Archive

Archive for April, 2012

FGVH’s IPO, ETP dan kedudukan ekonomi bumiputra

April 29, 2012 Leave a comment

1) Harga tawaran IPO tak akan diketahui sehingga prospektus keluar, Kat website MITI ( utk registration utk share bumiputera, tarikh tutup 4th May) ada ruang untuk masukkan email, anda akan diberitahu bila harga tawaran dah available.

2) Seramai 135,000 peneroka dan kakitangan akan dapat share allocation (jumlah berapa setiap orang akan dapat belum diketahui). Share allocation utk peneroka (blue form) dan kakitangan (pink form) akan dibiayai melalui Margin Financing oleh beberapa bank terpilih. Tenure margin financing cuma 6 bulan, maksudnya in 6 months either they need to pay the financed amount from their own money or the share need to be sold to pay the financed amount. Force-selling pun boleh berlaku (ie the bank will dispose the share when the value is lower than the financed amount, and the owner failed to top-up the difference). Force selling ratio is set at 105%.

3) Berdasarkan margin financing untuk peneroka atau kakitangan, saya berpandangan, adalah agak sukar untuk mendapat short term gain drpd IPO ni. Dalam masa 6 bulan, 135,000 staff dan kakitangan mungkin akan “dump the shares” utk bayar loan bank and possibly earn short term gain. Kalau begini lah keadaannya, share price tak akan naik dengan banyak kerana supply will exceed demand.

4) Listing FGVH is part of ETP’s’objective to reduce Government Role in Business (GRIB). To achieve this objectives, GLCs will have to list part or all of their business. The concern is, when these GLCs is listed, who will be the beneficiaries? Most shares will of course be in the hands of the people with more capital. Although there is some portion of the shares that is pre-allocated for the bumiputeras, how long will they hold to the share, most will quickly sell just to earn short term gain.

5) Umum mengetahui bahawa target DEB untuk mencapai 30% ekuiti bumiputera dalam pemilikan saham tidak dapat dicapai. Pencapaian terakhir cuma lebih kurang 19%, itu pun apabila mengambil kira pegangan saham oleh GLC. Apabila GRIB dikurangkan, dan saham yang dipegang melalui GLC diapungkan, agaknya berapa banyak ekuiti bumiputera yang tinggal dalam sedikit masa lagi? Adakah semakin banyak?

6) Beberapa persoalan dalam fikiran saya:

  1. Siapakah “beneficiaries paling besar drpd IPO FGVH?
  2. Dalam masa 6 bulan, selepas margin financing tamat, berapa ramai peneroka dan kakitangan akan masih memiliki saham FGVH? Selepas tempoh itu FGVH milik siapa?
  3. Bagaimana nasib mereka yang selama ini bergantung kepada dividen KPF, dalam jangka masa panjang?
  4. Ke mana halatuju ekonomi negara? Dan bagaimana kedudukan ekonomi bumiputera yang memang sedia lemah akan berdepan dengan pasaran terbuka?
Categories: Bangsaku, Money Matters

LGBT; Musuh atau Mangsa?

April 28, 2012 Leave a comment

Tuntutan hak kesamarataan berasaskan hak asasi manusia menyaksikan pelbagai pihak bangkit menuntut hak masing-masing. Apabila kita memperkatakan hak asasi manusia, kebanyakan interpretasi yang cuba diketengahkan adalah memperjuangkan hak setiap individu untuk membuat pilihan sendiri tanpa dipengaruhi, didiskriminasi, dan dihukum oleh mana-mana pihak. Sebarang usaha menguatkuasakan sesuatu peraturan, memaksakan sesuatu nilai atau “moral policing”, atau mengenengahkan nilai-nilai keagamaan dilihat bertentangan dengan hak asasi individu.

Apabila memperkatakan perihal LGBT, yang merujuk kepada kecenderungan seksual seseorang individu, maka kebebasan yang dimaksudkan adalah kebebasan memiliki dan memperatikkan kecenderungan seksual yang pelbagai, tanpa ada sekatan sama ada atas dasar budaya, agama mahupun fitrah kemanusiaan.

Sebarang usaha untuk membendung, menyekat, memberi kesedaran dan mengekalkan fitrah kemanusiaan dilihat bertentangan dengan tuntutan hak asasi. Menjadi satu dilema yang besar bagi mereka yang memperjuangkan hak asasi, samada untuk memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada pejuang LGBT, atau memelihara unsur adat budaya dan tuntutan agama. Adakah golongan LGBT ini wajar diiktiraf dan diberi kebebasan untuk menjalani hidup tanpa ada unsur sekatan atau diskriminasi?

Adalah amat sukar untuk memperkatakan dilemma ini tanpa berdasarkan apa-apa paksi atau nilai pemikiran.

Adakah kewujudan LGBT perlu diiktiraf?

Apabila kita memerhati beberapa hukum fekah dalam agama Islam, di sana beberapa larangan/batasan yang jelas dalam menentukan cara berpakaian (hukum aurat antara jantina berlainan dan sesama jantina, larangan menyerupai jantina berbeza), cara pergaulan (sesama jantina dan berlainan jantina), hukum untuk khunsa, jelas kepada kita bahawa terdapatnya satu pengiktirafan bahawa terdapatnya masalah dalam isu kecenderungan seksual dan adanya unsur-unsur pencegahan terhadap masalah ini.

Adakah semua kecenderungan dan tuntutan naluri perlu dipatuhi?

Dalam menhadapi isu kecelaruan kecenderungan seksual, pendekatan psikologi barat selalunya meletakkan ketenangan manusia apabila mereka menurut segala kata hati dan naluri mereka.

Islam meletakkan ketenangan hati pada ketaatan dan kepatuhan kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mengetahui dan Menguasai hati setiap manusia.

Apabila kita mengiktiraf wujudnya pelbagai kecenderungan seksual, tidak bermakna bahawa semua kecenderungan ini perlu dituruti semahu-mahunya. Berdepan dengan permasalahan ini, sekiranya kita kembali kepada Islam yang syumul, maka akan jelas kepada kita bahawa kita perlu akur dengan hukum dan ketetapan syarak. Mujahadah, iaitu segala usaha untuk menundukkan hawa nafsu daripada mengikuti naluri yang bertentangan dengan syarak akan mendapat balasan pahala dan kebaikan daripada Allah.

Hidup ini adalah medan ujian dan setiap individu diuji dengan ujian yang berbeza-beza jenis dan kadarnya. Kecelaruan kecenderungan seksual adalah salah satu bentuk ujian yang perlu dihadapi dan ditangani dengan cara yang terbaik.

LGBT Bukan Musuh?

Bertitik tolak daripada kefahaman dan keyakinan bahawa hidup adalah medan ujian, maka mereka yang memiliki kecelaruan kecenderungan sosial bukanlah musuh. Akan tetapi mereka yang perlu dibantu supaya mereka terus mampu untuk taat kepada perintah Allah dan batasan agama, adat resam dan budaya.

Pejuang Hak LGBT perlu dimusuhi

Saya mengambil pendirian untuk membezakan mereka yang memiliki masalah kecelaruan kecenderungan seksual dengan pejuang hak LGBT.

Perjuangan hak LGBT yang meletakkan naluri individu sebagai neraca mutlak, sehingga merendahkan martabat kemanusiaan setaraf dengan haiwan yang hidup tanpa akal dan batasan, bahkan menolak peranan adat dan agama dalam pembentukan tamadun kemanusiaan adalah ditolak sama sekali dan perlu dimusuhi.

Perjuangan ini bertentangan dengan tuntutan agama dan hukum alam yang ditetapkan oleh Allah yang Maha Pencipta.

Perjuangan ini jelas bertentangan dengan Maqasid Syarak untuk menjaga agama, dan nasab keturunan.

LGBT adalah Mangsa Keadaan!

Saya melihat permasalahan sosial yang menyaksikan budaya LGBT semakin mendapat tempat hari ini, berpunca daripada hilangnya peranan agama dan budaya dalam mendidik masyarakat.

Mereka menjadi mangsa keadaan apabila kecenderungan mereka tidak dihadapi dengan cara yang wajar. Seandainya sejak dari kecil, ibubapa tidak memberi penekanan mengenai cara berpakaian dan dibiarkan berpakaian dengan pakaian berlainan jantina, siapakah yang wajar dipersalahkan apabila berlakunya kecelaruan identiti apabila usianya meningkat remaja?

Siapa pula yang perlu dipertanggungjawabkan apabila seseorang itu membesar tanpa diajar mengenai adab-adab dan batasan-batasan apabila berpakaian, bergaul dan berhibur?

Siapa pula yang wajar di pertanggungjawabkan apabila seseorang itu membesar tanpa tujuan hidup yang jelas melainkan sekadar mengikut segala tuntutan hawa nafsu tanpa ada batasan agama dan adat budaya?

Bagaimana pula dengan pelbagai jenis hiburan tanpa batasan yang disogokkan sepanjang pembesarannya? Siapakah yang akan bertanggungjawab?

Bagaimana pula dengan anak-anak yang membesar dalam keadaan terbiar tanpa kasih sayang dan perhatian? Apabila mereka mendapat perhatian dan kasih sayang daripada mereka yang songsang hidupnya, dan terjerumus ke dalam gejala LGBT, siapa pula yang akan bertanggungjawab?

Setiap individu pula bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat ke atas dirinya dan tidak akan terlepas daripada soal jawab di hadapan Allah SWT.

Saya menyimpulkan bahawa setiap ahli masyarakat tidak akan terlepas daripada menanggung bahagian masing-masing dalam dalam permasalahan ini, pada kadarnya masing-masing. Setiap ahli masyarakat akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah sebagaimana juga dengan kemungkaran-kemungkaran yang lain yang dibiarkan berleluasa.

Di mana penyelesaiannya?

Penyelesaian kepada masalah ini adalah kompleks sebagaimana kompleksnya permasalahan ini. Ada penyelesaian yang berbentuk mendidik dan mencegah, dan ada pula yang bersifat merawat dan menghukum. Kedua-duanya perlu dilaksanakan, dengan cara yang berbeza dan pendekatan yang pelbagai. Semua penyelesaian ini perlu bermula daripada pengamalan islam yang syumul,  dengan meletakkan manusia sebagai hamba Allah dalam kehidupan yang bertuhan. Pendekatan barat yang menghalalkan apa jua tuntutan nafsu bukanlah jalan penyelesaian. Janganlah kita merendahkan martabat kemanusiaan sehina haiwan yang tiada akal dan batasan.

Categories: Sharing