Home > Money Matters, Sharing > Money Matters: Hutang

Money Matters: Hutang

Saya berpeluang berjumpa dengan beberapa teman yang sedang dalam fasa “sendi kehidupan“. Saya coretkan di sini beberapa pengajaran berkaitan dengan perihal pengurusan kewangan yang saya perolehi daripada nasihat-nasihat, pengalaman-pengalaman dan sedikit pembacaan berkaitan isu ini.

Saya mulakan dengan satu istilah yang biasa; Berhutang (dlm bahasa moden yg mengurangkan konotasi negatif berkaitan hutang, ia disebut sbg kredit)

Sememangnya, dalam dunia hari ni, semacam susah nak elak drpd berhutang. Orang berhutang untuk urusan nikah kahwin, beli kereta, beli rumah dan macam-macam urusan. Malah orang bukan sekadar berhutang untuk perkara-perkara yang memerlukan belanja besar, bahkan juga dlm urusan sehari-hari seperti beli groceries, beli susu anak, bayar petrol dan belanja makan sehari-hari.

Islam membenarkan hutang sebagai satu cara untuk membantu golongan yang susah, supaya mereka yang ada lebihan harta boleh memberi manfaat kepada mereka yang tidak cukup harta, supaya harta tidak statik pada sekelompok manusia sedang yang lain memerlukan. Itupun hutang dibenarkan dengan syarat yang tertentu (rujuk al-baqarah;282, iaitu ayat terpanjang dalam al-quran). Antara syaratnya ialah perlu ada rekod, ada saksi, ada tempoh yang jelas. Islam juga mengharamkan Riba, yang memberi pelunag golongan kaya memanipulasi kekayaan mereka untuk menjadi lebih kaya dan menindas yang lemah.

Apabila kita berhutang, sebenarnya kita menggunakan future income kita untuk perbelanjaan masa sekarang. Apabila kita telah commit kan sebahagian daripada pendapatan masa akan datang untuk membayar hutang, kita sebenarnya akan mengurangkan kemampuan kewangan kita pada masa akan datang. Sedangkan keperluan masa akan datang akan semestinya akan bertambah, drpd bujang kpd kahwin, drpd tiada anak kepada ada anak, drpd anak satu kepada anak 3 atau lebih lagi, drpd anak kecil kpd anak yang dah ke sekolah, drpd ibubapa yang sihat kpd ibubapa yang perlukan bantuan kita, drpd badan kita sendiri yang masih sihat kpd badan yang semakin meningkat usia. Dalam keadaan biasa pun keperluan PASTI akan makin meningkat. Tetapi, kata orang pendapatan kita juga meningkat. Betul, pendapatan boleh meningkat, tetapi pendapatan boleh juga menurun, boleh juga tiada langsung! Ini belum mengambil kira kes-kes di luar kebiasaan seperti tiba2 jatuh sakit, tiba2 kemalangan, tiba2 hilang kerja. Jadi beringatlah sebelum terkena. Apabila kita membuat keputusan untuk berhutang, jangan kita sekadar mengambil kira keperluan semasa, tetapi congaklah keperluan mendatang.

Bukan semua hutang tidak baik. Ada hutang yang boleh membantu kita generate more income, seperti modal perniagaan (kalau perniagaan untung), seperti hutang untuk beli rental property (yang rent dia cukup utk cover bayaran balik pinjaman) dan hutang utk melanjutkan pelajaran yang membolehkan seseorang mendapat pekerjaan yang lebih banyak pendapatannya. Tetapi, amatlah berwaspada dengan hutang yang HANGUS, tiada manfaat kewangan drpd hutang itu, walaupun mungkin ada manfaat lain.

Sebenarnya sesetengah hutang boleh dielak, dengan perancangan yang betul. Saya mengenali seorang kawan yang begitu disiplin dalam urusan ini. Apabila dia memerlukan sesuatu di luar kemampuan kewangan semasa, dia akan meletakkan sasaran, bila masanya dia akan benar-benar perlukan perkara itu, lalu dia merancang berapa banyak yang dia perlu menabung untuk akhirnya dia mampu menyediakan wang secukupnya apabila tiba masa perkara itu diperlukan. Saya cukup memahami, bahawa tidak semua perkara boleh ditangguh sehingga kita ada cukup duit. Boleh kah kita tangguhkan urusan kahwin? Bolehkah kita tangguhkan urusan beli kereta yg perlu utk pergi kerja apabila tiada pengangkutan awam yang sesuai? Untuk menagatasi situasi sebegini, forward thinking amat perlu. Kalaulah kita dapat merancang semua keperluan kita, kita dapat mengelak drpd berhutang. Inilah yang disebut Target Setting dalam Perancangan Kewangan. Bayangkan, kalaulah kita dapat berfikiran jauh, meletak sasaran yang anak kita pada masa akan datang tidak perlu berhutang untuk belajar di IPT, lalu kita bertindak drpd sekarang, nescaya generasi anak kita akan lebih memiliki financial freedom drpd kita yang dibelenggu hutang sebaik shj menjejakkan kaki di universiti. Masa adalah sebahagian dari penyelesaian. Lebih awal kita merancang, lebih banyak perkara yang kita sempat usahakan.

Bagaimana pula dengan kes-kes kecemasan yang tidak mampu untuk kita rancang kesemuanya? Saya perhatikan perkara ini dalam golongan mereka yang makan gaji (bergaji tetap). Orang yang bergaji tetap selalunya expense nya juga tetap. Hampir kesemua gajinya dibelanjakan sebelum gaji bulan akan datang. Dalam keadaan ini, apabila terjadi sesuatu di luar pattern perbelanjaan biasa, memang akhirnya dia perlu berhutang. Dan kemungkina untuk berlaku kejadian-kejadian itu sebenarnya sangat tinggi. Antara contoh perkara yang boleh merencatkan pola perbelanjaan adalah seperti kereta rosak yang perlukan major repair, road accident, bencana alam, sakit, dan ‘terpaksa’ renovate rumah. Itu belum ambil kira kalau hilang pekerjaan. Untuk mengelak drpd terpaksa berhutang dlm situasi begini, teori parancangan kewangan mengatakan kita perlu ada simpanan kecemasan. Dan simpanan ini hendaklah mampu menampung keperluan bulanan kita sehingga 6 bulan. Simpanan ini perlu ‘liquid’, available bila diperlukan. Mungkin inilah yang perlu di jadikan sasaran bg yang baru bekerja atau yang belum ada simpanan kecemasan. Letakkan target, berapa lama anada perlu untuk menyediakan tabungan kecemasan dan mulalah menabung!

Dan yang paling penting: sekira benar-benar perlu berhutang, jauhilah urusniaga yang berkait dengan RIBA apabila berhutang. Yang HARAM tetap HARAM, walaupun ia kadang2 tersembunyi dan disembunyikan  di sebalik istilah perbankan conventional. Insist untuk produk perbankan Islam dalam apa2 urusan, dan please verify before u sign anything.

Saya ‘park’ kan kat sini beberapa tajuk berkaitan money matters yang saya terpikir utk tulis, insya allah pada masa akan datang

Money Matters: Halal & Haram yang kurang diberi perhatian

Money Matters: Perancangan Kewangan

Money Matters: Keperluan kepada ‘Protection’

Money Matters: Beli rumah?

Categories: Money Matters, Sharing
  1. Hafez
    March 2, 2010 at 2:27 pm

    “Bukan semua hutang tidak baik. Ada hutang yang boleh membantu kita generate more income, seperti modal perniagaan (kalau perniagaan untung), seperti hutang untuk beli rental property (yang rent dia cukup utk cover bayaran balik pinjaman) dan hutang utk melanjutkan pelajaran yang membolehkan seseorang mendapat pekerjaan yang lebih banyak pendapatannya. Tetapi, amatlah berwaspada dengan hutang yang HANGUS, tiada manfaat kewangan drpd hutang itu, walaupun mungkin ada manfaat lain.”

    Kebiasaan dari kita biasanya mengatakan hutang untuk generate income adalah hutang yang baik seperti contoh2 yang diberikan di atas. Mungkin kita boleh cuba pendekatan lain selain hutang seperti perkongsian. Ideally, konsep shirkah dan mudharabah amat membantu kedua2 pihak. yang memerlukan modal diberikan bantuan tanpa berhutang dan yang memberi modal secara tidak langsung dapat mengelakkan aset dari tidak digunakan.

    Bukan semua perniagaan atau bidang yang diceburi itu akan berjaya. apabila gagal, jika berhutang, secara tidak langsung yang berhutang akan menanggung beban berseorangan. Sebaliknya jika dijalankan kaedah perkongsian, kita sama2 menanggung beban bersama. Sebagai contoh, dalam kontrak mudarabah, yang mudarib menanggung kerugian dari segi masa dan penat lelah manakala rabbul mal menanggung kerugian dari segi modal yang telah diberi.

    Di sini terdapat persoalan tentang isu-isu yang biasanya dibincang di dalam teori ekonomi kontemporari yang mana masalah ‘moral hazard’ dan sebagainya menjadi penghalang kepada perkembangan kontrak perkongsian. Kita dapat melihat betapa pentingnya individu yang mempunyai akhlak yang baik dan memahami dan mempraktikkan nilai-nilai ukhuwwah dalam urusan kehidupan seharian.

    • March 8, 2010 at 1:26 pm

      tak dpt di sangkal lagi… satu perspektif baru kepada hutang yang lazim difahami oleh masyarakat…

  2. ismakedah
    February 8, 2010 at 1:31 pm

    dan hutang yang paling bahaya tentunya kad kredit..18% setahun!

  3. tatmni
    February 8, 2010 at 8:19 am

    Bila nk sambung tulisnye zaizul…hari ni dh 8Feb2010 dh…(hehe..)

  4. February 8, 2010 at 6:10 am

    lepas ni enta bleh buat buku sendiri.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: