburan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik 2012

Taburan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik 2010

Taburan Penduduk mengikut Agama , 2010

Kita dapat lihat bahawa penduduk bumiputera merupakan 67.4% daripada keseluruhan warganegara Malaysia, manakala mereka yang beragama Islam merupakan 61.3% daripada jumlah penduduk.

Adakah bilangan yang ramai itu merupakan satu petanda bahawa survival bangsa Melayu dan umat Islam berada dalam keadaan selamat? Berapa ramai daripada orang Melayu dan Islam benar-benar memahami ajaran Islam? Kita dapat lihat hari ini bagaimana umat Islam boleh berselisih dalam perkara yang amat asas, dalam isu Murtad contohnya yang telah jelas dan terang akan kedudukannya dalam agama. Berapa ramai yang sensitif apabila isu agama diperlekeh? Berapa ramai pula yang sanggup bangkit mempertahankan agama sekiranya diperlukan? Berapa ramai pula yang terkeliru dengan “dalil-dalil” umum seperti “Islam agama keamanan”, “tiada paksaaan dalam agama” “Islam agama Toleransi” dan sebagainya yang akhirnya menjadikan mereka rela berpeluk tubuh? Ini baru merujuk kesedaran setiap individu di kalangan umat Islam.

Kalau kita tengok isu politik pula, kita akan saksikan bagaimana bilangan yang ramai di kalangan politikus Melayu sekadar menjadi pemain yang “dipolitikkan“ atau menjadi mangsa percaturan politik. Mari kita rujuk kepada isu “Al-Kitab” contohnya,  bagaimana akhirnya mereka menggunakan tekanan politik untuk mendapat kebenaran pengedarannya sebelum pilhanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011. Saya masih ingat akhbar TheStar milik MCA menggunakan isu Al-Kitab dengan menggambarkan bahawa jika isu ini tidak diselesaikan, BN akan kalah di Sarawak. Dalam masa yang sama PR menabur pelbagai janji. Akhirnya, BN yang telah sedia sarat dengan pelbagai isu seperti isu Ketua Menteri yang sudah tamat tempoh lakunya, akhirnya tunduk dengan tekanan. Kita dapat lihat bagaimana orang bukan Islam bersepakat walau berbeza parti.

Isu kristianisasi bukan isu kecil dan kita bukan sahaja berdepan dengan gerakan missionary tempatan, bahkan gerakan-gerakan ini mendapat sokongan dana, tenaga dan bantuan dari seluruh dunia.

Saya teringat perbualan saya dengan seorang rakyat mesir pada musim haji 2011 di masjidil-haram, beliau telah sedia maklum tentang suasana berbilang kaum di Malaysia. Beliau berkata, “Malaysia merupakan satu negara yang mendapat perhatian beliau kerana di Malaysia berlaku pertembungan agama dan budaya dalam bentuk yang baru. Pertembungan ini berlaku dalam suasana aman dan kadangkala tidak dirasai. Amat penting untuk umat Islam survive dalam pertembungan ini”

Kita mahu seboleh-bolehnya mengekalkan keamanan dan keharmonian yang ada. Namun, pada masa yang sama kita hendaklah sentiasa berwaspada dan tidak hanya bersangka baik terutama dengan wujudnya petanda bahawa kedudukan sedia ada sedang dicabar hari demi hari.

Marilah kita bersangka baik sesama umat Islam dan berhati-hati dalam urusan dengan orang bukan Islam terutama mereka yang jelas menentang Islam.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

SAYA PILIH CALON MUSLIM BERWIBAWA!

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: