Home > Sharing > Baby hatch, inikah jalan penyelesaian?

Baby hatch, inikah jalan penyelesaian?

New Sunday Times hujung minggu lepas menayangkan berita ini di muka depan. Isu ini mengundang reaksi pelbagai pihak. Saya mengikuti perbincangan tajuk ini di radio 24. Perbincangan di ruang udara radio tersebut turut hangat. Ada yang menyokong, mebantah dan ada yang mencadangkan penyelesaian dalam bentuk lain. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tan Sri Dr Harussani dalam isu ini. Beliau bersetuju dengan pengenalan baby hatch ini sebagai salah satu langkah terakhir, demi mneyelamatkan nyawa bayi-bayi daripada dibunuh dengan kejam dan dibuang atau ditinggalkan di mana-mana. Namun, beliau menyatakan perlunya pihak yang terlibat, iaitu ibu dan bapa bayi berkenaan di kenakan hukuman yang setimpal atas kesalahan mereka. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan juga adalah salah satu langkah pencegahan.

Saya melihat isu buang bayi sebagai satu simptom atau petanda kepada satu masalah yang jauh lebih besar. Apabila kita membicarakan perihal kes-kes pembuangan bayi ini, sebenarnya kita cuma membicarakan satu segmen kecil daripada satu masalah yang amat besar dan membarah, atau boleh disebut sebagai “a tip of the iceberg”. Hakikatnya, kes pembuangan bayi yang terbongkar cuma mewakili sebahagian kecil fenomena ini. Bagi setiap kes pembuangan bayi yang terbongkar, berapa banyak kes yang berjaya disembunyikan? Berapa banyak kes kandungan luar pernikahan yang berjaya digugurkan? Berapa banyak lagi kes kandungan luar nikah yang berjaya dilindungi daripada pengetahuan umum, melalui perlbagai cara, antaranya kahwin paksa, di ‘jual’ kepada sindiket, didaftarkan atas nama keluarga ‘angkat’ atau membesar menjadi kanak-kanak jalanan yang langsung tidak didaftarkan?

Persoalan-persoalan tadi baru merujuk kepada mereka yang mengandung tanpa nikah. Kita tentunya maklum bahawa tidak semua perlakuan seks itu berakhir dengan kandungan. Bagaimana pula dengan mereka yang bebas melakukan hubungan seks sama ada dengan pasangan yang tetap atau dengan berbilang pasangan, sama ada yang selalu (regular) atau sekadar mencuba-cuba, sama ada yang sukarela atau terpaksa, atau mereka yang mengamalkan apa yang diistilahkan sebagai “safe sex” yang tidak berakhir dengan kandungan. Bukankah ini juga satu gejala yang perlu dibendung? Atau adakah masyarakat kita sudah menerima seks sebelum nikah sebagai sesuatu yang normal?

Apabila kita melihat lebih jauh lagi, sebenarnya masalah perlakuan seks antara pasangan yang belum berkahwin sebenarnya didahului dengan banyak lagi perkara yang kalau dibendung dengan baik akan mengurangkan masalah berangkai yang timbul kemudiaannya.

Islam memberikan penyelesaian terbaik dalam hal ini, dengan meletakkan larangan bukan sahaja kepada zina, bahkan kepada segala perkara yang menghampiri zina. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Adab-adab pergaulan yang ditekankan dalam Islam juga adalah salah satu langkah pencegahan. Malah, hukuman berat ke atas zina walaupun kelihatan sebagai reaktif (hukuman ke atas mereka yag telah dibuktikan bersalah) masih mempunyai nilai pencegahan, kerana hukuman yang berat di khalayak ramai itu akan mencegah perkara yang sama dilakukan oleh orang lain. Masyarakat secara umumnya mendapat manfaat melalui hukuman yang dijalankan ke atas si pesalah, di samping si pesalah akan menyesal dan tidak akan sanggup untuk mengulangi perlakuan yang sama.

PEMBINA sebagai sebua persatuan belia amat memandang berat isu-isu berkaitan gejala sosial yang berkaitan dengan generasi belia ini, kerana permasalahan ini bakal merencatkan pembangunan potensi belia yang merupakan salah satu agenda penting bagi PEMBINA. Kita berharap, di samping usaha semua pihak cuba mencari penyelesaian segera kepada masalah pembuangan bayi ini, kita tidak lupa untuk mencari satu formula penyelesaian secara menyeluruh yang akan melihat kepada akar umbi permasalahan ini.

(83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia)

(Salah Laku Seksual Remaja Kita; Apakah Jalan Penyelesaiannya?)

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: