Home > Sharing > Fasobrun Jamiil: Sabar dalam perubahan fasa kehidupan

Fasobrun Jamiil: Sabar dalam perubahan fasa kehidupan

“Verily, in Yuusof and his brethren,  there were ayaat (proofs, evidence, verses, lessons, signs, revelations etc) for those who ask” (Surah Yuusof; 7)

Sesungguhnya dalam kisah nabi allah yusuf, sarat dengan pengajaran yang teramat banyak yang boleh di ambil, sama ada pelajaran dalam bentuk yg direct (literal) atau dalam bentuk makna dan maksudnya, pengajaran dalam bentuk peristiwa yang boleh di samakan dengan apa jua peristiwa seumpamanya di sepanjang zaman, atau pengajaran secara langsung daripada dialog dan kata-kata nabi allah yuusof, nabi yaakob dan watak-watak yang pelbagai daripada kisah hidup nabi yuusof yang panjang itu. Ada sesetangah peristiwa di ceritakan detik demi detik dalam keadaan terperinci, dan ada yang sekadar imbasan yang mengajak minda berfikir.

Al’ibratu bi umumi lafzi wala bi khususs sabab…

Teringat satu tazkirah/ceramah yang kalau tak silap di sampaikan oleh Ust Muhammad Fauzi Asmuni yang mengulas pengajaran daripada kisah nabi yuusof dari sifat SABAR. Lebih spesifik lagi, mengulas mengenai sabarnya nabi yuusof dalam menghadapi perubahan-perubahan fasa dalam hidupnya.

Sesungguhnya perubahan fasa dalam hidup merupakan satu ujian allah yang memerlukan kesabaran. Berapa ramai manusia terjerumus ke dalam perangkap syaitan ketika melalui perubahan fasa dalam hidup. Kita mungkin sedia maklum mengenai rakan-rakan atau orang yang hampir dengan kita yang berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik atau buruk yang mana perubahan itu berlaku seiring dengan perubahan fasa dalam kehidupan mereka.

Kisah nabi yuusof menggambarkan perjalanan hidup yang penuh dengan perubahan fasa. antaranya:

  1. Daripada hidup dalam keluarga yang memberi layanan istimewa (anak kesayangan ayah sehingga syaitan berpeluang membisikkan hasad dengki kepada abang2 nabi yuusof) kepada hidup sendiri.
    • di sini dapat kita perhatikan kecekalan nabi yuusof ketika ditinggalkan bersendirian di dalam perigi buta di tengah padang pasir, setelah dikhianati saudara-saudaranya. Nabi Yuusof tidak tenggelam punca dan tidak putus harap. Sehingga baginda diselamatkan oleh pedagang yang kebetulan lalu di situ. Itu baru permulaan pengembaraan Nabi Yuusof.
  2. Daripada hidup yang bebas merdeka kepada hidup sebagai hamba abdi.
    • Setelah Nabi Yuusof selamat daripada perigi buta, baginda di jual sebagai hamba. Dalam episod ini, perubahan yang di alami begitu ketara, dan cukup mencabar. Siapa yang agaknya akan tahan apabila diuji sebegini?
  3. Daripada kehidupan hamba kepada hidup senang di istana al-azeez.
    • Episod ini menyaksikan bagaimana akhirnya Nabi Yuusof dibebaskan dan dilayan sebagai “anak angkat” di istana Al-azeez. Dalam kisah ini, plotnya disusun oleh allah dengan cabaran yang berbeza; cabaran kesenangan. Nabi Yuusof diuji dengan anugerah kesenangan dan rupa paras yang begitu menarik, sehingga mengundang dugaan godaan dan ujian keimanannya. Begitu tinggi nilai iman Nabi Yuusof, sehingga baginda mampu menolak maksiat ketika baginda mampu melakukannya. Kisah yang Allah ceritakan satu persatu ini begitu menarik untuk dijadikan pedoman. (rujuk surah Yuusof)
  4. Hidup senang kepada dipenjarakan
    • Rentetan daripada ujian sebelumnya, Nabi Yuusof memilih penjara untu menyelamatkan imannya berbanding kesenangan yang melimpah-ruah. Dakwah nabi yuusof terus berjalan meskipun ketika berada dipenjara. Ini dapat diperhatikan melalui contoh perbualan baginda dengan dua orang ‘inmates’/rakan sepenjaranya. Perubahan fasa ini tidak melemahkan semangat baginda dan tidak menjadikan baginda seorang yang marah kepada takdir allah yang menimpanya.
  5. Daripada penjara kepada bebas & di beri kepercayaan
    • Setelah beberapa tahun dipenjara, nabi Yuusof akhirnya dibebaskan, setelah keistimewaan ilmunya iaitu mampu menafsir mimpi sampai ke pengetahuan pemerintah dan mimpi pemerintah itu ditafsirkan oleh baginda. Bukan itu sahaja, bahkan baginda menawarkan diri untuk menguruskan kekayaan negeri; satu tanggungjawab yang besar. Cuba bayangkan seorang bekas banduan memohon untuk menjadi menteri kewangan! Sesungguhnya peristiwa ini menggambarkan keyakinan diri Nabi Yuusof yang tidak terkesan dengan suasana sekelilingnya di dalam penjara. Baginda mampu melihat kemampuan dan keupayaan dirinya dan sedia memohon amanah yang setimpal dengan kemampuan itu.
    • Banduan menjadi menteri kewangan, inilah satu lagi ujian! Pernahkan anda melihat orang yang secara tiba2 menjadi senang? Daripada peneroka Felda kepada jutawan segera misalnya, atau orang yang secara tiba-tiba mendapat durian runtuh? Bagaimanakah perubahan fasa itu member kesan kepada jiwa mereka?
  6. Berkuasa membalas kezaliman
    • Kisah nabi yuusof tidak tamat di situ. Ujian seterusnya ialah berdepan dengan orang2 yang pernah menzalimi baginda dalam keadaan si penzalim datang itu memohon belas ihsan untuk diselamatkan daripada kebuluran. Inilah kemuncak kisah ini! Bagaimana kesabaran Nabi Yuusof menangani keadaan ini. Bagaimana kesusahan yang dialami berpuluh tahun setelah dizalimi, terpisah daripada ayah dan adik tercinta, tercampak ke bumi asing sehinggalah sampai ke tahap menjadi seorang yang ‘berjaya’ tidak menjadi alasan kepada Nabi Yuusof untuk membalas kezaliman itu dengan balasan yang setimpal, meskipun dia berhak dan mampu melakukannya.

Demikianlah liku2 perjalanan hidup yang telah Allah ceritakan dalam kitabnya. Semoga menjadi panduan untuk kita sama2 menjalani hidup kita. Sesungguhnya perubahan fasa kehidupan adalah bentuk ujian yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Antara yang mungkin relevan dalam dunia hari ini ialah:

  1. Daripada alam pelajar kpd dunia kerjaya
  2. Daripada bujang kepada berkahwin
  3. Dunia setelah bergelar ibu dan bapa
  4. Setiap kesusahan dan kesenangan yang di alami
  5. Perubahan persekitaran sama ada tempat kerja atau rakan taulan
  6. Setiap peristiwa yg berlaku dalam kehidupan sehari-hari

Semoga setiap satunya mendekatkan kita lebih hamper kepada Yang Esa.

Hiduplah dengan terpandu.

(saya sendiri sedang melalui beberapa perubahan fasa yang mencabar, semoga Allah membantu. Doakan yang terbaik)

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (maksud doa istikaharah; sila klik)

Categories: Sharing
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: