Home > Bangsaku > Parlimen Segambut: Apa ada pada angka?

Parlimen Segambut: Apa ada pada angka?

 

Saya budak kampung, membesar di luar bandar sehingga ke darjah enam. Semenjak itu saya berhijrah ke merata tempat; 5 tahun di Pengkalan Chepa, 3 bulan di Bandar Baru bangi, 6 bulan di Damansara Utama, diikuti 5 tahun di Melbourne sebelum kembali ke tanah air dan menetap di Melaka, Seremban, TTDI, Gombak dan Damansara Perdana. Semenjak berumahtangga apda 2004, saya juga banyak berada di Kampung Sungai Penchala berhampiran Taman Tun Dr Ismail.

Kampung Sungai Penchala dan TTDI terletak di bawah kawasan Parlimen Segambut sejak kawasan perlimen ini diwujudkan sejak tahun 1994. Dalam PRU 1994,1999 dan 2004, kawasan parlimen ini berada di bawah parti gerakan dengan Datuk Dr Tan Kee Kwong sebagai Ahli Parlimen, sebelum bertukar tangan kepada DAP dalam PRU 2008 yang dimenangi oleh Lim Lip Eng.

Saya tidak memiliki data sebenar pecahan pengundi berdasarkan kaum, tetapi saya  ada terbaca bahawa pengundi di kawasan ini hampir separuh daripadanya adalah berbangsa Cina. Sebagai seorang yang tinggal di kawasan ini sejak 2004, saya merasakan kawasan TTDI adalah kawasan orang melayu sejak dari pembukaannya, walaupun sejak harga hartanah di kawasan ini melonjak naik, ramai penduduk asal telah menjual rumah mereka pada harga yang sangat baik dan memilih untuk pencen di kampung atau membeli rumah yang lebih besar di kawasan luar bandar. (isu ini memerlukan satu analisis dan tulisan yang khusus). Kawasan Kampung Sungai Penchala dan sekitarnya merupakan tanah rezab melayu.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan, kawasan ini telah berubah sedikit demi sedikit, daripada sebuah kawasan elit melayu dengan 4 buah masjid besar di sekitarnya (Masjid At-Taqwa (TTDI), Masjid al-Ghufran (pinggir TTDI), dan dua buah masjid besar di Kampung Sungai Penchala kepada sebuah kawasan yang lebih multicultural.

Sejak itu juga, kawasan ini mula menerima pembukaan beberapa buah kedai minuman keras berkonsepkan bar dan pub, walaupun ada yang berselindung di bawah nama kedai makan. Di Jalan Rahim Kajai 14 sahaja, terdapat tidak kurang daripada 6 buah kedai seumpama ini.

Cukup untuk isu setempat, mari kita lihat apa ada pada angka? Ini merupakan keputusan pilihanraya tahun 2008. (daripada laman web SPR)

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

NAMA CALON

KP CALON

PARTI

BILANGAN UNDI

STATUS

P.117-SEGAMBUT MA WOEI CHYI

711104105343

BN

17,314

LIM LIP ENG

720725145465

DAP

25,046

MNG

JUMLAH PEMILIH :

59690

KERTAS UNDI DITOLAK :

541

KERTAS UNDI DIKELUARKAN :

43,531

KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :

630

PERATUSAN PENGUNDIAN :

72.93%

MAJORITI :

7,732

Kawasan ini dimenangi dengan majoriti yang amat sedikit iaitu cuma 7732 undi (13%), sedangkan peratus yang keluar mengundi cuma 72.93%. Mereka yang tidak keluar mengundi berjumlah 16,158 orang (27.07%) manakala undi rosak pula berjumlah 1171 (1.96%). Peratusan yang hadir ini amat rendah dan lebih rendah daripada peratusan purata kebangsaan. Manakala mereka yang tidak hadir jauh melebihi undi majoriti.

Saya meneka bahawa rendahnya peratusan keluar mengundi ada kaitan dengan demografi penduduk. Tidak keterlaluan untuk saya katakan terdapat (banyak yang saya jumpa) kes pengundi melayu yang tidak mengambil endah akan pilihanraya di kawasannya kerana tiada calon melayu yang bertanding.

Saya merasakan kawasan seumpama ini merupakan kawasan yang berpotensi untuk mana-mana calon melayu non-partisan untuk menang. Walaupun saya tidak memiliki maklumat terperinci pengundi berasaskan kaum, seandainya peratus pengundi bangsa Cina mencapai 60% pun, mana-mana calon melayu masih ada peluang untuk menang.

60 peratus pengundi Cina akan terbahagi dua (andaian saya pattern 4 PRU lalu akan kekal, dua calon bangsa Cina akan diletakkan). Seandainya lebihan 40% pengundi memilih calon Melayu yang ke-3 tanpa berasaskan blok PR atau BN, secara matematiknya peluang untuk mendapat undi majoriti masih ada.

Tambahan pula dengan sekian banyak yang menjadi pertaruhan. Antaranya; masa depan Negara, masa depan bangsa Melayu dan agama Islam, mempertahankan lanskap sebuah kawasan Melayu sejak puluhan tahun dan untuk menghindar perkembangan pusat maksiat di kawasan orang melayu Islam.

(takkanlah dalam ramai-ramai Dato’, Datuk dan datuk-datuk  (yang ramai cucu) di kalangan orang Melayu di TTDI, tak da seorang pun yang layak jadi Ahli Parlimen yang boleh bawa suara Melayu Islam ke Parlimen)

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

Mari Undi Calon Muslim Berwibawa!

Categories: Bangsaku Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: