Archive

Archive for January, 2010

Time flies…

January 31, 2010 1 comment

Begitu cepat masa berlalu…
Sedar tak sedar dah habis satu bulan dalam tahun 2010 ni…
Sedar tak sedar mujahid dah genap 5 tahun (ikuti catatan birthday mujahid)
Sedar tak sedar, saat2 yang berlalu terasa begitu pantas… (Sedar tak sedar, dah lebih 10 hari tiada post dlm blog ni)

Januari 2010 ni mencatat banyak sejarah…
Dalam bulan ni, saya kembali terlibat dengan program2 bersama student2 OZ/NZ yg sedang bercuti setelah ‘berehat’ selama beberapa summer, bukan ‘berehat’ tanpa kerja apa2, cuma tenaga banyak di fokus ke program2 yang lain. Bermula dengan Semai Mesra kali ke 10 (semai mesra yang pertama saya hadir pada akhir tahun 2000 atau awal 2001 seingat saya), diikuti dengan Jalinan Ukhwah dan beberapa pertemuan yang lain bersama student yang masih bercuti summer. Pertemuan yang banyak membangkitkan nostalgia dan memori zaman muda-muda dulu.

Dalam bulan ini juga saya berpeluang mengikuti Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa. Bagi saya, konvensyen ini begitu menarik kerana kaedah pemikiran (atau fikrah) Hassan Al-Banna diolah dalam bentuk yang relevan dengan keperluan mendesak di tanah air kita, menghurai dasar perjuangan bangsa dan seterusnya menilai kemelut politik semasa berdasarkan maqasid syarak. Antara yang penting bagi saya ialah perlunya kita menilai senario semasa dari luar kerangka politik sedia ada (kerajaan vs pembangkang atau PAS vs UMNO), sebaliknya meletak kepentingan Agama dan Bangsa mendahului segala kepentingan yang lain. Saya berhasrat untuk menulis kembali buah fikiran saya berkaitan konvensyen ini.

Dalam bulan ini juga saya kembali bergelar pelajar. Saya telah mendaftarkan diri di INCEIF untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan Islam. Semoga usaha ini diberkati Allah, dan menjadi jalan untuk menambahkan amal soleh pada masa akan datang.

Dalam bulan ini juga saya berpeluang untuk membiasakan diri dengan beberapa perkara yang sebelum ini agak asing bagi saya, antaranya:

  • dapat meluangkan masa untuk duduk sejenak selepas solat subuh di masjid, mengikuti tazkirah subuh, zikir ma’thurat dan membaca al-quran
  • menghantar dan mengambil anak di taska/tadika masing2
  • breakfast bersama isteri di mana2 shj
  • shoppping ketika pasaraya lengang
  • berjumpa dengan sahabat-sahabat pada bila2 masa
  • balik kampung pada weekdays tanpa perlu memohon cuti
  • dapat kebebasan untuk merancang waktu mengikut keperluan sendiri
  • tiada hari gaji yang nak ditunggu pada akhir bulan

Semoga masa yang berlalu tidak akan sia-sia. Semoga diberkati segenap usaha dan didekatkan dengan Yang Esa.

“Demi Masa, Sesunggunya manusia itu dalam kerugian, Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, Dan mereka yang saling berpesan dengan kebenaran, Dan mereka yang saling berpesan dengan kesabaran” (Al-Asr; 1-3)

Advertisements
Categories: Life Notes, Sharing

Jemputan ke Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna

January 20, 2010 Leave a comment
Categories: Aktiviti

Sendi Kehidupan: Settling Down

January 18, 2010 6 comments

Saya namakan sendi kehidupan mengikut istilah yang ust fauzi gunakan semasa memberi panduan kepada saya dlm proses asimilasi saya yang baru pulang dari belajar di perantauan dalam dunia masyarakat Malaysia yang mempunyai banyak cabaran tersendiri. Sendi merupakan bahagian tulang yg menyambungkan 2 atzu lebih ketulan tulang. Sendi kehidupan ialah satu masa transisi di antara fasa2 kehidupan. Ada sendi antara dunia student yg penuh idealisme dengan alam realiti dan cabaran dunia pekerjaan. Ada sendi antara dunia bujang dan dunia perkahwinan, ada sendi antara dunia sekolah ke dunia bebas universiti. Kebijaksanaan menguruskan sendi-sendi kehidupan ini penting untuk memastikan kesinambungan apa jua yang hajati dan diusahakan dalam fasa sebelumnya, baik dari segi cita2 peribadi, matlamat sebuah perjuangan dan matlamat dakwah itu sendiri.

Antara matlamat yang besar dalam usaha mendidik dan membentuk individu muslim yang saya fahami ialah supaya seseorang itu mampu menangani cabaran di atas jalan dakwah dan bijak menguruskan cabaran itu. Berdasarkan makna objektif ini, kita bukan sekadar menutup mata atau menidakkan kewujudan cabaran2 itu lalu mebiarkan segala permasalahan yang ‘real’ dlm kehidupan itu dibiarkan dan tidak ditangani dengan cara yang sewajarnya. Kita juga tidak mahu tenggelam dalam ‘menguruskan’ cabaran2 ini sehingga tumpuan kita ke atas perkara-perkara yang sepatutnya menjadi fokus kita terabai sama sekali. Tiada satu penyelesaian yang akan meneyelesaikan semua masalah. Maknanya setiap sesuatu penyelesaian akan ada consequences yang lain yang mungkin juga merupakan satu masalah yang lain. Jadi melayan semua masalah takkan ada titik penyelesaiannya. Sebahagian masalah boleh diselesaikan, sebahagian perlukan masa dan ada sebahagiannya yang kita terpaksa terima dengan sabar sebagai salah satu realiti kehidupan. Melangkah di antara dua ekstrem ini (membiarkan semua masalah dan melayan semua masalah) merupakan jalan tengah yang wajar diambil. Sememangnya ‘walking between the fine lines’ ini bukan mudah dan tidak boleh ditafsirkan sekadar menggunakan kaedah yang general yang  disangka sesuai untuk semua. “One size fits all” tak boleh digunakan di sini.

Dalam menghadapi suasana inilah perlu banyak perbincangan dengan orang yang telah melalui pengalaman tersebut, belajar dari pengalaman mereka dan tidak mengulangi kesilapan mereka. Di sinilah gunanya disiplin2 dalam tarbiah yang dipelajari seperti istisharah, isti’zan di samping istikharah. Konsep2 seperti fiqh awlawiyaat, husnu dzaan dan sebagainya perlu di aplikasikan.

Selamat melangkah. Semoga langkah kita semua terpandu dan diberkati, insya allah.

Categories: Sendi Kehidupan, Sharing

Ucapan “syafakallah” buat akhi Farid

January 7, 2010 2 comments

Akhi Farid Husin di PCMC

Pagi tadi berpeluang menziarahi Akhi Mohd Farid b Hussin di Prince Court Medical Center. Beliau baru menjalani pembedahan ke atas lutut kanannya yang cedera semasa sessi latihan team bola tampar Gombak sebelum KASBI 2009 tempoh hari.  Beliau diberi cuti sakit selama sebulan dan di jangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

Akhi Farid merupakan seorang ahli PEMBINA yang aktif dan juga merupakan Ketua Biro Remaja ISMA cawangan Gombak.

Semoga Allah memudahkan urusan akhi Farid.

(akhi farid masih berada di wad 5F, PCMC, Jln Tun Razak, KL)

update: Akh Farid sekarang berehat di rumah keluarga beliau di Taman Marida, Senawang

Categories: Sharing

Semua orang memerlukan!

January 6, 2010 Leave a comment

Siapa yang tidak akan mati?
Siapa yang tidak ada risiko kemalangan, risiko mengidap penyakit dan risiko2 lain?
Siapa yang dah ada cukup saving utk dia dan tanggungannya hidup sekiranya berlaku apa2 yang tidak diingini?
Siapa yang nak pastikan anak isterinya tidak hidup melarat bila dia sudah tiada?
Siapa yang nak pastikan anak-anaknya ada duit untuk terus belajar hingga ke peringkat paling tinggi?
Siapa yang nak tolong orang yang susah?
Siapa yang nak dibantu bila dia susah?
Siapa yang membazirkan ratusan ringgit setiap bulan untuk perkara2 yang tak penting?
Siapa yang masih belum ada tabungan kewangan untuk kecemasan?

Siapa yang masih terperangkap dengan insurans konventional yang haram?

Jika anda termasuk dalam golongan di atas, mahukah anda dibantu untuk menjawab semua ini? Hubungi saya!
(Allah tidak mengubah sesuatu kaum sehingga dia mengubah apa yang ada pada dirinya)

Categories: Promosi

Once upon a time….

January 4, 2010 Leave a comment

First day of the year hari tu, ada peluang bertemu dengan adik-adik yg masih belajar di New Zealand, rasa macam tak jauh pengalaman yang mereka sedang lalu kalau nak compare dengan pengalaman saya sendiri, semoga Allah mudahkan perjalanan mereka dan memberkati segenap usaha mereka untuk mendalami agama suci ini. Pengalaman di Melbourne cukup memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan saya sehingga hari ini, memberi saya satu perspektif yang baru terhadap hidup ini.

Pertemuan macam tu memang membangkitkan nostalgia2 lama, terus bukak balik folder2 yang dah lama tak belek. Terjumpa beberapa gambar lama2 ni…

(gambar di ambil ketika dalam perjalanan untuk menghadiri interview Petronas, Mid 2003 di salah sebuah stesen keretapi di Sydney)

(bersama bro Waleed Aly di Uni of Melbourne, sometimes in 2001 or 2002)

Categories: Life Notes