Home > Life Notes, Sharing > Time flies…

Time flies…

Begitu cepat masa berlalu…
Sedar tak sedar dah habis satu bulan dalam tahun 2010 ni…
Sedar tak sedar mujahid dah genap 5 tahun (ikuti catatan birthday mujahid)
Sedar tak sedar, saat2 yang berlalu terasa begitu pantas… (Sedar tak sedar, dah lebih 10 hari tiada post dlm blog ni)

Januari 2010 ni mencatat banyak sejarah…
Dalam bulan ni, saya kembali terlibat dengan program2 bersama student2 OZ/NZ yg sedang bercuti setelah ‘berehat’ selama beberapa summer, bukan ‘berehat’ tanpa kerja apa2, cuma tenaga banyak di fokus ke program2 yang lain. Bermula dengan Semai Mesra kali ke 10 (semai mesra yang pertama saya hadir pada akhir tahun 2000 atau awal 2001 seingat saya), diikuti dengan Jalinan Ukhwah dan beberapa pertemuan yang lain bersama student yang masih bercuti summer. Pertemuan yang banyak membangkitkan nostalgia dan memori zaman muda-muda dulu.

Dalam bulan ini juga saya berpeluang mengikuti Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa. Bagi saya, konvensyen ini begitu menarik kerana kaedah pemikiran (atau fikrah) Hassan Al-Banna diolah dalam bentuk yang relevan dengan keperluan mendesak di tanah air kita, menghurai dasar perjuangan bangsa dan seterusnya menilai kemelut politik semasa berdasarkan maqasid syarak. Antara yang penting bagi saya ialah perlunya kita menilai senario semasa dari luar kerangka politik sedia ada (kerajaan vs pembangkang atau PAS vs UMNO), sebaliknya meletak kepentingan Agama dan Bangsa mendahului segala kepentingan yang lain. Saya berhasrat untuk menulis kembali buah fikiran saya berkaitan konvensyen ini.

Dalam bulan ini juga saya kembali bergelar pelajar. Saya telah mendaftarkan diri di INCEIF untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan Islam. Semoga usaha ini diberkati Allah, dan menjadi jalan untuk menambahkan amal soleh pada masa akan datang.

Dalam bulan ini juga saya berpeluang untuk membiasakan diri dengan beberapa perkara yang sebelum ini agak asing bagi saya, antaranya:

  • dapat meluangkan masa untuk duduk sejenak selepas solat subuh di masjid, mengikuti tazkirah subuh, zikir ma’thurat dan membaca al-quran
  • menghantar dan mengambil anak di taska/tadika masing2
  • breakfast bersama isteri di mana2 shj
  • shoppping ketika pasaraya lengang
  • berjumpa dengan sahabat-sahabat pada bila2 masa
  • balik kampung pada weekdays tanpa perlu memohon cuti
  • dapat kebebasan untuk merancang waktu mengikut keperluan sendiri
  • tiada hari gaji yang nak ditunggu pada akhir bulan

Semoga masa yang berlalu tidak akan sia-sia. Semoga diberkati segenap usaha dan didekatkan dengan Yang Esa.

“Demi Masa, Sesunggunya manusia itu dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, Dan mereka yang saling berpesan dengan kebenaran, Dan mereka yang saling berpesan dengan kesabaran” (Al-Asr; 1-3)

Categories: Life Notes, Sharing
  1. ayuhkitamaju
    February 27, 2010 at 1:08 pm

    alhamdulillah, tumpang gembira kerana nta gembira memiliki kebebasan masa dan kebebasan mengurus diri semahunya. semoga kami yang menjadi hamba kepada manusia lain ini akan segera memiliki kebebasan sedemian. semoga kebebasan itu disyukuri dengan menjaga amanah kebebasan itu. Kebebasan sebagai amanah!? Semoga kebebasan masa itu memberi lebih manfaat kepada Islam dan kaum Muslimin, ISMA dan PEMBINA khususnya! Amin. Jagalah dirimu ie take care

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: