Home > Parenting > mereka tetap membesar….

mereka tetap membesar….

Mereka kan tetap membesar…

Teringat kata2 seorang ustaz yang saya kenali kerana jasanya dalam membimbing para pelajar ketika di perantauan (sila klik), katanya: “ tak susah membesarkan anak, kerana mereka akan tetap membesar walaupun di biarkan…” memang tak pelik kepada saya kerana kata2 ini keluar dari mulut orang yang telah membesarkan lebih dari sedozen anak. Namun, ada sambungan kepada kata2 itu:  “yang susah ialah mendidik anak-anak itu…”

Sememangnya, anak-anak akan terus membesar. Detik masa berlalu tidak akan terasa dek kesibukan sehari-hari. Berapa ramai anak yang membesar dalam keadaan terbiar. Ya, mereka tetap membesar! Mereka tetap membesar walaupun tanpa ibu bapa yang menjaga mereka, mereka tetap membesar di jalanan, mereka tetap membesar walaupun di tinggalkan sendirian. Bahkan, mereka tetap boleh membesar macam dalam cerita tarzan, george in the jungle dan cerita2 yang seumpama dengannya. Memang tidak susah untuk sekadar membesarkan anak!

Apa yang susah? Yang susah ialah mendidik. Saban hari anak2 dididik oleh persekitaran mereka, kawan-kawan mereka, saudara-mara, rancangan televisyen, bahkan dididik oleh apa yang kita lakukan di hadapan mereka tanpa kita sedari. Lalu bagaimana kita hendak mendidik mereka dalam acuan yang terbaik yang kita mahukan?

Apa yang kita mahu lihat daripada anak-anak kita? Mahukah kita lahirkan generasi yang lebih baik daripada kita? Atau kita sekadar berpada apabila mereka dapat capai apa yang kita capai? Apakah ukuran2 yang akan kita guna untuk mengukur pencapaian mereka? Ada yang berkata…

Anak saya boleh nanyi lagi Thomas n friends pada umur 3 tahun….

Anak saya boleh menari “Chicken dance”

Anak saya boleh cam kereta Ferrari

Anak saya sudah hafal Muqaddam

Anak saya nak jadi doctor

Apa yang kita mahu sebenarnya?

Lalu daripada itu, apakah effort yang telah kita lakukan untuk mencapai apa yang kita mahukan? Cukupkah sekadar memberi mereka pakaian yang cantik-cantik, aksesori-aksesori berjenama, mainan-mainan canggih? Cukupkah kita sekadar mengulang apa yang telah ibu bapa kita lakukan, sedangkan anak2 kita berdepan dengan dunia yang jauh lebih mencabar.

Banyak lagi persoalan2 yang tenggelam timbul bila memikirkan isu pendidikan anak2 ini. Persoalan yang sesetengahnya belum ada jawapan.

Adakah kita sekadar try & error dalam isu pendidikan anak-anak?

Semoga pembesaran mereka tidak menyebabkan kita terpinga-pinga di belakang, kerana suatu hari kita tertanya-tanya, “adakah ini anak yang telah aku besarkan?”

Dan masa terus berlalu, dan mereka terus membesar….

Categories: Parenting
  1. January 8, 2010 at 12:24 am

    lama tak tgk, dah besar rupenya anak2 enta ni. Selamat mendidik anak2

  2. December 25, 2009 at 10:00 pm

    dah besar dah budak2 ni.

    betul gak nta ckp tuh. ana penah terfikir gak. zaman mak2 ayah kita dulu mana ada playstation. sekarang dah sampai playstation 3.

    nanti zaman2 akan datang mesti ada something yang mmg tak penah terpikir pun benda tu boleh bagi pengaruh yang mgkn tak best pada anak2.

    mgkn nta jadi pioneer la bagi kita2 generasi X-Y nih. nanti boleh la tulis buku bagaimana cara ibubapa generasi Y mendidik anak dgn cemerlang.

  3. shazwin
    December 16, 2009 at 4:09 pm

    ust rusydi alias dlm 1 program pernah cerita: sedar x sedar anak2 ana membesar dlm kereta rupenye, sama2 sibuk jadual mereka ikut umi n abi ke sana ke sini.

  4. ummu mujahid
    December 14, 2009 at 6:48 am

    tu lah pasal, bila mak ayah kejar kerjaya, tanggungjwb didik anak selalunya di outsource kpd bibik, nursery, TV etc… tu lah yg jadik role model mereka…

  5. lisa
    December 9, 2009 at 10:04 pm

    Kalau mak ayah selalu takde kat rumah susah jugak nak didik anak sbb tak cukup role models

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: