Home > Sharing > Surat terbuka untuk Nur Amalina Che Bakri

Surat terbuka untuk Nur Amalina Che Bakri

(Surat ini saya tulis beberapa hari selepas “kekecohan” kes Nur Amalina baru-baru ini. Saya cuba sampaikan melalui beberapa akhbar tempatan, namun tiada yang menyiarkannya. Mungkin kerana kandungan surat ini tidak cukup sensasi. Walaupun kes ini telah pun “selesai” saya cuba juga untuk sampaikan. Semoga ada manfaatnya. Semoga surat ini berjaya sampai kepada sasarannya juga melalui alam maya ini…)

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya amat bersimpati dengan peristiwa penyebaran gambar-gambar peribadi saudari beserta dengan tuduhan-tuduhan berunsur fitnah baru-baru ini. Tindakan penyebaran tersebut di blog-blog dan akhbar tempatan baru-baru ini amat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku atas apa jua alasan. Lebih-lebih lagi jika si penyebar bermatlamat untuk mencegah kemungkaran. Mencegah kemungkaran hendaklah dilakukan dengan cara paling berhemah dan tidak sepatutnya mendatangkan kemungkaran yang lebih besar. Tidak dinafikan, pendedahan aurat adalah satu dosa. Akan tetapi tindakan menyebarkan gambar orang yang mendedahkan aurat mendatangkan dosa yang jauh lebih banyak kepada si pelaku, si penyebar dan juga setiap yang melihatnya.

Melihat daripada perspektif lain, saudari Nur Amalina merupakan seorang insan yang begitu bertuah kerana selain dikurniakan Allah dengan kecemerlangan dalam bidang akademik, saudari juga dipandang tinggi oleh ramai orang yang bercita-cita mengikut jejak langkah saudari. Kekecohan baru-baru ini membuktikan bahawa begitu ramai orang mengambil berat akan segala perkembangan hidup saudari untuk dijadikan contoh teladan.

Hal ini merupakan satu anugerah Allah untuk saudari yang juga merupakan satu peluang yang amat besar. Rasulullah SAW pernah bersabda; “Man sanna sunnatan hasanatan, falahu ajruha wa ajru man ‘amila biha ila yaumil qiyaamah” Sesiapa yang memulakan sesuatu kebajikan, maka untuknya pahalanya dan pahala sesiapa yang mengikutnya hingga ke hari kiamat. Peluang berstatus “ikon” insan cemerlang ini, membolehkan saudari merebut ganjaran pahala yang tidak terhitung daripada Allah atas segala kebajikan saudari yang dicontohi oleh orang lain.

Namun begitu, keadaan ini juga merupakan satu ujian buat saudari kerana setiap keburukan dan dosa yang dicontohi juga akan menyebabkan saudari mendapat sahamnya juga.

Berkenaan dengan hobi saudari menggayakan fesyen-fesyen, tiada salahnya di sisi agama asalkan dilakukan di kalangan mahram, sesama wanita lain dalam situasi tertutup dan tidak terdedah kepada orang lain.

Saya amat bersyukur membaca penjelasan saudari bahawa saudari masih lagi menjaga batas-batas sebagai seorang muslim, beriltizam dengan solat lima waktu dan bacaan al-quran. Saya mendoakan agar saudari di kurniakan kekuatan dan hidayah daripada Allah untuk beramal dengan ajaran agama islam yang syumul dalam segenap aspek kehidupan.

Saya juga mendoakan agar saudari menggunakan peluang berada di luar negara untuk menjadi duta kepada agama Islam. Semoga dengan pengamalan islam yang sempurna akan membuka mata rakan-rakan saudari mengenai kecantikan dan keindahan agama Islam.

Semoga episod kekecohan kali ini menjadi titik mula ke arah satu perubahan yang lebih baik dalam hidup saudari.

Akhirnya, semoga saudari dikurniakan kejaayan di dunia dan lebih-lebih lagi keselamatan di hari akhirat. Semoga kejayaan saudari dalam keadaan beriltizam dengan agama, dalam ketundukan dan kepatuhan sebagai seorang hamba akan menjadi sebab untuk orang lain mendapat petunjuk Allah.

Sesungguhnya setiap hamba pasti akan dihitung setiap nikmat yang allah telah kurniakan kepadanya.

Allah lah sebaik-baik tempat berlindung dan tempat meminta pertolongan.

Wassalam.

Zaizul Azizi Zaman
Aktivitis Ikatan Muslimin Malaysia
Mantan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Categories: Sharing
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: