Home > Life Notes, Sharing > Program Minda: Neuro Linguistic Programming

Program Minda: Neuro Linguistic Programming

Neuro Linguistic Programming (NLP).

Saya cuba translate kan dalam bahasa mudah ikut kefahaman saya. NLP ialah kaedah menggunakan bahasa minda untuk memprogramkan minda. Sepertimana komputer yang cuma memahami bahasa2 komputer, begitulah juga minda yang berfungsi menurut kaedah tertentu.

NLP digunakan oleh pelbagai jenis manusia untuk pelbagai tujuan. Kaedah memprogramkan minda ini diguna dalam latihan ketenteraan untuk melatih tentera melakukan apa yang diluar batas kebiasaan manusia, di gunakan juga oleh komunis untuk menyampaikan ideologi mereka pada zaman kebangkitan mereka, dan kaedah yang sama turut digunakan untuk melatih para pekerja supaya berdedikasi menjalankan agenda syarikat.

Minda kita dapat diprogram menggunakan beberapa langkah iaitu;
1. Internal dialogue
2. Visualise your aim
3. Involve your feeling

Saya jelaskan satu persatu bagaimana langkah2 ini berkesan dalam memprogramkan minda kita.

Menurut kaedah ini, internal dialogue ialah kaedah kita bercakap kepada diri sendiri tentang apa yang kita cita-citakan. Semakin kerap cita2 kita di ulang- ulang, maka cita-cita itu seolah olah lekat (engraved) dalam minda kita sehingga kita akhirnya selalu memikirkan apa yang kita cita-citakan. Keadaan sentiasa berfikir ini akan menyebabkan kita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merealisasikan cita2 itu. Amalan dan gerak laku kita akan terfokus terhadap apa yang kita cita2 kan sehingga akhirnya cita2 itu akan lebih mudah untuk dicapai, hasil drpd usaha yang tefokus dan berterusan itu.

Langkah seterusnya ialah visualisation iaitu membina gambaran minda terhadap apa yang kita cita2kan. Semakin jelas gambaran minda itu, semakin tinggi keinginan kita untuk mencapainya dan semakin usaha kita akan kita fokuskan ke arah cita2 itu.

Dalam hal visualisation ini, steven covey dalam mengulas habit ke 2 iaitu begin with the end in mind, steven covey mengatakan; “everything is created twice, once in the mind and once in the real life”

Binalah gambaran minda yang sedetail yang mungkin. Kejelasan gambaran minda menjadi panduan kepada apa yang diusahakan.

Langkah ke-3 ialah melibatkan perasaan kita dalam apa yang kita cita2kan. Perasaan manusia sebenarnya memiliki potensi yang besar. Manusia hilang rasa penat apabila melakukan sesuatu dengan penuh perasaan. Manusia boleh melakukan sesuatu. yang diluar batas kemanusiaan dan kewarasan apabila melakukan sesuatu dengan penuh perasaan. Oleh itu potensi perasaan ini sepatutnya disalurkan ke arah mencapai cita2 kita.

Ini dapat dilakukan dengan menanamkan keinginan yang tinggi dan mengaitkan cita2 kita dengan perkara2 yang dekat dihati kita seperti mengaitkan cita2 dlm kerjaya dengan kegembiraan anak2 yang bakal dicapai hasil kejayaan itu.

Ketiga-tiga langkah ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang muslim. Cuba fikirkan persamaan dalam internal dialogue dengan tuntutan islam terhadap kesucian niat dan galakan supaya memperbaharui niat.

Kaedah membentuk gambaran minda pula adalah kaedah biasa yang allah gunakan dalam ayat2 al-quran dalam menceritakan perihal syurga dan neraka. Sahabat2 rasululah yang ditarbiah dgn nilai keimanan yang tinggi berkata; “kami seolah-olah dpt melihat syurga dan neraka dengan mata kami”. Inilah sumber inspirasi mereka, yang memberikan mereka motivasi yang berpanjangan dalam berusaha mencapai syurga dan menjauhi neraka serta mengorbankan segala keseronokan dunia.

Kaedah menggunakan potensi perasaan juga adalah sbahagian drpd uslub islam dlm mendidik umatnya. Rasulullah tidak pernah mengabaikan fitrah manusia yang memiliki perasaan dalam mentarbiah generasi pertama islam. Segala perasaan kemanusiaan di halakan ke arah ubudiyyah terhadap allah. Rasa sedih, gembira, benci, marah, sayang, cemburu, suka dan duka semuanya ada nilaian pahala dan dosa apabila diletakkan ditempat yang sepatutnya.

Secara sedar atau tidak, kita juga telah menggunakan beberapa kaedah program minda ini, apabila kita menanam cita-cita sejak kecil, kita bercakap mengenai cita-cita itu, kita menggambarkan bagaimana kehidupan kita setelah kita berjaya dan kita mula bersungguh-sungguh menanamkan cita-cita itu dalam hidup kita. Secara tak sedar juga, minda kita telah diprogramkan oleh kata-kata orang di sekeliling kita, persekitaran kita dan pengalaman kita> segala yang kita pernah lalui sama ada pahit atau manis meninggalkan kesan terhadap program minda kita. Daripada semua itu, lahirlah kita dengan cara fikir dan cita2 yang telah dibentuk sekian lama.

Sekarang marilah kita gunakan kaedah ini untuk memprogramkan semula minda kita untuk mencapai apa yang benar-benar kita mahukan. Buanglah segala mental block yang telah terprogram secara tidak sedar. Marilah kita memburu cita2 kita. Hidup dalam kebahagiaan. Mati dalam kemuliaan.

Categories: Life Notes, Sharing Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: