Home > Sendi Kehidupan, Sharing > Kerjaya, alam baru anda!

Kerjaya, alam baru anda!

Khas buat teman2 (dan adik2) yang baru mula menceburi alam pekerjaan.

Beberapa orang teman baru memasuki alam pekerjaan. Fasa alam kerjaya ini juga adalah satu ‘sendi kehidupan’ yang perlu di urus dengan baik.

Pengurusan masa
Saya pernah dengar istilah “masa kamu adalah milik syarikat”. Istilah ini menggambarkan apabila seseorang tu dah start kerja, maka masanya bukan lagi miliknya sendiri. Istilah ini ada betulnya terutama dlm waktu pejabat. Namun agak malang kalau ada yg sanggup menyerahkan semua masanya sbg milik majikan, maka majikan seolah-olah boleh bg arahan apa shj, balik lambat, jgn balik selagi kerja tak siap, weekend pun dtg kerja etc. Apa yang penting ialah kita tahu hak kita dan di mana sempadannya. Jangan biarkan diri anda menjadi hamba kepada kerjaya. Kalaupun anda perlu utk kerja di luar waktu pejabat, biarlah itu dilakukan dengan kehendak diri, dan diberi ganjaran yang setimpal. Kuncinya ialah masa anda adalah hidup anda, dan anda lah yang berhak membuat keputusan. Peruntukkan masa secukupnya untuk diri anda, keluarga, agama dan kehidupan anda.

Kewangan
Pengurusan kewangan bg yang baru memulakan alam pekerjaan tentunya mencabar dan amat berbeza dgn pengurusan kewangan sbg pelajar. Yang penting ialah tahu keutamaan dalam berbelanja, rancang untuk jangka panjang, ukur baju di badan sendiri dan belajar drpd pengalaman orang lain.

Peningkatan Kendiri.
Alam pekerjaan adalah sebahagian drpd perjalanan dan bukan destinasi terakhir. Jadi jangan abaikan peningkatan kendiri anda yg amat penting untuk menjalani fasa kehidupan yang seterusnya. Ilmu perlu terus ditambah, buku perlu terus dibaca, amalan perlu terus digandakan, semangat perlu terus dipupuk, keazaman perlu terus diperkemas dan cita2 perlu terus di perbaharui.

Selain drpd tiga perkara ini, banyak lagi yang perlu diurus dengan sebaiknya.

Semoga kebahagiaan menanti, di dunia dan akhirat!

Categories: Sendi Kehidupan, Sharing
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: