Archive

Archive for February, 2010

Aura Negatif, punca atau natijah?

February 27, 2010 Leave a comment

Kenapa serba tak kena aje???

Pernahkah kita melalui satu suasana hidup yang serba tak kena, emosi yang serabut, banyak benda tak jadi seperti yang diharapkan, orang-orang sekeliling kecewa dengan kita dan tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada kita, banyak benda-benda penting yang kita terlupa, dan masalah datang bertimpa-timpa?

Saya cuba analisa suasana ini. Saya pernah alaminya. Satu kesimpulan yang saya buat ialah semuanya berpunca daripada diri kita.

“and whatever misfortune befalls you, it is because of what your hand have earned” (Asy-syuura;30)

Macam mana saya boleh sampai kepada kesimpulan ini?

Cuba bayangkan, anda bangun pagi dengan satu dugaan yang besar, dengan minda yang serabut dengan masalah itu, dengan muka yang berkerut, anda pergi makan di sebuah kedai. Dengan keserabutan anda, order anda tak clear dan si ‘macha’ yang hantar makanan tu pun jadi mangsa pertama anda pada hari tu. Lalu anda dengan tak puas hatinya, makanlah apa yang di hantar. Dengan keserabutan itu jugak, anda akan mudah tercekik, mudah tertumpah makanan dan macam-macam lagi yang boleh jadi. Daripada kedai makan, anda pergi nak beli suratkhabar kat kedai sebelah. Dengan apa yang telah terjadi kepada anda pada pagi itu, muka anda pun dah berkerut semacam, tidak mampu lagi utk senyum. Cashier di kedai tu pun, bila tengok muka anda sahaja, dia dah tak berani cakap banyak, nak senyum pun tak keluar, lalu anda pun berfikir “kenapa lah hari ni semua orang bad mood je…..”

Cuba gambarkan scenario yang sama seperti di atas, bangun pagi dengan masalah yang sama, tetapi kita mengambil pendirian yang berbeza, masalah itu masih kita fikirkan, cuma kita dengan rasionalnya mampu mengawal diri kita. Mungkinkah hari kita akan berbeza?

Sebenarnya mood atau aura negatif tu berpunca daripada apa? Siapa yang create? Sapa yang set kan? Mungkinkah daripada kita sendiri?

Saya cuba gambarkan “hari yang baik”. Apabila semua urusan kita dimudahkan, semua orang semacam membantu, semua orang ceria, dari manakah mood baik itu. Bukankah daripada kita sendiri?

Saya teringat, ketika mengikuti kursus Covey’s 7 Habit. Antara yang menarik ialah satu frasa; “between stimulus and the response, lies a space where we have freedom to choose our response.” Apa maksudnya? Maksudnya, walau apapun yang berlaku kepada kita, kita memiliki kebebasan untuk memilih bagaimana reaksi kita terhadap perkara itu. Dan buruk baiknya hari kita bergantung kepada bagaimana kita memilih reaksi terhadap apa yang berlaku kepada kita.

Teringat saya hadith Rasulullah, junjungan mulia kita: “Ajaibnya urusan orang mukmin, apa sahaja yang berlaku, ia adalah baik baginya. Apabila berlaku sesuatu yang baik, maka dia bersyukur, dan itu baik baginya. Apabila berlaku sesuatu yang buruk, maka dia bersabar, maka itupun baik baginya”

Bukankah hadith ini menggambarkan bagaimana seorang mukmin memilih reaksinya terhapa apa jua takdir Allah yang menimpanya?

Saya doakan Allah memberi kita kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian Allah dengan hati yang redha. Dan yakinlah Allah tidak akan membebankan kita dengan bebanan yang tidak mampu kita tanggung.

“la yukallifullahu nafsan illa wus’aha”

Sesungguhnya, Allah lah yang membantu kita menghadapi semua ujian dengan redha. Kita bergantung kepada Allah dalam segenap urusan kita, dan kita menyerahkan kepada Allah untuk memberikan hasil yang sewajarnya dalam apa jua yang kita usahakan.

Saya berazam untuk mengubah cara saya menghadapi ujian-ujian Allah dalam hidup ini, kepada satu tahap yang lebih baik.

Allahu Al-musta’aan….

“between stimulus and the response, lies a space where we have freedom to choose our response”

Categories: Sharing

Money Matters: Halal & Haram yang kurang diberi perhatian

February 18, 2010 2 comments

Kebiasaan orang kita begitu mengambil berat hal ehwal halal haram dalam makanan yang di makan, suatu kesungguhan yang harus dipuji walaupun kadang2 terlebih-lebih sehingga mendatangkan kesusahan yang tidak dituntut. Saya baru belajar yang rupa-rupanya ada satu kaedah yang disebut “masyaqqah ghairi maqsuudah”, iaitu kesusahan yang tidak dituntut dalam agama, yang bukan sebahagian drpd tujuan pensyariatan itu sendiri. Contohnya, berjalan ke masjid melalui jalan yang jauh dengan alasan memperbanyakkan langkah supaya mendapat ganjaran pahala yang lebih banyak, padahal ada jalan yang lebih dekat yang boleh mencapai tujuan yang sama iaitu solat jemaah di masjid. berpayah-payah sebegini bukanlah tuntutan dan tiada pahala bonus untuk amal seumpama ini.

Bukan ini isu utama yang saya nak lontarkan. Saya puji kesunguhan untuk memastikan setiap apa yang kita makan dan yang bakal menjadi darah daging kita di ambil daripada sumber yang halal dan dijauhi yg syubhah, apatah lagi yang haram.

Namun, saya tidak melihat kesungguhan yang sama ditunjukkan dalam perkara-perkara berkaitan ‘money matters’. Unsur-unsur haram dan syubhah boleh wujud dalam banyak aspek, seperti bagaimana wang/harta itu dihasilkan, bagaimana ia disimpan, dilaburkan dan dibelanjakan. dalam semua urusan ni, banyak cara yang boleh menjadikan kita secara sedar atau tidak terlibat dengan perkara haram, seperti yang berunsur riba, judi dan pengambilan sesuatu harta yang bukan hak kita.

Saya teringat, perbualan saya dengan seorang adik yang baru membuka satu akaun simpanan. Saya tanya, “akaun apa yang dia buka?” dia kata, “akaun simpanan biasa je.” Saya tanya lagi, “akaun islamik ke?” Jawapannya juga berbentuk soalan, “Ada beza ke?” Jawab saya pun mudah, “satu halal satu haram.” saya terkejut dengan jawapannya yang lebih selamba, “oo…itu je”

Saya tak menyalahkan dia dalam hal ini. Sememangnya pendedahan yang dia dapat drpd kecilnya amat kurang cerita pasal halal haram dlm isu kewangan. apa salahnya letak duit kat bank? Takkanlah duit kita yang kita letak boleh jadik haram pulak? Kita mungkin tak sedar yang kita telah melibatkan diri dengan urusniaga yang berunsur riba, dengan membuka akaun dan bersetuju mengambil dividen pada kadar tertentu. Dalam suasana yang tiada alternatif, mungkin kita terpaksa menggunakan produk-produk perbankan yang berunsur riba, dan jalan terbaik dalam hal ini, ialah memisahkan yg mana harta kita dan yg mana riba nya. tapi dalam keadaan yang ada alternatif, kenapa kita tak gunakan akaun yang berlandaskan al-wadiah, al-wakalah, atau al-mudharabah, iaitu beberapa konsep yg wujud dlm kontrak akaun simpanan. Seingat saya, semasa di Melbourne dulu pun ada option utk membuka akaun tanpa interest di bank2 tempatan di Australia.

Apabila bercakap tentang pelaburan pula, kita selalunya lebih mudah untuk bertanya, “Berapa kadar keuntungannya?” lebih dulu sebelum kita tanyakan, “halal kah pelaburan itu?” Banyak lagi soalan yang perlu ditanya, Seperti ” di mana wang itu dilaburkan, dr mana pendapatannya, bagaimana untung dibahagi, siapa yang menanggung risiko untung rugi, ada unsuru riba atau pun tidak?” dan lain2 soalanyang  semuanya memberi impak kepada halal haramnya pelaburan itu. Lebih malang lagi bila ada yang mengambil jalan mudah mencari untung lebih biarpun diketahui sumbernya haram dan syubhah.

Itu baru sentuh isu simpanan dan pelaburan. Tak masuk lagi isu gadaian, perkongsian untung rugi perniagaan, sewaan, pasaran wang dan pelbagai produk kewangan yang ada di pasaran. Apa neraca penialaian kita dalam setiap urusan ni?

Semoga allah menyelamatkan kita drpd terjebak dengan perkara haram dan syubhah, dan membantu kita mengenali yang halal dan yang haram. Semoga allah membantu kita drpd terjebak dalap perkara haram kerana kejahilan kita sendiri. Semoga suatu hari nanti, produk islam menjadi produk yg default dan kita tidak perlu buat special request utk produk2 Islam. Semoga sistem ekonomi berunsur riba ini akan berjaya diubah sepenuhnya suatu hari nanti.

“sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya ada hal2 syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan drpd manusia….” hingga akhir hadith

Categories: Money Matters, Sharing

Sendi Kehidupan: Bait Muslim

February 9, 2010 4 comments

Sendi Kehidupan, kata Ustaz Fauzi; “pada sendi-sendi ni lah, macam2 boleh jadi”. Perubahan fasa kehidupan atau transtion time inilah yang telah memakan banyak mangsa, kerana transition itu tidak di urus dengan baik, atau silap approach dalam menguruskan sesuatu masalah dalam proses transisi itu.

Bait Muslim, atau fasa mendirikan rumah tangga juga merupakan satu sendi penting dalam kehidupan, fasa yang menyempurnakan sebahagian daripada iman seperti maksud sebuah hadith, fasa penyempurnaan jiwa bagi seorang insan.

Mendirikan rumah tangga adalah satu lonjakan yang besar, banyak benda yang berubah, antaranya:

  • perubahan rutin harian
  • pertambahan perkara yang perlu diambil kira dalam setiap congak dan perhitungan, drpd fikir pasal perut sendiri kpd fikir pasal perut sendiri dan pasangan, keperluan dan kehendak sendiri kepada keperluan dan kehendak diri dan pasangan, fikir pasal seorang ibu dan seorang bapa kepada 2 ibu dan dua bapa, drpd 2 atu dan 2 nenek kpd 4 atuk dan 4 nenek, begitulah seterusnya, dalam hampir segenap hal
  • perubahan cara fikir, cara cakap, cara faham dan cara komunikasi (kecenderungan berbeza dalam komunikasi antara lelaki dan wanita)
  • mengurus expectation sendiri dan pasangan tentang hak dan tanggungjawab masing
  • hmmm… rasa mcm byk lagi, pendek kata bukan senang nak menyatukan 2 orang berlainan jantina, berlainan cara fikir, berlainan sejarah dan cara dibesarkan, berlainan frame of mind, berlainan nilai dan halatuju, berlainan cita-cita dan harapan walaupun dalam sesetengah aspek, persamaan mungkin wujud

Rumahtangga dakwah lebih-lebih lagi cabarannya kerana rumahtangga dakwah bukan hanya untuk sekadar melahirkan dua insan yang saling berkasih-sayang tetapi banyak tuntutan lain lagi; seperti untuk meneruskan amal agar tidak membantutkan agenda dakwah, untuk memenuhi tuntutan amal, untuk menjadi qudwah sesama para du’at dan menjadi qudwah dalam keluarga dan masyarakat.

Beberapa catatan yang saya dpt melalui nasihat dan pengalaman:

  1. ambik masa untuk mengenali pasangan, mengurus perbezaan dan meletak satu sasaran dan azam yang diimani bersama
  2. komunikasi yang berkesan sangat perlu walaupun definisi ‘berkesan’ itu cukup berbeza bg si suami dan isteri. suami mungkin menganggap komunikasinya sudah berkesan apabila apa yang dia mahu dipenuhi (baju yg diminta sterika dan tergantung di hanger, air yang diminta buat cukup manisnya) tapi isteri mungkin menganggap komunikasi berkesan cukup dengan suaminya boleh mengiakan apa yang dikatanya (walaupun sesetengah ayat sekadar ayat penyata yang tidak memerlukan apa-apa respon)
  3. Kemahiran mendengar sangat bernilai. bukan sekadar mendengar apa yang dikata, tapi mendengar jugak apay yang tak diungkap dgn kata2, mendengar bahasa mata, bahasa emosi dan gerak geri.
  4. Jangan malu untuk minta pandangan orang lain, terutama mereka yang thiqah di kalangan orang lebih berpengalaman dalam apa jua masalah. kemungkinan mereka juga telah menghadapi masalah yang sama dan telah mencuba 10 cara utk mengatasi masalah tersebut. tidak perlulah anda membuat cubaan ke-11
  5. Masalah/konflik tidak selesai jika dibiarkan, disorokkan dan tidak di urus sewajarnya. Kenalpasti dan recoqnise wujudnya msalah adalah satu step yang besar ke arah penyelesaiannya.
  6. Masa adalah sebahagian dari penyelesaian

Beruntunglah bagi mereka yang memulakan perkenalan mereka dalam suasana halal dan barakah, dalam suasana yang selari dengan syarak, kerana dgn itu dia tidak terperangkap dengan expectation yang berbagai-bagai yang terbina daripada hubungan penuh kepura-puraan sebelum drpd akad nikah (masa dating semua tunjuk yg terbaik je, dah kahwin baru tahu buruk baiknya)

Beruntunglah mereka yang menjaga kesucian dan kehormatan mereka sebelum perkahwinan, menjaga batasan dalam pergaulan mereka kerana mereka akan selamat drpd bisikan syaitan yang boleh memporak-perandakan rumahtangga yang baru dibina (cth biskan: “macam mana ye kalu aku kahwin dgn awek no 2 drpd yang 15 tu ye? mungkin akau akan lebih bahagia…”)

Berbahagialah mereka yang hidup berlandaskan syarak, bahagia dunia hingga ke syurga. Amiin.

(khas untuk sahabat yang baru melangsungkan perkahwinan, yang terakhir di kalangan yang terawal)

Categories: Sendi Kehidupan, Sharing

Money Matters: Hutang

February 8, 2010 5 comments

Saya berpeluang berjumpa dengan beberapa teman yang sedang dalam fasa “sendi kehidupan“. Saya coretkan di sini beberapa pengajaran berkaitan dengan perihal pengurusan kewangan yang saya perolehi daripada nasihat-nasihat, pengalaman-pengalaman dan sedikit pembacaan berkaitan isu ini.

Saya mulakan dengan satu istilah yang biasa; Berhutang (dlm bahasa moden yg mengurangkan konotasi negatif berkaitan hutang, ia disebut sbg kredit)

Sememangnya, dalam dunia hari ni, semacam susah nak elak drpd berhutang. Orang berhutang untuk urusan nikah kahwin, beli kereta, beli rumah dan macam-macam urusan. Malah orang bukan sekadar berhutang untuk perkara-perkara yang memerlukan belanja besar, bahkan juga dlm urusan sehari-hari seperti beli groceries, beli susu anak, bayar petrol dan belanja makan sehari-hari.

Islam membenarkan hutang sebagai satu cara untuk membantu golongan yang susah, supaya mereka yang ada lebihan harta boleh memberi manfaat kepada mereka yang tidak cukup harta, supaya harta tidak statik pada sekelompok manusia sedang yang lain memerlukan. Itupun hutang dibenarkan dengan syarat yang tertentu (rujuk al-baqarah;282, iaitu ayat terpanjang dalam al-quran). Antara syaratnya ialah perlu ada rekod, ada saksi, ada tempoh yang jelas. Islam juga mengharamkan Riba, yang memberi pelunag golongan kaya memanipulasi kekayaan mereka untuk menjadi lebih kaya dan menindas yang lemah.

Apabila kita berhutang, sebenarnya kita menggunakan future income kita untuk perbelanjaan masa sekarang. Apabila kita telah commit kan sebahagian daripada pendapatan masa akan datang untuk membayar hutang, kita sebenarnya akan mengurangkan kemampuan kewangan kita pada masa akan datang. Sedangkan keperluan masa akan datang akan semestinya akan bertambah, drpd bujang kpd kahwin, drpd tiada anak kepada ada anak, drpd anak satu kepada anak 3 atau lebih lagi, drpd anak kecil kpd anak yang dah ke sekolah, drpd ibubapa yang sihat kpd ibubapa yang perlukan bantuan kita, drpd badan kita sendiri yang masih sihat kpd badan yang semakin meningkat usia. Dalam keadaan biasa pun keperluan PASTI akan makin meningkat. Tetapi, kata orang pendapatan kita juga meningkat. Betul, pendapatan boleh meningkat, tetapi pendapatan boleh juga menurun, boleh juga tiada langsung! Ini belum mengambil kira kes-kes di luar kebiasaan seperti tiba2 jatuh sakit, tiba2 kemalangan, tiba2 hilang kerja. Jadi beringatlah sebelum terkena. Apabila kita membuat keputusan untuk berhutang, jangan kita sekadar mengambil kira keperluan semasa, tetapi congaklah keperluan mendatang.

Bukan semua hutang tidak baik. Ada hutang yang boleh membantu kita generate more income, seperti modal perniagaan (kalau perniagaan untung), seperti hutang untuk beli rental property (yang rent dia cukup utk cover bayaran balik pinjaman) dan hutang utk melanjutkan pelajaran yang membolehkan seseorang mendapat pekerjaan yang lebih banyak pendapatannya. Tetapi, amatlah berwaspada dengan hutang yang HANGUS, tiada manfaat kewangan drpd hutang itu, walaupun mungkin ada manfaat lain.

Sebenarnya sesetengah hutang boleh dielak, dengan perancangan yang betul. Saya mengenali seorang kawan yang begitu disiplin dalam urusan ini. Apabila dia memerlukan sesuatu di luar kemampuan kewangan semasa, dia akan meletakkan sasaran, bila masanya dia akan benar-benar perlukan perkara itu, lalu dia merancang berapa banyak yang dia perlu menabung untuk akhirnya dia mampu menyediakan wang secukupnya apabila tiba masa perkara itu diperlukan. Saya cukup memahami, bahawa tidak semua perkara boleh ditangguh sehingga kita ada cukup duit. Boleh kah kita tangguhkan urusan kahwin? Bolehkah kita tangguhkan urusan beli kereta yg perlu utk pergi kerja apabila tiada pengangkutan awam yang sesuai? Untuk menagatasi situasi sebegini, forward thinking amat perlu. Kalaulah kita dapat merancang semua keperluan kita, kita dapat mengelak drpd berhutang. Inilah yang disebut Target Setting dalam Perancangan Kewangan. Bayangkan, kalaulah kita dapat berfikiran jauh, meletak sasaran yang anak kita pada masa akan datang tidak perlu berhutang untuk belajar di IPT, lalu kita bertindak drpd sekarang, nescaya generasi anak kita akan lebih memiliki financial freedom drpd kita yang dibelenggu hutang sebaik shj menjejakkan kaki di universiti. Masa adalah sebahagian dari penyelesaian. Lebih awal kita merancang, lebih banyak perkara yang kita sempat usahakan.

Bagaimana pula dengan kes-kes kecemasan yang tidak mampu untuk kita rancang kesemuanya? Saya perhatikan perkara ini dalam golongan mereka yang makan gaji (bergaji tetap). Orang yang bergaji tetap selalunya expense nya juga tetap. Hampir kesemua gajinya dibelanjakan sebelum gaji bulan akan datang. Dalam keadaan ini, apabila terjadi sesuatu di luar pattern perbelanjaan biasa, memang akhirnya dia perlu berhutang. Dan kemungkina untuk berlaku kejadian-kejadian itu sebenarnya sangat tinggi. Antara contoh perkara yang boleh merencatkan pola perbelanjaan adalah seperti kereta rosak yang perlukan major repair, road accident, bencana alam, sakit, dan ‘terpaksa’ renovate rumah. Itu belum ambil kira kalau hilang pekerjaan. Untuk mengelak drpd terpaksa berhutang dlm situasi begini, teori parancangan kewangan mengatakan kita perlu ada simpanan kecemasan. Dan simpanan ini hendaklah mampu menampung keperluan bulanan kita sehingga 6 bulan. Simpanan ini perlu ‘liquid’, available bila diperlukan. Mungkin inilah yang perlu di jadikan sasaran bg yang baru bekerja atau yang belum ada simpanan kecemasan. Letakkan target, berapa lama anada perlu untuk menyediakan tabungan kecemasan dan mulalah menabung!

Dan yang paling penting: sekira benar-benar perlu berhutang, jauhilah urusniaga yang berkait dengan RIBA apabila berhutang. Yang HARAM tetap HARAM, walaupun ia kadang2 tersembunyi dan disembunyikan  di sebalik istilah perbankan conventional. Insist untuk produk perbankan Islam dalam apa2 urusan, dan please verify before u sign anything.

Saya ‘park’ kan kat sini beberapa tajuk berkaitan money matters yang saya terpikir utk tulis, insya allah pada masa akan datang

Money Matters: Halal & Haram yang kurang diberi perhatian

Money Matters: Perancangan Kewangan

Money Matters: Keperluan kepada ‘Protection’

Money Matters: Beli rumah?

Categories: Money Matters, Sharing

Coretan2 Pasca KoBANNA

February 5, 2010 Leave a comment
Categories: Aktiviti, Sharing

Pasca KOBANNA: Kenapa ISMA membincangkan tajuk ini

February 5, 2010 10 comments

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu Kobanna berlalu, bermacam-macam komen yang saya dpt baca sama ada di alam cyber atau di dunia nyata.

Antara yang saya tergerak utk respon ialah soalan di atas. apa kaitan ISMA sbg sebuah NGO Islam dalam isu Agenda bangsa, dan apa kaitan agenda bangsa dengan Hassan Al-Banna.

Saya mahu menjawab persoalan ini dengan melihat evolusi ISMA itu sendiri, sejak saya mengenali ISMA. Semoga dengan ini, mereka yang agak asing dengan ISMA dapat melihat ke mana hala tuju ISMA dan apa penyelesaian yang kami bawa untuk umat ini.

Tulisan ini agak panjang, yang saya coretkan pasca AGM ISMA 2009.

******************************************************************

Pasca AGM ISMA 31 Jan 2009

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengatur setiap sesuatu dengan sebaik-baik aturan. Tiada satu pun kebetulan kerana kebetulan bukanlah sebahagian daripada aqidah kita. Kita beriman bahawa setiap yang berlaku itu adalah sebagaimana yang dikehendaki Yang Esa. Dialah Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur setiap sesuatu.

Segala puji bagi Allah kerana telah mengatur satu pengalaman hidup yang amat berharga, pengalaman berjalan bersama-sama satu organisasi dakwah yang berjalan di atas satu manhaj yang jelas, berfasa dan sentiasa memandang ke hadapan, meletak unjuran yang mencabar minda dan tenaga ahlinya.

AGM ISMA 2005: “Perkukuhkan ISMA, Kesani Masyarakat”

Mengimbau kenangan menyertai AGM ISMA yang pertama bagi saya pada tahun 2005. Pada masa itu saya baru pulang daripada luar negara, baru mengenali jalan dakwah ini dalam bentuknya yang amat simple dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Ketika menjadi pemerhati kepada perbahasan-perbahasan ketika itu, yang antaranya melibatkan penukaran nama ISMA, pemerkasaaan amal akhawat, dan merayu supaya penggerak-penggerak akhawat diberi kebebasan yang lebih dalam amal di samping tanggungjawab mengurus rumah tangga, perbahasan di sekitar pemilihan JKP, mengekal atau merubah struktur sedia ada, saya terfikir, mengapalah para peserta AGM hari itu ‘menghabiskan masa’ membahaskan perkara-perkara yang remeh pada pandangan saya. Timbul satu persoalan dlm AGM itu, ada pendapat mahukan supaya dirujuk apakah yang tertulis dlm perlembagaan? Perlembagaan pula tiada di situ untuk dirujuk! Terfikir saya, bukankah tanggungjawab yang ada lebih banyak daripada masa yang kita ada? Bukankah dakwah ini simple dan jelas halatujunya, kenapa perlukan pendetailan sehingga ke peringkat pemilihan perkataan, apa lagi yang perlu dibincangkan? ayuh teruskan bekerja. Itulah antara perkara yang berlegar-legar dalam kepala saya pada masa itu.

Antara perkara yang saya masih saya teringat daripada pengalaman pertama ber-AGM hari itu adalah tema ucapan dasar : Perkukuhkan ISMA, Kesani Masyarakat. Terngiang- ngiang lagi rayuan Ust Abdullah Zaik supaya semua ahli ISMA tidak malu-malu menggunakan nama ISMA dalam medan amal, dan bersama ISMA ’sepenuhnya’ kerana masyarakat tidak akan terkesan sekiranya setiap individu cuma tampil sebagai orang-orang baik tanpa jenama. Sekali lagi minda simple orang muda ini terfikir, kenapa perlu ada jenama, bukankah dakwah ini universal? Teringat juga, ada perbahasan mengenai ’kesani masyarakat’. Ada suara-suara ahli yg merasakan seolah-olah ”kesani masyarakat” adalah satu fasa yang masih terlalu jauh dan penumpuan patut diberikan kepada keluarga dan tarbiah ahli.

Selepas berlalu beberapa ketika, barulah saya sedari bahawa AGM sedemikian rupa merupakan salah satu wasilah menyatukan fikrah dan amal. Sesuatu benda hanya boleh dianggap telah difahami setelah ia benar-benar lumat dibincang. Kemungkinan kita menganggap kita berkongsi satu kefahaman, tetapi gambaran perlaksanaannya dalam kepala masing-masing mungkin berbeza. Menutup ruang perbincangan dengan alasan itu adalah isu remeh cuma menambahkan lagi ruang kecelaruan. Matangnya sesuatu organisasi adalah bila mana ahli-ahlinya mampu berbincang secara rasional, berselisih dengan beradab dan akhirnya bersepakat atas satu pandangan yang lebih shahih.

AGM ISMA 2005 saya simpulkan sebagai satu usaha menggarap ahli, meraih sokongan untuk bekerja bersama-sama di bawah satu bendera dan meyakinkan mereka yang masih di atas pagar (walaupun pagar itu sendiri kurang jelas sempadannya)

AGM ISMA 2006: MEMBINA GENERASI WAWASAN

Menghadiri AGM tahun berikutnya merupakan satu lagi pengalaman yang membina. AGM ini mengutarakan beberapa projek ISMA yang antaranya adalah projek generasi muda, projek generasi wawasan, projek pengukuhan organisasi, projek dana dan projek pembinaan imej, itu yang saya masih ingat.

Teringat dalam perbahasan kali ini, antara persoalan yang ditimbulkan adalah ”adakah kita hendak mengulangi apa yang telah orang lain buat sebelumnya”, ”adakah kita hendak kembali ke 5 atau 10 tahun lepas?”, ”kenapa setelah kita berbincang untuk mengesani masyarakat dalam AGM pada tahun sebelumnya, kita kembali menfokuskan perhatian kita kepada projek-projek dalaman?”

Antara yang dibincangkan juga adalah penubuhan cawangan. Bagaimanapun perbincangan panjang lebar pada hari itu cuma berakhir dengan usul menyerahkan kpd JKP untuk membuat perincian tentang pindaan perlembagaan yang diperlukan untuk membolehkan penubuhan cawangan selesai. Sekali lagi minda org muda ini berfikir, ”what a waste!.” Teruk-teruk berbincang cuma itu keputusannya. Dan perlu ada satu lagi EGM untuk luluskan pindaan perlembagaan itu kelak!

Setelah berlalu beberapa ketika, barulah difahami bahawa dalam hal-hal sebegini perbincangan sedemikian rupa sebenarnya tidak sia-sia. Dalam berorganisasi, ada peraturan yang perlu dipatuhi, ada perbincangan yang perlu di buat, supaya organisasi itu akhirnya dapat berjalan secara terpandu dan tidak bergerak secara terburu-buru. Masa yang digunakan untuk menyusun sistem, sebenarnya akan menentukan perjalanan sesuatu sistem itu.

AGM kali ini saya simpulkan sebagai persiapan dalaman organisasi agar kelak dapat bergerak dengan lebih baik lagi. Inilah pelaburan jangka panjang, melabur dalam mengenbangkan kapasiti ahli di setiap peringkat, agar ahli dapat terus memikul beban tugas yang bakal bertambah dengan perkembangan organisasi itu.

AGM ISMA 2007: MELAKAR SEMULA PETA SIASI: Berfikir di luar Kotak

27 Januari 2007. Terus terang, ucapan dasar kali ini merupakan ucapan dasar yang saya susah nak faham, kerana bagi saya topik perbualannya bukanlah sesuatu yang biasa dibicarakan oleh sebuah organisasi tarbawi. Presiden menngingatkan supaya tidak tertipu dan meletak harapan bulat-bulat kepada kaedah DEMOKRASI dalam membawa agenda perubahan kerana demokrasi sekadar menjadi alat kepada barat sedangkan barat sendiri menolak demokrasi apabila amalan demokrasi itu bertentangan dengan agenda barat. Presiden memberi contoh kemenangan HAMAS dalam pilihanraya di Gaza yang dinafikan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya yang kononnya champion dalam memperjuangkan demokrasi.

Presiden juga menyeru supaya kita befikir di luar kotak pemikiran umat yang rata-rata terperangkap dengan kerangka politik kepartian sehingga mengabaikan kepentingan dan masalahah umat. Presiden meletakkan harapan kpd ISMA untuk menjadi penyelamat kepada masalah umat ini dengan beberapa seruan iaitu kesatuan dan perpaduan, bersepakat dalam masalah kepentingan umat dan menghidupkan syura dan dialog.

Seruan keluar dari kotak pemikiran berasaskan demokrasi dan politik kepartian saya anggap sebagai satu seruan yang ’pelik’ dan mencabar minda untuk di fahami, ketika rata-rata umat meletak harapan kepada amalan demokrasi untuk keluar daripada kemelut politik semasa. Menutup ucapan dasar pada hari itu, saudara presiden menggariskan semula projek-projek dalam ISMA sebagaimana yang telah dibentangkan dalam AGM sebelumnya dan meletakkan keyakinan bahawa projek-projek inilah yang akan membantu melonjakkan ISMA sebagai penyelamat umat.

Sekali imbas, saya tidak dapat melihat kaitan antara agenda besar merubah peta siasi umat dengan projek-projek di dalam penumpuan ISMA. Saya tertanya-tanya adakah kita bercakap mengenai satu agenda yang besar padahal tindakan kita terfokus kepada perkara yang lain. Are we aligned?

2008: Pasca PRU ke-12

Tahun 2008 berlalu tanpa AGM memandangkan tarikh cadangan asal AGM begitu hampir dengan PRU12 pada 8 Mac 2008.

Pada saya, senario politik pasca PRU 12 memberi pemahaman yang benar dan jelas mengenai apa yang saudara Presiden cuba tonjolkan dalam AGM sebelumnya. Mungkin pemikiran saya lambat setahun agaknya. Kemelut politik BN dan PR pasca PRU-12 meyakinkan saya mengenai seruan saudara Presiden. Maslaha umat terabai dalam perebutan kuasa kedua-dua belah pihak dalam politik dwi-polar ini. Pelbagai tuntutan bangsa lain seakan mendapat tempat dan perhatian kedua-dua bleh pihak. Tidak dapat tidak, umat perlu di selamatkan daripada kancah ini!

Agenda Penggarapan Umum yang dicanangkan pihak JKP pada separuh akhir tahun 2008, pada saya merupakan agenda besar tahun ini, yang layak mengambil tempat dalam ucapan dasar sekiranya ada AGM pada tahun 2008. Agenda ini pada saya adalah penerusan kepada projek-projek dalaman sebelum ini, di mana kekuatan yang telah disemai dan arus yang telah diempang perlu dihalakan ke arah projek yang sebenar: mengambil tempat dalam masyarakat.

AGM ISMA 2009: MEMACU MISI PERJUANGAN UMMAH

Menghadiri satu lagi AGM merupakan satu lagi lonjakan buat minda saya. Ketika saya baru seakan memahami apa yang cuba diutarakan oleh pimpinan ISMA dalam AGM 2007 dan Agenda Penggarapan Umum, minda saya di asak untuk memahami satu lagi hakikat yang lebih jauh terkedepan. Berbekalkan semangat daripada Perang ’Furqan” 23 hari di Gaza, ”Memacu Misi Perjuangan Ummah” meletakkan satu gambaran yang jelas sejelas mentari pagi akan masyarakat yang bagaimana yang kita cita-citakan. ”Gaza sebagai masyarakat contoh” seakan memberi satu halatuju yang baru, membuka satu dimensi baru dalam pemikiran, dan meletakkan satu cita-cita yang besar untuk ummat ini. ISMA juga mengambil satu pendirian yang berani dalam memperkatakan isu survival umat Islam dan bangsa melayu, di luar norma pemikiran sedia ada. 3 polar pemikiran perjuangan Islam dan bangsa yang sedia ada dikupas (islamist, nasionalist & liberalist) dan ISMA hadir dengan satu pendekatan alternatif yang ’real’.

Saya melihat satu kelainan yang jelas dalam AGM kali ini. Amat sedikit isu-isu dalaman yang kita bincangkan. Perbahasan perwakilan juga menunjukkan satu kesatuan pemikiran yang menunjukkan perwakilan dari setiap kawasan ’beriman’ dengan misi perjuangan kita. Perwakilan seolah-olah telah berjaya menyelesaikan kemelut dalaman, isu penggarapan ahli dan bersedia untuk berfikir keluar, mengambil tempat yang sewajarnya dalam masyarakat. Perkembangan positif di setiap tempat seolah-olah menjadi bukti keberkesanan cara kerja kita sehingga ia tidak perlu dibincangkan lagi. Apa perlu perbincangan sekiranya bukti sudah ada di medan!

APA YANG TELAH SAYA PELAJARI?

Mengimbau kenangan-kenangan daripada AGM-AGM ISMA yang telah saya hadiri meyakinkan saya bahawa perjuangan bersama ISMA adalah satu perjuangan yang dinamik, bertahap dan jelas halatujunya. Dakwah ini bukanlah satu perjuangan yang kaku dan sekian bentuknya sehingga pendokongnya sekadar berpusing-pusing di tempat yang sama, mengulangi apa yang telah diulang sebelumnya. Dakwah ini juga bukanlah satu gerakan yang sekadar ”go with the flow” yang cuma menurut arus semasa, arus membawa kita ke jalanan maka kita ke jalanan, arus mengejar kekayaan ekonomi dan pangkat maka ke situlah kita, arus mendaki bangunan parlimen, maka kita juga ke situ.

Saya meyakini bawah dakwah sebeginilah yang akan terus wujud, sebahagian daripada kewujudan alam, memainkan peranannya, berfungsi dalam setiap keadaan. Dakwah inilah yang kita warisi sejak daripada wujudnya manusia di alam ini.

Terdetik di hati, saya baru menyaksikan perjalanan selama 5 tahun!. Perjalanan seterusnya tentu lebih menarik, mencabar dan menuntut setiap kudrat yang ada. Semoga saya dapat terus berjalan! Ameen.

Zaizul Azizi Bin Zaman

Ahli ISMA No. 539

AJK ISMA GOMBAK

Categories: Aktiviti, Sharing