Home > Life Notes, Parenting, Sharing > Pendidikan anak-anak

Pendidikan anak-anak

(khas untuk rakan-rakan yang baru dikurniakan cahaya mata, dan yang masih menghitung hari. Semoga amanah Allah ini tidak dipersiakan tanpa disedari)

Sebelum menyertai hari keluarga ISMA Gombak

Baru-baru ni ada berpeluang mengambil pengalaman Ust Fauzi dalam pendidikan anak2. Beliau bercakap daripada pengalaman mendidik 5 orang anak yang pelbagai ragam dan bergelumang dengan ibubapa dan pelajar semasa bertugas di SRI/SMI Hira‘ di Shah Alam.

Antara yang beliau kongsikan ialah betapa pentingnya memastikan pendidikan anak-anak yang menyeluruh. Selalunya ibubapa tersalah anggap, dengan memilih nursery, tempat jagaan, tadika atau sekolah yang baik-baik, maka anaknya akan membesar dengan baik. Tidak dinafikan pemilihan persekitaran yang baik amat penting dalam pendidikan dan pembesaran anak-anak.

Namun, yang lebih penting lagi ialah memberikan hak dan peluang untuk anak-anak membesar dan terdidik dalam segenap aspek hidup. Sebagai contohnya, kalaulah kita memperuntukkan RM 500 untuk setiap anak sebulan, maka peruntukan itu sepatutnya merangkumi keperluan fizikal (makan, minum, pakaian), kos nurseri/tadika/tempat jagaan, kos aktiviti riadhah (basikal, kelas badminton/taekwondo), permainan yang bersesuaian, hadiah2 sempena yang bermakna (penghargaan pencapaian) dan kos2 untuk memberi pengalaman yang sesuai dengan usia mereka (tengok air laut, mandi sungai, berkelah, zoo etc.)

Sememangnya kemampuan kewangan akan membatasi semua keperluan ini. Namun, sekiranya peruntukan ini semua perlu dipotong atau dikurangkan, maka pengurangan itu hendaklah dibuat tanpa mengabaikan elemen2 di atas. Selalunya, apa yang berlaku ialah keperluan fizikal jarang sekali terabai, malah kadang2 berlebihan (pakaian berjenama, permainan import yg canggih, susu yang paling mahal, diapers yang paling selesa) kerana semua ini memberi kesan yang nampak pada zahir. Kan ke agak merisaukan ibubapa kalau pakaian anak lusuh, mainan murahan buatan cina, diapers yg meninggalkan rashes dan lain-lain kesan yang nampak dan dapat dirasakan dengan segera. Lalu keperluan fizikal ini jarang terabai. Yang selalu dilupakan ialah aspek-aspek lain yang mana impaknya bukan impak segera. Namun perlu diingat, impak yang tidak segera itu selalunya lebih mendalam, meninggalkan kesan dan sukar dipulihkan. Lebih malang lagi, impak jangka panjang ini cuma disedari bila sudah agak terlewat.

Antara impak yang saya maksudkan ialah, perkembangan anak2 yang tidak seimbang, penekanan yang keterlaluan terhadap aspek material, kurang keyakinan diri, kurang ketahanan fizikal dan mental, dan tiada matlamat hidup, kurang penghargaan terhadap diri sendiri dan lain-lain kesan dalaman pada jatidiri anak-anak.

Maka semua ini perlu diberi perhatian sewajarnya. Lebih2 lagi jika masa berkualiti yang ada untuk anak2 bersama dengan ibubapa adalah sangat kurang. Bayangkan, anak yang membesar di pusat jagaan, pencapaian harian (anak2 belajar sesuatu yang baru setiap hari) tidak diperhatikan oleh ibubapa, bila balik ke rumah cuma melihat muka ibu ayah yang penat setelah seharian bekerja, mendengar pula rungutan ibubapa terhadap masalah harian mereka (seperti duit tak pernah cukup, kena marah dengan bos, umpatan pasal jiran, kerja yang memenatkan, etc) agaknya bagaimana semua ini memberi kesan dalam jiwa anak. Bagaimana agaknya gambaran yang mereka dapat tentang kehidupan yg bakal mereka hadapi kelak?

Tidak hairanlah sekiranya watak2 kartun seperti Wonderpet dan Dora, Mickey n Thomas dan iklan2 sangat memberi kesan terhadap karakter anak2. Itulah sumber inspirasi mereka, mewarnai hidup mereka saban hari. Hero mereka bukan lagi ibubapa mereka. Guru tadika lebih dekat di hati mereka. Mereka lebih bahagia di hadapan TV, dlm pelukan Barney n Friends drpd bersama ibu dan ayah.

Akhirnya, anak yang bagaimanakah yang lahir daripada suasana seumpama ini?

Anak-anak itu amanah. Mereka memerhati dan belajar daripada persekitaran mereka. Corakkan lah kain putih itu dengan sebaik-baiknya. Semoga mereka menjadi hujjah buat kita, bukan hujjah ke atas kita.

Penyejuk di mata: khadeeja maisara

Penawar di hati: Rumaysa Wafiyya

SRI/SMI Hira‘ di Shah Alam
Categories: Life Notes, Parenting, Sharing
  1. ummu mujahid
    May 29, 2010 at 7:27 pm

    aik gambar single mujahid takde? x aci ..btw nama dija pun salah eja kee

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: