Home > Bangsaku > PAS dalam Pakatan Rakyat

PAS dalam Pakatan Rakyat

Saya bukan penganalisis politik. Latarbelakang saya dalam bidang kejuruteraan mengajar saya supaya menilai sesuatu berdasarkan “facts and figures”. Saya cuba menggunakan latarbelakang ini dalam melihat semula keputusan PRU ke-12. Fokus saya untuk analisa ini adalah keputusan DUN Perak dan dan DUN Selangor yang menyaksikan perubahan pimpinan kerajaan negeri di kedua-dua negeri tersebut.

PAS

DAP

PKR

BN

Bebas

Jumlah 

PERAK

Pencalonan

21

18

20

59

2

120

Menang

6

18

7

28

0

59

SELANGOR

Pencalonan

20

15

20

56

5

116

Menang

8

13

15

19

0

55

Apabila saya meneliti data pencalonan di kedua-dua negeri tersebut, saya mendapati bahawa dalam Pakatan Rakyat (PR), DAP meletakkan calon yang paling sedikit berbanding PKR dan PAS, akan tetapi DAP menang di semua kerusi yang ditandingi di Perak dan cuma kalah di dua daripada 15 kerusi yang ditandingi di Selangor.

Kenapa saya bentangkan data ini?

Terlintas di fikiran saya, bagaimana proses pembahagian kerusi di kalangan parti-parti dalam PR? Siapa yang memiliki kata putus dan siapa yang lebih kemas strateginya dalam menghadapi sesebuah pilihanraya?

Bertanding di lebih banyak kerusi dalam sesebuah pilihanraya memerlukan lebih banyak modal dari segi wang ringgit, tenaga mahupun masa. Saya percaya, di kalangan ketiga-tiga parti ini, PAS pada pemerhatian saya merupakan parti yang paling kuat dari segi bilangan ahli dengan jentera pilihanraya yang sangat komited dan tersusun. Adakah kekuatan ini diambil kira dan benar-benar digunakan oleh PAS dalam percaturan pembahagian kerusi antara rakan pakatan yang lain? Atau jentera pilihanraya dan ahli-ahli PAS sebenarnya menjadi mangsa percaturan dan kuda tunggangan pihak lain?

Pas juga mempunyai satu lagi “bargaining power” yang lain: KESETIAAN. Selepas PRU-12, kita melihat ada beberapa kes lompat parti oleh ADUN yang menang atas tiket DAP dan PKR, perkara yang kita tidak jumpai daripada ADUN atau ahli parlimen PAS (walaupun ada ADUN dan Ahli Parlimen PAS yang dikenakan tindakan disiplin, mereka tidak sesekali lompat parti).

Dengan “bargaining power” ini PAS sepatutnya lebih dominan dan memiliki kata putus dalam Pakatan Rakyat. Dari segi pembahagian kerusi, PAS sepatutnya boleh memilih kerusi mana yang mahu diwakilinya dan bukan menjadi mangsa percaturan parti lain.

Saya amat berharap agar PAS menjadi lebih dominan dalam PR, demi kesejahteraan umat Islam dan kesinambungan pegangan bangsa Melayu dalam struktur pentadbiran setiap negeri dan negara. Saya berharap senario pembahagian kerusi seumpama ini tidak akan berulang dalam PRU akan datang.

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Saya Undi Calon Muslim Berwibawa!

Categories: Bangsaku
  1. Rakyat bangsa Malaysia
    May 2, 2013 at 12:24 pm

    Kebanyakkan kerusi yang dipertandingkan, DAP melawan BN di mana BN akan diwakili oleh parti bukan melayu seperti MCA,Gerakan atau MIC. Mejoriti kerusi yang dipertandingkan ini juga dimenangi oleh DAP.

    Pada pandangan saya, jelas disini bahawa sokongan orang bukan melayu banyak kepada DAP. Hal ini kerana mungkin orang bukan melayu kebanyakkannya bersetuju dengan apa yang dibawa oleh DAP. Mereka yakin bahawa DAP mampu membela nasib dan memajukan kualiti hidup mereka.

    Kesepakatan orang bukan melayu yang menyokong DAP melebihi kesepakatan orang melayu yang mengundi UMNO disebabkan adanya parti ‘melayu’ lain seperti Keadilan dan PAS.

    renung-renungkanlah dan selamat beramal.

    terima kasih

  1. April 24, 2013 at 10:37 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: