Home > Money Matters, Sharing > Uruslah kewangan anda dengan bijak, sesungguhnya setiap nikmat bakal disoal kembali!

Uruslah kewangan anda dengan bijak, sesungguhnya setiap nikmat bakal disoal kembali!

Beberapa tips untuk dikongsi, drpd perkongsian orang lain, pengalaman dan pembacaan.

Khas buat mereka yang baru memulakan alam pekerjaan (mempunyai sumber pendapatan sendiri). Sesungguhnya adalah jauh lebih mudah untuk mendisiplinkan diri drpd awal, berbanding cuba membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Bila hutang dah banyak, tanggungan dah ada, komitmen sana-sini, lifestyle pun dah ada gaya tersendiri, mmg mencabar utk keluar dr zon selesa.

1. Disposable income (tahu berapa gaji boleh guna anda).
Apabila merancang kewangan anda, rancanglah berdasarkan disposible income. Walaupun dalam slip gaji tulis sekian byk, disposable income sebenar ialah income selepas ditolak dgn statutory deduction. Tu aja yang available. Jd bila nak buat loan ke, check betul2 berapa percent sbnrnya repayment loan tu drpd disposable income.

2. Belanjakan lebihan wang anda (bukan simpan lebihan wang anda).
Bunyi mcm pelik ke tak? Sebetulnya, maksud step ni ialah keep aside awal2 amount untuk disimpan, selebihnya baru lah belanja sampai habis pun takpe. Sebab kalau kita belanja dulu dan cuba nak simpan yang selebihnya, maka akan ada bulan yang tiada lebihan malah tak cukup lagi. Amaun yang perlu disimpan bergantung dgn matlamat perancangan kewangan anda. Let say matlamatnya ialah untuk bina tabungan sebanyak 30k untuk walimah dlm masa 2 tahun, maka amaun yg perlu disimpan ialah 30k/(2×12), maka jumlah yg nak kena simpan ialah 1250 sebulan!. Belanja lah selebihnya.

3. Sediakan tabung kecemasan
Tabung kecemasan kalau ikut buku perancangan kewangan biasa merujuk kepada tabungan yg liquid (boleh diambil bila2 masa bila perlu) sebanyak 6 bulan kos sara hidup. Maksudnya, seandainya apa2 berlaku, hilang kerja, sakit, ditimpa musibah, bencana alam etc, kita ada 6 bulan utk recover, cari kerja baru, utk ubati penyakit etc)

4. Amalkan perbelanjaan berhemah dan terancang. Yang saya maksudkan dengan perancangan kewangan berhemah dan terancang ialah:
– berbelanja ikut rasional dan kemampuan
– bijak dlm menilai (contoh penilaian kurang bijak ialah beli stroller baby berharga ribuan ringgit, yang cuma digunakan sebulan 2 kali)
– rancang dulu sblm berbelanja, katalah kita expect nak dpt anak dlm masa 9 bulan, maka sepatutnya kita start menabung utk expense yang akan kena bayar semasa kelahiran.
– perancangan yang baik akan mengelakkan kita terpaksa berhutang

5. Perlindungan dan pelaburan
Selalu orang tanya, nak melabur dulu atau nak ambik perlindungan takaful dulu. Bagi saya, melabur ni bila kita ada lebihan (tabungan kecemasan dah ada, keperluan semasa dah mencukupi), bila ada extra kita patut fikir mcm mana nak grow harta yang ada supaya berkembang biak. Saya cukup tidak setuju dengan skim pinjaman untuk pelaburan. Perlindungan pula satu topik lain. Kalau pelaburan tu untuk gandakan harta kita, perlindungan ialah untuk lindungi apa yang kita ada. Contohnya, seseorang yang bergaji 4000, bagaimana caranya untuk pastikan keluarga dan tanggungannya (mak ayah, anak isteri dan adik beradik yg bergantung dengannya) dpt meneruskan hidup walaupun dia dah meninggal dunia dan tak dpt lg bwk 4000 sebulan kpd tanggungannya. Kalau lah dia nak pastikan keluarganya dapat terus hidup mcm biasa, maka di sinilah perlindungan takaful diperlukan, Untuk keluarga hidup mcm biasa selama 20 tahun lagi (anak2 dah besar) maka orang yang bergaji 4000 tadi perlu tinggalkan kpd family sbyk 4000x12x20, jumlahnya 960,000. Pelaburan mana yang dapat menyediakan simpanan sebanyak itu seandainya dia meninggal dunia bulan depan?

Rancanglah kewangan anda. Sesungguhnya setiap pemilik harta itu bakal dipersoalkan setiap hartanya, dari mana sumbernya, ke mana dibelanjakan?

“Thumma latusalunna yaumaizin ‘ani an-na’im” ; ‘kemudian sesungguhnya kami akan persoalkan pada hari itu setiap nikmat” (attakathur)

Posted with WordPress for BlackBerry.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: