Archive

Archive for December, 2009

Menjelang tahun baru….

December 31, 2009 Leave a comment

Saya bukan di kalangan mereka yang ternanti-nanti sambutan tahun baru saban tahun. Bagi saya tahun baru tidak pernah memberi apa-apa signifikan jika dilihat drpd aspek perubahan tahun semata-mata. Berlalunya detik 12 malam tidak perlu di tunggu dan diiringi dengan ‘countdown’ kerana ia sama shj dengan saat2 lain yang berlalu; ia tetap berlalu detik demi detik walaupun tak ada orang yang mengira ‘countdown’ detik itu. Berlalunya saat itu adalah sebahagian dari sunnatullah, ia tetap berlaku dengan izin Allah, sehingga ditentukan sebaliknya…

Satu-satunya signifikan tahun baru bagi saya ialah ia merupakan ulangtahun perkahwinan saya. Tahun 2010 menandakan genap enam tahun usia perkahwinan saya dengan isteri tercinta. Banyak yang boleh dikongsi daripada pengalaman 6 tahun tersebut, mungkin di masa akan datang.

Untuk kali ini, cukuplah kalau saya ucapkan kesyukuran atas sebuah perkahwinan yang agak pelik jika dibandingkan dengan senario hari ini. Saya berkahwin pada 1 jan 2004 setelah bertunang kurang 6 bulan sebelumnya, itu tidak pelik. Saya mengenali calon isteri lebih kurang 2 bulan sebelum bertunang. Itu pun tidak pelik.

Yang agak ‘pelik’ ialah saya berkahwin dengan orang yang saya tidak pernah berbual secara live atau melalui telefon, tidak pernah chat atau SMS, tidak pernah keluar ‘dating’ dan tidak pernah ‘kenal’ sebelum daripada majlis akad nikah itu. Itu agak pelik bagi kebanyakan orang di sekeliling saya.

Jadilah akad nikah itu sebagai permulaan segalanya, dalam suasana penuh barakah dan diiringi pahala insya allah.

Semoga Allah terus memberkati…

(ikuti catatan isteri saya mengenai 6th anniversary)

Categories: Life Notes, Sharing

Meskipun di sungai yang mengalir…..

December 26, 2009 Leave a comment

(gambar di ambil oleh Akh Umar Hakim di Wadi Hussein, Janda Baik, pd July 2008)

Dalam sebuah perbincangan bersama beberapa orang sahabat mengenai disiplin kita dalam menguruskan perihal kewangan kita, bertanya seorang sahabat:

“macam mana ye dalam berjimat cermat ni, kalau untuk diri sendiri tak ada masalah, tapi kalau nak beli apa-apa untuk anak, rasa macam nak beli yang terbaik, yang mahal pun tak apa”

Jawab seorang sahabat yang lain: “bagus lah tu, mungkin itu satu cara kita tunjukkan kasih sayang kita”

Seorang sahabat lagi menyampuk: “kalau memang mampu apa salahnya?, bukankah memberi nafkah kepada keluarga itu satu tuntutan, sebaik-baik sedekah pun yang diberi kepada ahli keluarga?” Begitulah hujah umum yang digunakan….

Perbincangan itu berterusan lagi, tapi cukuplah cakap ajuk nya sampai di situ sahaja….

Apakah neraca kita dalam isu bersederhana salam berbelanja? Saya petik maksud sebuah hadith yang selalu di ulang-ulang di radio IKIM.fm. Hadith tu menceritakan kisah Rasulullah ketika baginda memerhatikan seorang sahabat baginda berwudhu’, lantas beliau bertanya kepada sahabatnya : “Ma haaza sorof ya sa’ad?” (Pembaziran apakah ini wahai Sa’ad?), lalu sahabat baginda menjawab; “Afil wudhui sorof?” (Adakah dalam urusan wuduh’ pun ada pembaziran?) maka baginda menjawab: “Na’am, wa in kunta ‘ala nahrin jaarih” (ya, meskipun di sungai yang mengalir)

Apa yang kita pelajari daripada hadith pendek dalam urusan yang mulia iaitu wudhu’ ini?

  1. Dalam perkara-perkara yang mulia dan dituntut pun kita di ajar supaya tidak membazir.
  2. Mengelakkan pembaziran perlu dilakukan meskipun dalam perkara yang ‘free of charge’ seperti air sungai (biasa kita dengar orang berkata; “alah, tak pelah, bukan kena bayar pun…”)
  3. Sekalipun kita berkemampuan, berjimat dan bersederhana menjadi keutamaan.
  4. Contoh spesifik  seperti berjimat-cermat dalam berwudhu’ boleh diaplikasikan dalam konteks yang umum dalam urusan-urusan yang lain seperti membeli kereta, rumah dan apa jua keperluan kita.

Semoga kita memerhatikan segenap sen harta yang dibelanjakan, kerana sesungguhnya setiap sesuatu nikmat itu akan di hisab di akhirat kelak.

“thumma latusalunna yauma izin ‘ani nna’im” (at-takathur)

Categories: Sharing

Pembelajaran Pengalaman

December 24, 2009 3 comments

Ramai yang bertanya, kenapa PEMBINA ni buat program macam takde fokus? Sekejap buat Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, kejap buat karnival sukan, kejap buat seminar keushawanan, ada yang buat kuliah sirah dan lain-lain aktiviti yang nampak macam berserabut dan tiada hala tuju yang jelas.

Walau apapun sebab disebalik penganjuran sesuatu program yang mungkin kerana tindakbalas daripada perkembangan semasa, untuk menarik minat belia, untuk melatih dan menggerakkan ahli, ada satu sebab yang merentasi semua sebab yang lain: saya istilahkan sebagai pembelajaran pengalaman.

Banyak benda boleh dipelajari melalui pembacaan, hadir seminar dan mengikuti kelas-kelas pengajian, tetapi impak yang terbesar yang akan diperoleh ialah apabila seseorang melalui sendiri peristiwa tersebut. Pembelajaran pengalaman memmberi kesan yang lebih dalam terhadap hati, lebih kekal lama dalam ingatan dan lebih senang untuk difahami.

Sebuah tazkirah mengenai mengingati mati misalnya boleh disampaikan oleh seorang guru kepada anak muridnya secara lisan. Namun, pengalaman menziarahi jenazah, solat jenazah dan membantu menurunkan jenazah ke liang lahad, seterusnya menyaksikan jenazah ditimbus dengan tanah tentunya akan memberikan kesan yang lebih dalam berbanding sebuah tazkirah lisan. Peringatan yang sama juga boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti menziarahi kubur dan rumah mayat.

Pembelajaran pengalaman juga diguna pakai dalam kaedah pendidikan formal. Cuba perhatikan banyak pelajaran kita ada memasukkan unsur-unsur praktikal dan amali, site visit, dan lain-lain aktiviti untuk memberi ruang kepada pelajar menyaksikan sendiri sesuatu pelajaran secara ‘real’. Kita boleh bercerita bagaimana larutan copper sulphate berwarna biru, tapi melihat sendiri larutan tersebut serta tindakbalasnya dengan larutan2 lain tentunya memberi makna yang besar kepada pelajar kimia. Cuba bayangkan seorang graduan medic tanpa mengikuti ‘clinical’ years?

Berbalik kepada program2 yang dianjurkan oleh PEMBINA, ISMA dan NGO2 yang seangkatan dengannya. Antara objektif yang besar yang hendak dicapai ialah supaya belakunya pembelajaran pengalaman. Banyak intipati tarbiah yang dapat direalisasikan dan diuji melalui aktiviti2 ini. Suasana konflik, akan mendedahkan kecenderungan sebenar individu seterusnya membolehkan penyakit2 hati di rawat dan diberi perhatian khusus. Di sinilah kita melihat erti kesungguhan, erti lapang dada, memaafkan dan seterusnya membantu memiliki jiwa yang besar. Semuanya boleh dibincangkan dalam diskusi mingguan, tetapi manifestasi di alam realiti adalah ujian sebenar.

Kepentingan pembelajaran pengalaman lebih-lebih lagi penting apabila sesuatu yang hendak dicapai itu lebih abstrak seperti kebanyakan masalah hati. Bagaimanakah cara untuk belajar untuk merasa izzah dengan Islam, untuk merasa kerdil di hadapan yang Esa, untuk menahan marah dan mendahulukan urusan umat? bagaimana untuk belajar erti ‘ujub dan riak, erti tawakkal dan mengharap, erti sabar dan pemaaf?

Teruskan lah beraktiviti. Nikmati kesannya dalam jiwa.

Allah lah sebaik-baik penolong.

Categories: Sharing

KASBI 2009: Manifestasi Ma’ani(makna-makna) Tarbiah

December 20, 2009 Leave a comment

Sila klik liputan oleh team media: http://pembina.com.my/kasbi/

Tahniah untuk semua!

(nantikan entri berkenaan KASBI, Insya Allah:–> sila klik)


Categories: Aktiviti

Fasobrun Jamiil: Sabar dalam perubahan fasa kehidupan

December 14, 2009 Leave a comment

“Verily, in Yuusof and his brethren,  there were ayaat (proofs, evidence, verses, lessons, signs, revelations etc) for those who ask” (Surah Yuusof; 7)

Sesungguhnya dalam kisah nabi allah yusuf, sarat dengan pengajaran yang teramat banyak yang boleh di ambil, sama ada pelajaran dalam bentuk yg direct (literal) atau dalam bentuk makna dan maksudnya, pengajaran dalam bentuk peristiwa yang boleh di samakan dengan apa jua peristiwa seumpamanya di sepanjang zaman, atau pengajaran secara langsung daripada dialog dan kata-kata nabi allah yuusof, nabi yaakob dan watak-watak yang pelbagai daripada kisah hidup nabi yuusof yang panjang itu. Ada sesetangah peristiwa di ceritakan detik demi detik dalam keadaan terperinci, dan ada yang sekadar imbasan yang mengajak minda berfikir.

Al’ibratu bi umumi lafzi wala bi khususs sabab…

Teringat satu tazkirah/ceramah yang kalau tak silap di sampaikan oleh Ust Muhammad Fauzi Asmuni yang mengulas pengajaran daripada kisah nabi yuusof dari sifat SABAR. Lebih spesifik lagi, mengulas mengenai sabarnya nabi yuusof dalam menghadapi perubahan-perubahan fasa dalam hidupnya.

Sesungguhnya perubahan fasa dalam hidup merupakan satu ujian allah yang memerlukan kesabaran. Berapa ramai manusia terjerumus ke dalam perangkap syaitan ketika melalui perubahan fasa dalam hidup. Kita mungkin sedia maklum mengenai rakan-rakan atau orang yang hampir dengan kita yang berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik atau buruk yang mana perubahan itu berlaku seiring dengan perubahan fasa dalam kehidupan mereka.

Kisah nabi yuusof menggambarkan perjalanan hidup yang penuh dengan perubahan fasa. antaranya:

  1. Daripada hidup dalam keluarga yang memberi layanan istimewa (anak kesayangan ayah sehingga syaitan berpeluang membisikkan hasad dengki kepada abang2 nabi yuusof) kepada hidup sendiri.
    • di sini dapat kita perhatikan kecekalan nabi yuusof ketika ditinggalkan bersendirian di dalam perigi buta di tengah padang pasir, setelah dikhianati saudara-saudaranya. Nabi Yuusof tidak tenggelam punca dan tidak putus harap. Sehingga baginda diselamatkan oleh pedagang yang kebetulan lalu di situ. Itu baru permulaan pengembaraan Nabi Yuusof.
  2. Daripada hidup yang bebas merdeka kepada hidup sebagai hamba abdi.
    • Setelah Nabi Yuusof selamat daripada perigi buta, baginda di jual sebagai hamba. Dalam episod ini, perubahan yang di alami begitu ketara, dan cukup mencabar. Siapa yang agaknya akan tahan apabila diuji sebegini?
  3. Daripada kehidupan hamba kepada hidup senang di istana al-azeez.
    • Episod ini menyaksikan bagaimana akhirnya Nabi Yuusof dibebaskan dan dilayan sebagai “anak angkat” di istana Al-azeez. Dalam kisah ini, plotnya disusun oleh allah dengan cabaran yang berbeza; cabaran kesenangan. Nabi Yuusof diuji dengan anugerah kesenangan dan rupa paras yang begitu menarik, sehingga mengundang dugaan godaan dan ujian keimanannya. Begitu tinggi nilai iman Nabi Yuusof, sehingga baginda mampu menolak maksiat ketika baginda mampu melakukannya. Kisah yang Allah ceritakan satu persatu ini begitu menarik untuk dijadikan pedoman. (rujuk surah Yuusof)
  4. Hidup senang kepada dipenjarakan
    • Rentetan daripada ujian sebelumnya, Nabi Yuusof memilih penjara untu menyelamatkan imannya berbanding kesenangan yang melimpah-ruah. Dakwah nabi yuusof terus berjalan meskipun ketika berada dipenjara. Ini dapat diperhatikan melalui contoh perbualan baginda dengan dua orang ‘inmates’/rakan sepenjaranya. Perubahan fasa ini tidak melemahkan semangat baginda dan tidak menjadikan baginda seorang yang marah kepada takdir allah yang menimpanya.
  5. Daripada penjara kepada bebas & di beri kepercayaan
    • Setelah beberapa tahun dipenjara, nabi Yuusof akhirnya dibebaskan, setelah keistimewaan ilmunya iaitu mampu menafsir mimpi sampai ke pengetahuan pemerintah dan mimpi pemerintah itu ditafsirkan oleh baginda. Bukan itu sahaja, bahkan baginda menawarkan diri untuk menguruskan kekayaan negeri; satu tanggungjawab yang besar. Cuba bayangkan seorang bekas banduan memohon untuk menjadi menteri kewangan! Sesungguhnya peristiwa ini menggambarkan keyakinan diri Nabi Yuusof yang tidak terkesan dengan suasana sekelilingnya di dalam penjara. Baginda mampu melihat kemampuan dan keupayaan dirinya dan sedia memohon amanah yang setimpal dengan kemampuan itu.
    • Banduan menjadi menteri kewangan, inilah satu lagi ujian! Pernahkan anda melihat orang yang secara tiba2 menjadi senang? Daripada peneroka Felda kepada jutawan segera misalnya, atau orang yang secara tiba-tiba mendapat durian runtuh? Bagaimanakah perubahan fasa itu member kesan kepada jiwa mereka?
  6. Berkuasa membalas kezaliman
    • Kisah nabi yuusof tidak tamat di situ. Ujian seterusnya ialah berdepan dengan orang2 yang pernah menzalimi baginda dalam keadaan si penzalim datang itu memohon belas ihsan untuk diselamatkan daripada kebuluran. Inilah kemuncak kisah ini! Bagaimana kesabaran Nabi Yuusof menangani keadaan ini. Bagaimana kesusahan yang dialami berpuluh tahun setelah dizalimi, terpisah daripada ayah dan adik tercinta, tercampak ke bumi asing sehinggalah sampai ke tahap menjadi seorang yang ‘berjaya’ tidak menjadi alasan kepada Nabi Yuusof untuk membalas kezaliman itu dengan balasan yang setimpal, meskipun dia berhak dan mampu melakukannya.

Demikianlah liku2 perjalanan hidup yang telah Allah ceritakan dalam kitabnya. Semoga menjadi panduan untuk kita sama2 menjalani hidup kita. Sesungguhnya perubahan fasa kehidupan adalah bentuk ujian yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Antara yang mungkin relevan dalam dunia hari ini ialah:

  1. Daripada alam pelajar kpd dunia kerjaya
  2. Daripada bujang kepada berkahwin
  3. Dunia setelah bergelar ibu dan bapa
  4. Setiap kesusahan dan kesenangan yang di alami
  5. Perubahan persekitaran sama ada tempat kerja atau rakan taulan
  6. Setiap peristiwa yg berlaku dalam kehidupan sehari-hari

Semoga setiap satunya mendekatkan kita lebih hamper kepada Yang Esa.

Hiduplah dengan terpandu.

(saya sendiri sedang melalui beberapa perubahan fasa yang mencabar, semoga Allah membantu. Doakan yang terbaik)

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (maksud doa istikaharah; sila klik)

Categories: Sharing

mereka tetap membesar….

December 9, 2009 5 comments

Mereka kan tetap membesar…

Teringat kata2 seorang ustaz yang saya kenali kerana jasanya dalam membimbing para pelajar ketika di perantauan (sila klik), katanya: “ tak susah membesarkan anak, kerana mereka akan tetap membesar walaupun di biarkan…” memang tak pelik kepada saya kerana kata2 ini keluar dari mulut orang yang telah membesarkan lebih dari sedozen anak. Namun, ada sambungan kepada kata2 itu:  “yang susah ialah mendidik anak-anak itu…”

Sememangnya, anak-anak akan terus membesar. Detik masa berlalu tidak akan terasa dek kesibukan sehari-hari. Berapa ramai anak yang membesar dalam keadaan terbiar. Ya, mereka tetap membesar! Mereka tetap membesar walaupun tanpa ibu bapa yang menjaga mereka, mereka tetap membesar di jalanan, mereka tetap membesar walaupun di tinggalkan sendirian. Bahkan, mereka tetap boleh membesar macam dalam cerita tarzan, george in the jungle dan cerita2 yang seumpama dengannya. Memang tidak susah untuk sekadar membesarkan anak!

Apa yang susah? Yang susah ialah mendidik. Saban hari anak2 dididik oleh persekitaran mereka, kawan-kawan mereka, saudara-mara, rancangan televisyen, bahkan dididik oleh apa yang kita lakukan di hadapan mereka tanpa kita sedari. Lalu bagaimana kita hendak mendidik mereka dalam acuan yang terbaik yang kita mahukan?

Apa yang kita mahu lihat daripada anak-anak kita? Mahukah kita lahirkan generasi yang lebih baik daripada kita? Atau kita sekadar berpada apabila mereka dapat capai apa yang kita capai? Apakah ukuran2 yang akan kita guna untuk mengukur pencapaian mereka? Ada yang berkata…

Anak saya boleh nanyi lagi Thomas n friends pada umur 3 tahun….

Anak saya boleh menari “Chicken dance”

Anak saya boleh cam kereta Ferrari

Anak saya sudah hafal Muqaddam

Anak saya nak jadi doctor

Apa yang kita mahu sebenarnya?

Lalu daripada itu, apakah effort yang telah kita lakukan untuk mencapai apa yang kita mahukan? Cukupkah sekadar memberi mereka pakaian yang cantik-cantik, aksesori-aksesori berjenama, mainan-mainan canggih? Cukupkah kita sekadar mengulang apa yang telah ibu bapa kita lakukan, sedangkan anak2 kita berdepan dengan dunia yang jauh lebih mencabar.

Banyak lagi persoalan2 yang tenggelam timbul bila memikirkan isu pendidikan anak2 ini. Persoalan yang sesetengahnya belum ada jawapan.

Adakah kita sekadar try & error dalam isu pendidikan anak-anak?

Semoga pembesaran mereka tidak menyebabkan kita terpinga-pinga di belakang, kerana suatu hari kita tertanya-tanya, “adakah ini anak yang telah aku besarkan?”

Dan masa terus berlalu, dan mereka terus membesar….

Categories: Parenting

Seminar Perancangan Kewangan & Keushawanan

December 6, 2009 Leave a comment

For more info & registration, please click:  http://spkk.info/

Aturcara:

Categories: Aktiviti