Archive

Archive for July, 2010

Satu Malaysia yang saya impikan

Malaysia memang satu…Walaupun ada usaha untuk memecahbelahkannya, walaupun singapura dan brunei telah pun di ceraikan daripadanya…

Malaysia memang satu… satu malaysia

Saya impikan satu malaysia yang budayanya terbina di atas budaya bangsa asal Tanah Melayu, budaya Melayu…

Saya impikan satu malaysia yang bahasanya terbina atas Bahasa Melayu, yang pernah menjadi lingua franca selama ratusan tahun…

Saya impikan satu malaysia yang nilainya berasaskan nilai-nilai Islam, agama orang Melayu..

Saya impikan satu malaysia yang agama Islam menjadi satu agama yang memandu kehidupan rakyat dalam semua aspek…

Saya impikan satu malaysia yang penduduk asalnya, Melayu tidak terpinggir di bumi sendiri…

Saya impikan satu malaysia yang kaum lain boleh hidup bebas dan menghormati pemilik asal tanah ini, yang mengizinkan mereka utk tinggal bersama…

Saya impikan satu malaysia yang aman damai, makmur sejahtera dan berkembang maju tanpa mengabaikan satu pun impian saya yang sebelumnya….

Advertisements
Categories: Bangsaku

3 event besar hujung minggu ini

Categories: Aktiviti

Uruslah kewangan anda dengan bijak, sesungguhnya setiap nikmat bakal disoal kembali!

Beberapa tips untuk dikongsi, drpd perkongsian orang lain, pengalaman dan pembacaan.

Khas buat mereka yang baru memulakan alam pekerjaan (mempunyai sumber pendapatan sendiri). Sesungguhnya adalah jauh lebih mudah untuk mendisiplinkan diri drpd awal, berbanding cuba membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Bila hutang dah banyak, tanggungan dah ada, komitmen sana-sini, lifestyle pun dah ada gaya tersendiri, mmg mencabar utk keluar dr zon selesa.

1. Disposable income (tahu berapa gaji boleh guna anda).
Apabila merancang kewangan anda, rancanglah berdasarkan disposible income. Walaupun dalam slip gaji tulis sekian byk, disposable income sebenar ialah income selepas ditolak dgn statutory deduction. Tu aja yang available. Jd bila nak buat loan ke, check betul2 berapa percent sbnrnya repayment loan tu drpd disposable income.

2. Belanjakan lebihan wang anda (bukan simpan lebihan wang anda).
Bunyi mcm pelik ke tak? Sebetulnya, maksud step ni ialah keep aside awal2 amount untuk disimpan, selebihnya baru lah belanja sampai habis pun takpe. Sebab kalau kita belanja dulu dan cuba nak simpan yang selebihnya, maka akan ada bulan yang tiada lebihan malah tak cukup lagi. Amaun yang perlu disimpan bergantung dgn matlamat perancangan kewangan anda. Let say matlamatnya ialah untuk bina tabungan sebanyak 30k untuk walimah dlm masa 2 tahun, maka amaun yg perlu disimpan ialah 30k/(2×12), maka jumlah yg nak kena simpan ialah 1250 sebulan!. Belanja lah selebihnya.

3. Sediakan tabung kecemasan
Tabung kecemasan kalau ikut buku perancangan kewangan biasa merujuk kepada tabungan yg liquid (boleh diambil bila2 masa bila perlu) sebanyak 6 bulan kos sara hidup. Maksudnya, seandainya apa2 berlaku, hilang kerja, sakit, ditimpa musibah, bencana alam etc, kita ada 6 bulan utk recover, cari kerja baru, utk ubati penyakit etc)

4. Amalkan perbelanjaan berhemah dan terancang. Yang saya maksudkan dengan perancangan kewangan berhemah dan terancang ialah:
– berbelanja ikut rasional dan kemampuan
– bijak dlm menilai (contoh penilaian kurang bijak ialah beli stroller baby berharga ribuan ringgit, yang cuma digunakan sebulan 2 kali)
– rancang dulu sblm berbelanja, katalah kita expect nak dpt anak dlm masa 9 bulan, maka sepatutnya kita start menabung utk expense yang akan kena bayar semasa kelahiran.
– perancangan yang baik akan mengelakkan kita terpaksa berhutang

