Home > Sharing > Leadership Styles

Leadership Styles

Saya telah mengenali beberapa ‘leadership style’ atau saya istilahkab sebaga gaya kepemimpinan dalam beberapa pengalaman dan interaksi saya dalam beberapa organisasi, baik yang bersifat bisnes mahupun sukarela.

Ada dua gaya kepemimpinan yang saya nampak begitu jelas pada pandangan saya. Gaya kepemimpinan yang pertama ialah pemimpin meletakkan satu matlamat yang besar untuk sama-sama dikongsi oleh para pengikutnya, lalu mereka sama2 berusaha mencapai matlamat tersebut. Saya lihat gaya kepemimpinan ini melahirkan para pengikut yang self-motivated dan kreatif dalam usaha mereka mencapai matlamat.

Cabaran utama bagi gaya kepemimpinan ini ialah mendapatkan ‘buy in’ atau mendapatkan komitmen semua pengikut terhadap matlamat yang disepakati. Kadangkala, matlamat tersebut dilihat seolah tidak relevan daripada persepsi orang bawahan, atau matlamat tersebut tidak disepakati daripada awal. Walaubagaimanapun, seandainya matlamat tersebut telah jelas dan disepakati, maka perjalanan seterusnya adalah lebih mudah.

Gaya kepemimpinan yang kedua lebih autokratik, di mana matlamat organisasi itu cuma diimani oleh mereka diperingkat pimpinan, dan para pengikut akan dikerah untuk menjayakan agenda yang bersifat short term atau event oriented. Para pengikut cuma memahami matlamat jangka pendek, dan akhirnya, apabila semua program2 jangka pendek itu berjaya, maka barulah mereka menyedari bahawa mereka telah mencapai cita2 besar yang sebelumnya cuma diketahui oleh pimpinan atasan.

Gaya kepemimpinan yang kedua ini kadangkala kelihatan lebih senang untuk dioperasikan kerana para pengikut cuma perlu memenuhi tuntutan kerja jangka pendek, dengan penuh ketaatan. Cabaran untuk gaya kepemimpinan ini adalah pemimpin perlu mengikut secara dekat setiap program yang dijalankan, dan kadangkala bersifat pahat dengan penukul, setiap perkara perlu diberi arahan secara detail.

Secara peribadi, saya jenis yang suka memahami visi jangka panjang, lalu daripada itu saya diberi kebebasan utk berusaha dalam ruang lingkup kerja saya untuk mencapai matlamat organisasi itu. Mengikut sahaja tanpa mengetahui destinasi akhir, bukanlah cara yang saya boleh ikuti dengan baik.

Gaya kepemimpinan yang pelbagai pada saya perlu dilaksanakan mengikut keadaan tertentu. Setiap pemimpin ada gaya tersendiri dan setiap orang perlu digarap dengan gaya kepemimpinan tersendiri.

Sebagai pengakhirannya, jika anda seorang pemimpin, fahamilah orang bawahan anda, dan sekiranya anda seorang pengikut, jadilah yang terbaik dalam posisi anda.

Categories: Sharing
  1. aloqstaq
    September 8, 2010 at 3:29 pm

    Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban ke atas org yg dipimpinnya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: