Home > Bangsaku > ISMA Pecah Undi?

ISMA Pecah Undi?

ISMA Pecah Undi Pembangkang?

Sejak ISMA mengumumkan hasrat untuk terlibat dalam PRU13, antara reaksi sepontan yang saya selalu dengar dan baca ialah calon ISMA akan memecahkan undi pembangkang lalu memungkinkan BN terus menang dan berkuasa. Daripada tanggapan ini keluarlah tuduhan-tuduhan ISMA sebagai ‘macai’ UMNO, pelambat kemenangan ISLAM dan sebagainya. Saya tidak faham mengapa tanggapan ini timbul, barangkali yang banyak memberi komen adalah penyokong pembangkang dan rakan-rakan dalam PAS.

ISMA tidak berhasrat untuk hadir sebagai pemecah undi, apatah lagi pemecah undi pembangkan. Bahkan ISMA tidak mahu melihat PRU sebagai isu Kerajaan vs Pembangkang atau BN vs PR dalam kerangka politik sempit yang sedia ada.

Mari kita tengok kedudukan kerusi dalam Parlimen Malaysia selepas PRU 2008. Kemungkinan besar, sebahagian besar daripada kita akan merujuk kepada keputusan di bawah:

Bilangan

Peratusan

BN

137

61,71%

61,71%

PKR

31

13,96%

37,39%

DAP

29

13,06%

PAS

23

10,36%

BEBAS

8

3,60%

3,60%

Jumlah

222

   

 

Sebenarnya, saya lebih maksudkan jadual di bawah:

Bilangan

Peratusan

Melayu

131

59,01%

59,01%

Cina

54

24,32%

40,99%

India

12

5,41%

Sikh

2

0,90%

Lain-lain

23

10,36%

Jumlah

222

 

Keluar daripada blok kepartian sedia ada yang melihat apa jua maklumat dari kaca mata politik sempit kepartian, saya mahu bawakan jadual yang saya ubah supaya kita dapat melihat komposisi parlimen dari segi kaum (dan agama). Sebelum saya pergi lebih jauh, terdapat beberapa “disclaimer” berkaitan klasifikasi kaum dalam jadual di atas.

  1. Melayu termasuk semua Ahli Parlimen yang beragama Islam tanpa mengira bangsa. (berdasarkan definisi Melayu ialah sesiapa yang bertutur dalam bahasa melayu dan beragama Islam)
  2. “Lain-lain” merangkumi semua bangsa selain Melayu, Cina, India dan Sikh, termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak

Apabila kita rujuk jadual di atas, jelas kepada saya bahawa bilangan ahli Parlimen beragama Islam tidak mencapai majoriti 2/3. Belum lagi kita ambil kira mereka yang celaru identitinya, yang merelakan diri mereka menjadi pejuang liberalisme melebihi perjuangan survival umat dan bangsa.

Apa maknanya ketiadaan majority dua pertiga? Ini bermakna bahawa orang Islam di Malaysia belum memiliki kuasa politik yang cukup untuk menentukan bahawa apa yang dicita-citakan dalam konteks bangsa dan agama mampu dimanifestasikan dan dilaksanakan. Perkara-perkara yang memerlukan pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga.  Ini juga bermakna bahawa kuasa penentu mutlak dalam susunatur perjalanan negara belum berada dalam tangan umat Islam.

Dalam suasana umat Islam dicabar dari segenap ceruk dan pelusuk dan dengan pelbagai cara yang zahir dan tersembunyi, adakah umat Islam berada dalam keadaan selamat dalam suasana ini? Persoalan-persoalan dalam isu murtad, isu penjagaan anak apabila ibu atau bapa memeluk Islam, isu hak pengebumian Muallaf merupakan antara isu umat Islam yang sedang dicabar. Terdapat juga bidangkuasa mahkamah syariah (yang sedia ada sempit) masih mahu dicabar di mahkamah sivil. Isu-isu berkaitan pengembangan agama lain di kalangan umat Islam, sebaran mazhab syiah yang menyimpang dan isu survival bahasa Melayu adalah antara perkara yang masih dipersoalkan. Bagaimanapula dengan isu keistimewaan dan keutamaan kepada bangsa melayu dalam isu-isu dan sector-sektor tertentu yang semakin dihakis dengan pelbagai tuntutan. Apakah nasib bangsa kita selepas ini? Bagaimana survival umat dalam keadaan kuasa politik juga kian terabai, hilang di sebalik pertelingkahan dan blok kepartian sempit.

Apa bila kita bicarakan isu pecah undi, mari kita tanyakan sudah berapa lama undi Melayu terpecah?

Ya, ISMA akan memecahkan pola pengundi sedia ada. Memecahkan pengundian berasaskan kepartian. Meletakkan maslahat umat di hadapan.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

SAYA UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA!

Categories: Bangsaku Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: