Home > Sendi Kehidupan, Sharing > Sendi Kehidupan: Settling Down

Sendi Kehidupan: Settling Down

Saya namakan sendi kehidupan mengikut istilah yang ust fauzi gunakan semasa memberi panduan kepada saya dlm proses asimilasi saya yang baru pulang dari belajar di perantauan dalam dunia masyarakat Malaysia yang mempunyai banyak cabaran tersendiri. Sendi merupakan bahagian tulang yg menyambungkan 2 atzu lebih ketulan tulang. Sendi kehidupan ialah satu masa transisi di antara fasa2 kehidupan. Ada sendi antara dunia student yg penuh idealisme dengan alam realiti dan cabaran dunia pekerjaan. Ada sendi antara dunia bujang dan dunia perkahwinan, ada sendi antara dunia sekolah ke dunia bebas universiti. Kebijaksanaan menguruskan sendi-sendi kehidupan ini penting untuk memastikan kesinambungan apa jua yang hajati dan diusahakan dalam fasa sebelumnya, baik dari segi cita2 peribadi, matlamat sebuah perjuangan dan matlamat dakwah itu sendiri.

Antara matlamat yang besar dalam usaha mendidik dan membentuk individu muslim yang saya fahami ialah supaya seseorang itu mampu menangani cabaran di atas jalan dakwah dan bijak menguruskan cabaran itu. Berdasarkan makna objektif ini, kita bukan sekadar menutup mata atau menidakkan kewujudan cabaran2 itu lalu mebiarkan segala permasalahan yang ‘real’ dlm kehidupan itu dibiarkan dan tidak ditangani dengan cara yang sewajarnya. Kita juga tidak mahu tenggelam dalam ‘menguruskan’ cabaran2 ini sehingga tumpuan kita ke atas perkara-perkara yang sepatutnya menjadi fokus kita terabai sama sekali. Tiada satu penyelesaian yang akan meneyelesaikan semua masalah. Maknanya setiap sesuatu penyelesaian akan ada consequences yang lain yang mungkin juga merupakan satu masalah yang lain. Jadi melayan semua masalah takkan ada titik penyelesaiannya. Sebahagian masalah boleh diselesaikan, sebahagian perlukan masa dan ada sebahagiannya yang kita terpaksa terima dengan sabar sebagai salah satu realiti kehidupan. Melangkah di antara dua ekstrem ini (membiarkan semua masalah dan melayan semua masalah) merupakan jalan tengah yang wajar diambil. Sememangnya ‘walking between the fine lines’ ini bukan mudah dan tidak boleh ditafsirkan sekadar menggunakan kaedah yang general yang  disangka sesuai untuk semua. “One size fits all” tak boleh digunakan di sini.

Dalam menghadapi suasana inilah perlu banyak perbincangan dengan orang yang telah melalui pengalaman tersebut, belajar dari pengalaman mereka dan tidak mengulangi kesilapan mereka. Di sinilah gunanya disiplin2 dalam tarbiah yang dipelajari seperti istisharah, isti’zan di samping istikharah. Konsep2 seperti fiqh awlawiyaat, husnu dzaan dan sebagainya perlu di aplikasikan.

Selamat melangkah. Semoga langkah kita semua terpandu dan diberkati, insya allah.

Categories: Sendi Kehidupan, Sharing
  1. AI AO
    February 24, 2010 at 6:33 am

    Dulu di OZ pelajar baru ada starter pack.

    Kami yg dah balik ni nak starter pack di sini plak ;p

    • February 24, 2010 at 8:12 am

      kami bagi cable jumpstart je… in case takleh nak start sendiri🙂
      kat OZ tu tmpt org, tu byk kena tolong, dah balik rumah sendiri u shuld know better…
      “One size fits all doesn’t work here,” to many anomaly and special circumstances that requires special treatment esp the special need one

    • ayuhkitamaju
      February 27, 2010 at 1:22 pm

      bertanya tak salah, kan. yg baru balik tu, usaha-usaha la cari sendiri dulu, tak kan semua nak kena disuap dengan sudu kan (spoonfeed), lagi pun dah berada di rumah sendiri, mesti dah ada tau sikit-sikit kan, walaupun benda-benda mungkin berubah sikit-sikit. kalau tak berjaya juga, barulah minta tolong. yang jangan, balik-balik je, tak nak usaha sendiri ape-ape, harap disuap saja. sedarlah, kita dah besar panjang kan. malulah sikit. yang memimpin tu pulak, janganlah dibiarkan terkontang-kanting aje si dia tu, walaupun kat rumah dia. dia kan baru balik. dah banyak berubah. tolong-tolong la, pandu, seadanya. pilihlah jalan pertengahan, insyaAllah baik-baik jadinya. pertengahan ie satu pihak berpada-pada la minta tolong, satu pihak lagi redha-redha la menolong. sebaik-baik Penolong dan tempat rujukan ialah Allah (no offence,ok ! :D)

  2. January 18, 2010 at 6:37 pm

    huk huk… terasa ditampar-tampar….

    • January 18, 2010 at 11:48 pm

      takde kaitan dengan yang hidup atau yg mati… adapun semua yang hidup boleh mengambil pengajaran…

  1. February 8, 2010 at 1:18 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: