Home > Bangsaku > Nak Tuntut Apa Lagi?

Nak Tuntut Apa Lagi?

Kebelakangan ini, saya sering sesak nafas memikirkan halatuju Negara tercinta ini. Kesesakan nafas saya bukanlah satu perkara yang tidak berasas. Antara perkara yang amat membimbangkan saya adalah:

1.       Cabaran Terhadap Kedudukan Agama Islam di sisi perlembagaan
a.       Kelantangan pihak-pihak agama khususnya kristian dalam memperjuangkan apa yang ditafsirkan sebagai hak mereka di bawah perlembagaan untuk menggunakan kalimah allah dalam penerbitan pihak gereja dalam bahasa melayu, dan mengedarkan Al-kitab (merupakan sebahagian drpd terjemahan bible dalam bahasa melayu secara bebas), mempersoalkan beberapa keputusan mahkamah berhubung hak penjagaan anak apabila salah seoranag ibubapa memeluk Islam dan hak pengebumian saudara baru.
b.      Isu-isu di atas bukanlah isu yang terpisah. Apabila dilihat secara menyeluruh, ia adalah cubaan untuk mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, dan usaha menggunakan segenap ruang yang ada untuk menafsirkan perenggan-perenggan tertentu dalam perlembagaan dan undang-undang supaya menyebelahi tuntutan mereka.
c.       Sikap pemerintah yang memberi ruang supaya tuntutan-tuntutan ini didengar dan dipenuhi amat merisaukan, seolah-olah semua perkara boleh dirundingkan semula. Lebih merisaukan, apabila tuntutan-tuntutan ini dibuat dalam nada ancaman, seolah-olah semua tuntutan ini wajib dilayan. Sikap pemerintah yang menarik balik peraturan sedia ada untuk memuaskan golongan ini amat tidak dapat diterima akal.
d.      Lebih malang lagi apabila adanya golongan “liberal” atau ‘moderate islam’ yang turut sama menjadi burung kakaktua kepada agenda pluralism ini. Turut sama dalam kelompok ini adalah politikus yang membisu kerana lebih sayangkan populariti mereka di kalangan pengundi.

2.       Cabaran Agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP)

a.       Apabila saya meneliti ‘beneficiaries’ daripada agenda ETP, kesesakan nafas saya bertambah-tambah lagi. Apa yang diwarwarkan kepada umum bahawa sekatan-sekatan terhadap pemilikan dibawah Dasar Ekonomi Baru adalah salah satu sebab yang merencatkan perkembangan ekonomi Negara. Maka, ETP kini dilancarkan seolah-olah tiada langsung mengambil kira isu kaum secara total. Namun, lebih merisaukan apabila ‘beneficiaries’ daripada ETP seolah-olah sengaja memencilkan syarikat melayu dan bumiputera.
b.      Lebih merisaukan apabila kebanyakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan untuk melaksanakan dan memantau perlaksanaan ETP ini diketuai dan dianggotai oleh kaum-kaum selain melayu dan bumiputera, seolah-olah tiada orang melayu dan bumiputera yang mampu melaksanakan agenda tersebut.
c.       Lebih memilukan, apabila unit-unit agensi ini juga turut dianggotai oleh ‘pakar-pakar’ bangsa asing, yang agenda mereka tidak lebih daripada membawa teknologi asing masuk ke Malaysia, bukannya memacu perkembangan kepakaran tempatan.
d.      Saya juga risau kerana agenda ETP ini juga digunakan supaya “taxpayer’s money” di gunakan untuk mensubisidi sektor korporat, pada masa subsidi kepad arakyat sedang di’rasionalisasi’kan.
e.      Kerisauan saya bukan tidak berasas. Dalam pengalaman saya bekerja dalam syarikat-syarikat yang majoritinya adalah bangsa Melayu, saya melihat ada bangsa lain yang diberi peluang untuk naik hingga ke peringkat pegawai atasan. Saya tidak jumpa pegawai Melayu yang diberi peluang yang sama dalam syarikat yang dikuasai bangsa asing. Adakah ini semata-mata kerana kelemahan bangsa Melayu, atau siapa sebenarnya yang RACIST.

3.       Cabaran Agenda 1-Malaysia
a.       Saya memerhatikan agenda 1Malaysia telah dieksploitasi dengan sebegitu rupa oleh bukan melayu dan bukan bumiputera untuk mendapat ‘hak’ samarata, sama seperti agenda British pada Zaman prakemerdekaan di bawah agenda Malayan Union dan juga tuntutan Malaysian Malaysia oleh DAP, agenda yang diwarisi daripada Lee Kuan Yew dalam PAP semasa Singapura masih di dalam persekutuan.
b.      Amatlah sedih apabila mereka yang kononnya mewarisi perjuangan anti Malayan Union itu juga lah yang mencanangkan agenda 1Malaysia ini.
c.       Kegagalan generasi baru dalam menghayati sejarah bangsa amat merisaukan. Lantaran itu, segala yang ada di lihat secara ‘face value’ tanpa membaca percaturan yang sangat jelas jika dilihat melalui perspektif sejarah bangsa ini.
d.      Arus globalisasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan hari ini juga memberi kesan. Sekiranya pada hari ini, kita tanyakan apa identiti bangsa kita, agaknya apa jawapannya? Saya tak terkejut kalau identiti yang digambarkan bukan lagi identiti Melayu penuh adat sopan, bukan juga identiti asia dengan adat ketimuran. Fenomena anak gadis bertudung menari dipentas atas nama seni atau kesukanan bukanlah suatu yang pelik hari ini. Di mana letaknya pertimbangan neraca islam dalam penentuan identiti bangsa selepas ini?

Saya lebih sesak nafas melihat tuntutan demi tuntutan yang dicanangkan kebelakangan ini. Antara yang kita sudah dengar:

1.       Hak sama rata dari segi pinjaman/biasiswa sedang umum mengetahui bahawa jika biasiswa diberi berdasarkan merit semata-mata, maka kaum tertentu akan lebih menguasai kerana kemampuan prasarana yang mereka ada adalah jauh lebih baik daripada yang lain.
2.       Sudah diberi pinjaman JPA, dituntut pula supaya diubah kepada biasiswa, walaupun umum mengetahui bahawa sejak dilaksanakan berpuluh tahun, skim pinjaman di bawah JPA dan MARA adalah dalam bentuk pinjaman.
3.       Sekarang dituntut pula supaya skim pinjaman/biasiswa yang ada tidak lagi diurus oleh JPA sebaliknya dikendalikan di bawah Talent Corp supaya lebih ‘telus’? Pada masa yang sama peruntukan untuk MARA juga seakan dipotong?
4.       Tuntutan sekolah vernacular? Nak university lagik?

Nak apa lagi?

Apa lagi nak di tuntut selepas ini? Nak ubah agama persekutuan? Nak jadik PM, nak tukar nama Negara? Saya pasti tuntutan itu takkan berhenti di sini.

Categories: Bangsaku
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: