Home > Bangsaku > Tuntutan Interfaith Council

Tuntutan Interfaith Council

Daripada blog Saudara Tuan Hj Aminuddin Yahaya

Sebahagian kita mungkin tidak sedar atau tidak mengetahui tetapi inilah tuntutan yang dibuat oleh IFC kepada kerajaan. Ada yang telah mereka perolehi dan ada yang masih mereka asak. Tidak pasti apa akan jadi kepada umat islam jika negara ini diperintah oleh mereka. Kepada yang terlalu bersemangat untuk menjatuhkan pemerintah, telitilah perkara ini dengan penuh kematangan tanpa emosi. Benar kita benci dengan keburukkan yang ada tetapi biarlah yang nak menggantikan itu lebih baik dari yang sedia ada bukan ia menambah buruk lagi. Apatah lagi jika ia melibatkan soal2 agama islam.

Mereka nampak berbeza parti tetapi dibelakang, mereka bersatu. Tidakkah kita ingat semasa pemerintahan Pak Lah, menteri2 kabinet bukan islam bersama menandatangai menyokong IFC ?

Adakah pemimpin Melayu islam  tidak boleh bersatu?

 

Tuntutan2 IFC

i.       Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii.      Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii.     Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv.     Tidak perlu dicatatkan didalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v.      Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi.     Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii.    Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii.   Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix.     Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x.      Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi.     Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii.    Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii.   Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv.   Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

 

Categories: Bangsaku
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: