Home > Money Matters, Sharing > Money Matters: Halal & Haram yang kurang diberi perhatian

Money Matters: Halal & Haram yang kurang diberi perhatian

Kebiasaan orang kita begitu mengambil berat hal ehwal halal haram dalam makanan yang di makan, suatu kesungguhan yang harus dipuji walaupun kadang2 terlebih-lebih sehingga mendatangkan kesusahan yang tidak dituntut. Saya baru belajar yang rupa-rupanya ada satu kaedah yang disebut “masyaqqah ghairi maqsuudah”, iaitu kesusahan yang tidak dituntut dalam agama, yang bukan sebahagian drpd tujuan pensyariatan itu sendiri. Contohnya, berjalan ke masjid melalui jalan yang jauh dengan alasan memperbanyakkan langkah supaya mendapat ganjaran pahala yang lebih banyak, padahal ada jalan yang lebih dekat yang boleh mencapai tujuan yang sama iaitu solat jemaah di masjid. berpayah-payah sebegini bukanlah tuntutan dan tiada pahala bonus untuk amal seumpama ini.

Bukan ini isu utama yang saya nak lontarkan. Saya puji kesunguhan untuk memastikan setiap apa yang kita makan dan yang bakal menjadi darah daging kita di ambil daripada sumber yang halal dan dijauhi yg syubhah, apatah lagi yang haram.

Namun, saya tidak melihat kesungguhan yang sama ditunjukkan dalam perkara-perkara berkaitan ‘money matters’. Unsur-unsur haram dan syubhah boleh wujud dalam banyak aspek, seperti bagaimana wang/harta itu dihasilkan, bagaimana ia disimpan, dilaburkan dan dibelanjakan. dalam semua urusan ni, banyak cara yang boleh menjadikan kita secara sedar atau tidak terlibat dengan perkara haram, seperti yang berunsur riba, judi dan pengambilan sesuatu harta yang bukan hak kita.

Saya teringat, perbualan saya dengan seorang adik yang baru membuka satu akaun simpanan. Saya tanya, “akaun apa yang dia buka?” dia kata, “akaun simpanan biasa je.” Saya tanya lagi, “akaun islamik ke?” Jawapannya juga berbentuk soalan, “Ada beza ke?” Jawab saya pun mudah, “satu halal satu haram.” saya terkejut dengan jawapannya yang lebih selamba, “oo…itu je”

Saya tak menyalahkan dia dalam hal ini. Sememangnya pendedahan yang dia dapat drpd kecilnya amat kurang cerita pasal halal haram dlm isu kewangan. apa salahnya letak duit kat bank? Takkanlah duit kita yang kita letak boleh jadik haram pulak? Kita mungkin tak sedar yang kita telah melibatkan diri dengan urusniaga yang berunsur riba, dengan membuka akaun dan bersetuju mengambil dividen pada kadar tertentu. Dalam suasana yang tiada alternatif, mungkin kita terpaksa menggunakan produk-produk perbankan yang berunsur riba, dan jalan terbaik dalam hal ini, ialah memisahkan yg mana harta kita dan yg mana riba nya. tapi dalam keadaan yang ada alternatif, kenapa kita tak gunakan akaun yang berlandaskan al-wadiah, al-wakalah, atau al-mudharabah, iaitu beberapa konsep yg wujud dlm kontrak akaun simpanan. Seingat saya, semasa di Melbourne dulu pun ada option utk membuka akaun tanpa interest di bank2 tempatan di Australia.

Apabila bercakap tentang pelaburan pula, kita selalunya lebih mudah untuk bertanya, “Berapa kadar keuntungannya?” lebih dulu sebelum kita tanyakan, “halal kah pelaburan itu?” Banyak lagi soalan yang perlu ditanya, Seperti ” di mana wang itu dilaburkan, dr mana pendapatannya, bagaimana untung dibahagi, siapa yang menanggung risiko untung rugi, ada unsuru riba atau pun tidak?” dan lain2 soalanyang  semuanya memberi impak kepada halal haramnya pelaburan itu. Lebih malang lagi bila ada yang mengambil jalan mudah mencari untung lebih biarpun diketahui sumbernya haram dan syubhah.

Itu baru sentuh isu simpanan dan pelaburan. Tak masuk lagi isu gadaian, perkongsian untung rugi perniagaan, sewaan, pasaran wang dan pelbagai produk kewangan yang ada di pasaran. Apa neraca penialaian kita dalam setiap urusan ni?

Semoga allah menyelamatkan kita drpd terjebak dengan perkara haram dan syubhah, dan membantu kita mengenali yang halal dan yang haram. Semoga allah membantu kita drpd terjebak dalap perkara haram kerana kejahilan kita sendiri. Semoga suatu hari nanti, produk islam menjadi produk yg default dan kita tidak perlu buat special request utk produk2 Islam. Semoga sistem ekonomi berunsur riba ini akan berjaya diubah sepenuhnya suatu hari nanti.

“sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada hal2 syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan drpd manusia….” hingga akhir hadith

Categories: Money Matters, Sharing
  1. February 20, 2010 at 8:24 am

    jejol.. contoh bank yg tak islamik tu?
    confuse la

    • February 20, 2010 at 11:16 am

      sistem bank kat negara kita ni dia panggil dual system, satu sistem conventional, satu sistem islamic… kebanyakan bank dah pakai dua-dua sistem… cuma bila panggil satu conventional satu islamik, tak lah rasa sangat satu haram dan satu halal….. pokonya sebagai pengguna, please insist utk islamic product, insya allah that the least we can do…. kpd mereka yang berkepakaran dan policy maker, byk lagi yang perlu di improvekan berkaitan dgn perbankan Islam ni… dual system bagi saya cuma temporary solution.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: