Archive

Archive for April, 2010

Leadership Styles

April 21, 2010 1 comment

Saya telah mengenali beberapa ‘leadership style’ atau saya istilahkab sebaga gaya kepemimpinan dalam beberapa pengalaman dan interaksi saya dalam beberapa organisasi, baik yang bersifat bisnes mahupun sukarela.

Ada dua gaya kepemimpinan yang saya nampak begitu jelas pada pandangan saya. Gaya kepemimpinan yang pertama ialah pemimpin meletakkan satu matlamat yang besar untuk sama-sama dikongsi oleh para pengikutnya, lalu mereka sama2 berusaha mencapai matlamat tersebut. Saya lihat gaya kepemimpinan ini melahirkan para pengikut yang self-motivated dan kreatif dalam usaha mereka mencapai matlamat.

Cabaran utama bagi gaya kepemimpinan ini ialah mendapatkan ‘buy in’ atau mendapatkan komitmen semua pengikut terhadap matlamat yang disepakati. Kadangkala, matlamat tersebut dilihat seolah tidak relevan daripada persepsi orang bawahan, atau matlamat tersebut tidak disepakati daripada awal. Walaubagaimanapun, seandainya matlamat tersebut telah jelas dan disepakati, maka perjalanan seterusnya adalah lebih mudah.

Gaya kepemimpinan yang kedua lebih autokratik, di mana matlamat organisasi itu cuma diimani oleh mereka diperingkat pimpinan, dan para pengikut akan dikerah untuk menjayakan agenda yang bersifat short term atau event oriented. Para pengikut cuma memahami matlamat jangka pendek, dan akhirnya, apabila semua program2 jangka pendek itu berjaya, maka barulah mereka menyedari bahawa mereka telah mencapai cita2 besar yang sebelumnya cuma diketahui oleh pimpinan atasan.

Gaya kepemimpinan yang kedua ini kadangkala kelihatan lebih senang untuk dioperasikan kerana para pengikut cuma perlu memenuhi tuntutan kerja jangka pendek, dengan penuh ketaatan. Cabaran untuk gaya kepemimpinan ini adalah pemimpin perlu mengikut secara dekat setiap program yang dijalankan, dan kadangkala bersifat pahat dengan penukul, setiap perkara perlu diberi arahan secara detail.

Secara peribadi, saya jenis yang suka memahami visi jangka panjang, lalu daripada itu saya diberi kebebasan utk berusaha dalam ruang lingkup kerja saya untuk mencapai matlamat organisasi itu. Mengikut sahaja tanpa mengetahui destinasi akhir, bukanlah cara yang saya boleh ikuti dengan baik.

Gaya kepemimpinan yang pelbagai pada saya perlu dilaksanakan mengikut keadaan tertentu. Setiap pemimpin ada gaya tersendiri dan setiap orang perlu digarap dengan gaya kepemimpinan tersendiri.

Sebagai pengakhirannya, jika anda seorang pemimpin, fahamilah orang bawahan anda, dan sekiranya anda seorang pengikut, jadilah yang terbaik dalam posisi anda.

Categories: Sharing

Produk Etiqa jadi pilihan Masyarakat Cina!

April 20, 2010 2 comments

Etiqa Takaful counter at One Utama (photo courtesy of Norzafry Norhalim, for more of his work, please visit http://zafryhalim.com/ )

The photo speaks a thousand words. This one was snapped at One Utama shopping complex during a weekday (last thursday i suppose). Since I’m not working full time these few months, i came to realised that our chinese friends spend much time at the shopping mall, reading books at borders, eating at ikea and drop off and pickup their kids at school, while most of my malay friends spending their quality time working to earn their living.

The photo shows a booth set up to focus on chinese customers judging from the timing of the booth, the language used on the noticeboard and the salesperson employed.

Yes, this is a booth set up by the chinese to target the chinese customer, promoting islamic finance product: TAKAFUL as an alternatives to the conventional insurance. I have nothing against them, and i want to congratulate my chinese friends whom have taken time to explore the benefit of takaful system and benefited from that.

My concern is while the non-muslims are ready to take the opportunity to get the best out of the islamic finance products (be it takaful, islamic trust funds, credit cards, financing facility etc) for whatever reasons, (mostly the reason cited are; better transperancy of the system, justice to both side of the transaction, uncertainties that are redeined etc), the response from muslim counterparts is very mixed, and not very encouraging.

I would like to encourage everyone to take the opportunity to evaluate what benefit can you get from these islamic finance products.

And to fellow muslim takaful agents, or agents of whatever islamic finance products, shouldn’t we who take the leading role in promoting the islamic concept of muamalah and products? Or we just wait and see how others are benefiting from the system. If we do it, the rewards will be for us, in this world and in the hereafter, or we just leave others to gain and reap the commisions?

“Wa man jaahada, fa innama yujaahidu linafsih…
“And those who strive, verily the strive is for themselves….”

Categories: Money Matters, Sharing

Dugaan; lalat atau …..?

April 17, 2010 1 comment

Seorang teman ditimpa dugaan demi dugaan, dia berkata “Dugaan ni mcm lalat yg datang hinggap kat muka.. ‎​Smpi satu tahap..lalat tu tak boleh bagi gangguan dah, mcm fruitpicker kat ladang Murat Beker” katanya mengimbau kembali kenangan sewaktu bekerja sebagai pengutip buah-buahan pada musim panas ketika belajar di australia. Pada awalnya, macam2 usaha dibuat untuk mengelak dari lalat dan langau yang banyak, guna semburan, guna topi berjaring, namun sampai satu masa lalat dan langau itu sudah tiada kesan apa2. Immune agaknya.

Betul juga analoginya. Banyak dugaan yang perlu ditempuh dalam hidup ni, memerlukan hati yang ‘kering’, hati batu yang tak mudah goyah. Kalau semua dugaan di pandang dengan terlalu berat, maka kita akan senang terpesong daripada matlamat asal perjalanan kita. Akhirnya kita tidak akan mencapai apa-apa, dan hari yang berlalu cuma dihabiskan menguruskan isu dan masalah.

Namun di satu sudut, dugaan yang dilalui juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Ada dugaan tu memang di beri sebagai tazkirah untuk kita, memastikan kita di jalan yang betul, memastikan niat disucikan dan diperbaharui. Bahaya juga kalau kita immune dengan dugaan sebegini, bimbang2 kalau-kalau kita tidak menyedari bahawa kita dalam bahaya.

Apapun, hidup memang tidak akan senang. Dugaan sememangnya akan datang silih berganti. Kerana balasan yang di nanti adalah syurga. “Dan kesudahan yang baik adalah untuk orang yang bertaqwa”

Berusahalah sementara hayat masih ada. Agar tiada penyesalan bila kita tiba Di Sana.

Categories: Life Notes, Sharing

Program Minda: Neuro Linguistic Programming

April 11, 2010 Leave a comment

Neuro Linguistic Programming (NLP).

Saya cuba translate kan dalam bahasa mudah ikut kefahaman saya. NLP ialah kaedah menggunakan bahasa minda untuk memprogramkan minda. Sepertimana komputer yang cuma memahami bahasa2 komputer, begitulah juga minda yang berfungsi menurut kaedah tertentu.

NLP digunakan oleh pelbagai jenis manusia untuk pelbagai tujuan. Kaedah memprogramkan minda ini diguna dalam latihan ketenteraan untuk melatih tentera melakukan apa yang diluar batas kebiasaan manusia, di gunakan juga oleh komunis untuk menyampaikan ideologi mereka pada zaman kebangkitan mereka, dan kaedah yang sama turut digunakan untuk melatih para pekerja supaya berdedikasi menjalankan agenda syarikat.

Minda kita dapat diprogram menggunakan beberapa langkah iaitu;
1. Internal dialogue
2. Visualise your aim
3. Involve your feeling

Saya jelaskan satu persatu bagaimana langkah2 ini berkesan dalam memprogramkan minda kita.

Menurut kaedah ini, internal dialogue ialah kaedah kita bercakap kepada diri sendiri tentang apa yang kita cita-citakan. Semakin kerap cita2 kita di ulang- ulang, maka cita-cita itu seolah olah lekat (engraved) dalam minda kita sehingga kita akhirnya selalu memikirkan apa yang kita cita-citakan. Keadaan sentiasa berfikir ini akan menyebabkan kita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk merealisasikan cita2 itu. Amalan dan gerak laku kita akan terfokus terhadap apa yang kita cita2 kan sehingga akhirnya cita2 itu akan lebih mudah untuk dicapai, hasil drpd usaha yang tefokus dan berterusan itu.

Langkah seterusnya ialah visualisation iaitu membina gambaran minda terhadap apa yang kita cita2kan. Semakin jelas gambaran minda itu, semakin tinggi keinginan kita untuk mencapainya dan semakin usaha kita akan kita fokuskan ke arah cita2 itu.

Dalam hal visualisation ini, steven covey dalam mengulas habit ke 2 iaitu begin with the end in mind, steven covey mengatakan; “everything is created twice, once in the mind and once in the real life”

Binalah gambaran minda yang sedetail yang mungkin. Kejelasan gambaran minda menjadi panduan kepada apa yang diusahakan.

Langkah ke-3 ialah melibatkan perasaan kita dalam apa yang kita cita2kan. Perasaan manusia sebenarnya memiliki potensi yang besar. Manusia hilang rasa penat apabila melakukan sesuatu dengan penuh perasaan. Manusia boleh melakukan sesuatu. yang diluar batas kemanusiaan dan kewarasan apabila melakukan sesuatu dengan penuh perasaan. Oleh itu potensi perasaan ini sepatutnya disalurkan ke arah mencapai cita2 kita.

Ini dapat dilakukan dengan menanamkan keinginan yang tinggi dan mengaitkan cita2 kita dengan perkara2 yang dekat dihati kita seperti mengaitkan cita2 dlm kerjaya dengan kegembiraan anak2 yang bakal dicapai hasil kejayaan itu.

Ketiga-tiga langkah ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan seorang muslim. Cuba fikirkan persamaan dalam internal dialogue dengan tuntutan islam terhadap kesucian niat dan galakan supaya memperbaharui niat.

Kaedah membentuk gambaran minda pula adalah kaedah biasa yang allah gunakan dalam ayat2 al-quran dalam menceritakan perihal syurga dan neraka. Sahabat2 rasululah yang ditarbiah dgn nilai keimanan yang tinggi berkata; “kami seolah-olah dpt melihat syurga dan neraka dengan mata kami”. Inilah sumber inspirasi mereka, yang memberikan mereka motivasi yang berpanjangan dalam berusaha mencapai syurga dan menjauhi neraka serta mengorbankan segala keseronokan dunia.

Kaedah menggunakan potensi perasaan juga adalah sbahagian drpd uslub islam dlm mendidik umatnya. Rasulullah tidak pernah mengabaikan fitrah manusia yang memiliki perasaan dalam mentarbiah generasi pertama islam. Segala perasaan kemanusiaan di halakan ke arah ubudiyyah terhadap allah. Rasa sedih, gembira, benci, marah, sayang, cemburu, suka dan duka semuanya ada nilaian pahala dan dosa apabila diletakkan ditempat yang sepatutnya.

Secara sedar atau tidak, kita juga telah menggunakan beberapa kaedah program minda ini, apabila kita menanam cita-cita sejak kecil, kita bercakap mengenai cita-cita itu, kita menggambarkan bagaimana kehidupan kita setelah kita berjaya dan kita mula bersungguh-sungguh menanamkan cita-cita itu dalam hidup kita. Secara tak sedar juga, minda kita telah diprogramkan oleh kata-kata orang di sekeliling kita, persekitaran kita dan pengalaman kita> segala yang kita pernah lalui sama ada pahit atau manis meninggalkan kesan terhadap program minda kita. Daripada semua itu, lahirlah kita dengan cara fikir dan cita2 yang telah dibentuk sekian lama.

Sekarang marilah kita gunakan kaedah ini untuk memprogramkan semula minda kita untuk mencapai apa yang benar-benar kita mahukan. Buanglah segala mental block yang telah terprogram secara tidak sedar. Marilah kita memburu cita2 kita. Hidup dalam kebahagiaan. Mati dalam kemuliaan.

Categories: Life Notes, Sharing Tags: , ,