5. Perlindungan dan pelaburan
Selalu orang tanya, nak melabur dulu atau nak ambik perlindungan takaful dulu. Bagi saya, melabur ni bila kita ada lebihan (tabungan kecemasan dah ada, keperluan semasa dah mencukupi), bila ada extra kita patut fikir mcm mana nak grow harta yang ada supaya berkembang biak. Saya cukup tidak setuju dengan skim pinjaman untuk pelaburan. Perlindungan pula satu topik lain. Kalau pelaburan tu untuk gandakan harta kita, perlindungan ialah untuk lindungi apa yang kita ada. Contohnya, seseorang yang bergaji 4000, bagaimana caranya untuk pastikan keluarga dan tanggungannya (mak ayah, anak isteri dan adik beradik yg bergantung dengannya) dpt meneruskan hidup walaupun dia dah meninggal dunia dan tak dpt lg bwk 4000 sebulan kpd tanggungannya. Kalau lah dia nak pastikan keluarganya dapat terus hidup mcm biasa, maka di sinilah perlindungan takaful diperlukan, Untuk keluarga hidup mcm biasa selama 20 tahun lagi (anak2 dah besar) maka orang yang bergaji 4000 tadi perlu tinggalkan kpd family sbyk 4000x12x20, jumlahnya 960,000. Pelaburan mana yang dapat menyediakan simpanan sebanyak itu seandainya dia meninggal dunia bulan depan?

Rancanglah kewangan anda. Sesungguhnya setiap pemilik harta itu bakal dipersoalkan setiap hartanya, dari mana sumbernya, ke mana dibelanjakan?

“Thumma latusalunna yaumaizin ‘ani an-na’im” ; ‘kemudian sesungguhnya kami akan persoalkan pada hari itu setiap nikmat” (attakathur)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Dua event besar this weekend! Jangan ketinggalan

July 12, 2010 1 comment

Karnival Larian Islami, Kekeluargaan & Kesihatan

Konsert Demimu Al-Aqsa

Categories: Aktiviti

Bangsaku….

July 12, 2010 1 comment

Bangsaku…Celiklah akan sejarah
Kerana bangsa yang buta sejarah
Kelak kan lupa asal umbinya
Kelak kan leka diperdaya

Mereka lupa bahawa merakalah tuan
Mereka lupa mereka bangsa hebat
Mereka lupa mereka adalah raja
Mereka lupa pendatang cuma menumpang
Lalu mereka terpinggir di bumi sendiri
Mereka merempat tiada bertempat
Mereka melarat menunggu disuap

Kenapa kita jadi begini
Merdeka cuma pada nama
Tapi tak mampu mendongak kepala
Kuasa cuma pada zahirnya
Sedang jiwa dibelenggu jua

Tanah dibuka bukit ditarah
Bangunan dibina siapa yang punya
Ekonomi berkembang hidup mewah
Tuan tanah terpinggir jua

Negara maju berkembang pesat
Pencapaian dibangga dicanang-canang
Anak bangsa terleka lagi tersesat
Maruah harga diri telah pun hilang

Anak muda bersuka ria
Diulit seloka silih berganti
Tiada dihirau segala yang lampau
Asalkan kenyang perut sendiri

Politikus bersaing berebut kerusi
Tuduh menuduh pelbagai strategi
Nasib anak bangsa diperjudi
Asalkan berjaya meraih undi

Politikus bangsa bertekak sama sendiri
Masing-masing menunjuk pandai
Kisah pak kadok berulang lagi
Menang sorak kampung tergadai

Lipatan sejarah menjadi saksi
Perjuangan bangsa terus diwarisi
Pertahankan hak dibumi sendiri
Islam dijulang bangun jatidiri



(zaizulazizi; Retreat Pimpinan PEMBINA, Janda Baik 11/07/2010)

Categories: Bangsaku, Sharing

apa tujuan penciptaan kita?

July 7, 2010 1 comment

Kullun muyassarun lima khuliqa lahu…

Begitulah bunyi sebuah hadith rasulullah yang dikongsi oleh ustaz fauzi, sambil sembang2 beberapa hari lepas. Hadith ni membuat saya termenung panjang.

Maksud hadith yg ringkas ni ialah, setiap orang dipermudahkan untuk apa tujuan dia diciptakan. Maksudnya setiap orang itu unik dan memiliki kelebihan dan kekurangan sendiri dan dengan kelebihan dan kekurangan itu menjadi kan dia mudah untuk memainkan peranannya yg tersendiri dalam hidupnya. Akhirnya setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dia lakukan, adakah dia telah menggunakan segala kelebihannya dengan cara yg terbaik dan bagaimana pula sikapnya terhadap kelemahannya.

Analisa sifat sahabat dan ulamak

Ustaz mengulas hadith ni dengan bercerita tentang peribadi beberapa orang sahabat dan ulamak. Abu hurairah misalnya merupakan satu karakter yg cukup simple dan lurus. Beliau tidak mampu memahami kebanyakan hadith, namun kelebihannya ialah dia kuat ingatan. Lalu peranan besar yang beliau mainkan adalah menghafal segala apa yang didengar drpd Rasulullah dan disampaikan kepada sahabat yang lain. Jadilah dia antara sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith sebagaimana yg kita selalu jumpa dalam kitab2 hadith yang masyhur.

Karakter seperti abdurrahman bin auf pula seorang yg pandai berniaga. Beliau yang berhijrah dengan sehelai sepinggang mampu menjadi antara sahabat yg paling kaya di madinah. Infaq hartanya tidak putus2 setiap kali diperlukan, namun ketika matinya masih meninggalkan harta yang banyak untuk warisnya dan juga diwasiatkan kepada semua ahli badar yg masih hidup ketika itu. Murahnya rezeki abd rahman diumpamakan dengan kata2 seperti, “kalau abd rahman pegang batu, maka batu akan jadi emas” atau kata yang lain “seandainya aku balikkan sebuah batu, maka akan kujumpai emas”.

Kalau kita baca lagi kisah sahabat dan tabiin, maka kita akan jumpa karakter yg pelbagai dikalangan generasi mereka. Semuanya melakukan ketaatan kepada allah dalam kapasiti masing2. Amat tidak adil kalaulah kita menilai kemuliaan itu berdasarkan ibadah tertentu, atau karakter tertentu atau kerjaya tertentu.

Kata imam malik apabila dikritik kerana terlalu banyak menghabiskan masa menulis kitab; “aku tidak memandang solat sunat yang engkau lakukan lebih mulia drpd apa yg aku lakukan. Sesungguhnya ibadah itu kurniaan allah seumpama rezeki. Setiap orang ada bahagiannya masing2”

Apa yang penting ialah keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan ubudiyyah terhadap allah dalam bentuk yg pelbagai itu.

Di kalangan ulamak juga ada karakter yg pelbagai. Imam malik seorang yg amat tawadhuk, hidup dikalangan para tabiin di madinah. Karakter itu sesuai menjadikan beliau dpt mempelajari banyak ilmu, dan menjadi ulamak yang disegani di madinah pada waktu itu. Beliaulah antara orang pertama menulis kitab hadith.

Imam abu hanifah pula seorang yang ligat dan agresif. Beliau ulama yang juga seorang peniaga. Karakter itu sesuai untuk menjadi ulamak yg disegani di iraq, bumi yg penuh cubaan dan tipudaya yang mengumpulkan manusia drpd beberapa tamadun terdahulu. Imam abu hanifah tidak menulis kitab, pengajaran drpd imam abu hanifah terkumpul dalam kitab karangan dua orang muridnya.

Persoalan saya terhadap diri sendiri, apa tujuan saya diciptakan? Peranan apa yang perlu saya ambil dlm hidup ini. A question of self-discovery…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Categories: Life Notes, Sharing