Home > Sharing > “bezanya pada akad shj….”

“bezanya pada akad shj….”

“Alah, takde bezanya, cuma ada akad saja, yang lain semuanya sama…”

Itulah ayat yang dah banyak kali saya dengar, semasa nak ambik loan beli kereta pertama saya, ketika survey pinjaman nak beli rumah, ketika saya menekankan kepada jurujual, saya cuma nak syariah compliance products(loan & insurans) semasa beli kereta yg kedua dan ketika menerima panggilan-panggilan yang mempromosikan banyak jenis insurans conventional (maybe lebih sesuai di sebut haram, sebab bila sebut conventional semacam tiada salahnya)

Saya pernah menjawab kepada jurujual tersebut: “abg, memanglah sekali imbas nampak mcm beza pada akad shj… tp kalau abg tgk org bukan islam yang peluk islam, beza antara kafir dgn islam itu cuma asalnya pada akad shj.. akadnya ialah kalimah syahadah ”

Selesai shj dia lafazkan kalimah shahadah (satu bentuk akad), islam lah dia dan layaklah dia menerima layanan sebagai seorang islam, layak menerima zakat, layak diuruskan jenazahnya dengan cara pengurusan jenazah islam, layak di beri salam dan lain-lain lagi hak seorang muslim. itulah nilah sebuah akad.

Hakikatnya banyak lagi urusan kehidupan seorang islam yang halal dan haram, sah dan batalnya bergantung pada akad. Bukankah akad itulah menghalalkan sentuhan antara dua insan yang bukan mahram, menghalalkan malah memberikan pahala dalam persetubuhan  yang sebelum pada akad akan di sebut zina yang terkutuk, mambolehkan anggota badan didedahkan (pada tempat yang sepatutnya) yang sebelumnya menjadi aurat yang wajib ditutupi. Itu baru dalam urusan nikah kahwin.

Dalam urusan lain, akad juga (dlm bentuk lafaz bismillah) menghalalkan sembelihan itu untuk dimakan, walaupun sebenarnya tiadalah bezanya ayam yang di ternak di ladang yang sama, oleh tuan yang sama, dan sama-sama di sembelih. Namun jika satunya di sembelih kerana Allah, maka halal lah ayam itu sbg makanan, manakala ayam yang tetap di sembelih tetapi bukan dengan nama Allah tetapi utk tujuan sembahan yang lain, maka haramlah ia…. bukankah ayam itu secara fizikalnya tetap sama? apakah bezanya? bukankah pada akad semata-mata?

Lalu janganlah sekali-kali kita perkecilkan amalan-amalan yang nampak semacam kecil, padahal amalan demikian boleh memberi nilaian sebenar sesuatu amal itu disisi Allah.

Dalam muamalah sesama manusia, akad menjadi satu ciri penting yang menggambarkan persetujuan kedua-dua belah pihak terhadap sesuatu transaksi. Pada akad lah di sandarkan sama ada urusniaga itu sah atau tidak. dalam konteks ini, akad tidak semestinya keluar dalam bentuk lafaz, tetapi boleh jadi dalam bentuk isyarat yang menggambarkan berlaku persetujuan kedua-dua belah pihak. (cth; urusniaga di vending machine, anda sebagai pembeli bersetuju membeli sesuatu barang dgn harga yang dipamerkan, yg mana persetujuan itu boleh dikira dgn kesediaan anda memasukkan wang dan memilih barang yang anda mahu)

Ringkasnya, jangan sesekali diperkecilkan akad itu. Kalaupun perbezaan sesuatu produk kewangan Islam itu hanya berbeza pada akad sahaja, berbanding dengan produk yang sebanding dengannya daripada sistem coventional, itu adalah satu perbezaan yang wajar dihargai. Sebagaimana si kafir yang baru mengucap syahadah, harapnya betitik tolak drpd syahadah itu, seluruh cara hidupnya pun akan diusahakan supaya sesuai dgn agama barunya, sedikit demi sedikit. Si kafir itu sudah Islam, namun masih perlu kepada pembetulan dan peningkatan yang berterusan. Produk-produk kewangan Islam hari ini juga perlu kepada peningkatan supaya akhirnya perbezaan antara produk itu dengan produk daripada sistem konventional bukan hanya pada akadnya, malah memberikan satu penyelesaian yang total dan memperlihatkan nilai sebenar di sebalik perlaksanaan shari’ah itu.

Saya berpandangan, sistem kewangan islam yang sekarang tengah meningkat naik ini, akan bergerak drpd “shari’ah compliance” kepada “shari’ah based”. Apa bezanya? Cuba gambarkan seseorang yang hidupnya cuba disesuaikan dengan shari’ah Islam, dengan orang yang memang hidupnya itu sendiri adalah kerana tuhan-nya, yang menjadi sebab kejadiannya (purpose of creation). Saya berharap akan dapat menyentuh isu ini dengan lebih lanjut pada masa akan datang, Insya Allah. Antara “shari’ah based” dan “shari’ah compliance”.

Categories: Sharing
  1. hafez
    November 30, 2009 at 10:07 am

    Jzkk akhi, artikel yang menarik.

    Ayat “Alah, takde bezanya, cuma ada akad saja, yang lain semuanya sama…” tidak patut timbul jika orang yang menuturkannya itu faham tentang akad. Hal ini kerana rukun akad yang kedua itu sendiri (subjek akad) menyatakan bahawa subjek akad itu mestilah tidak menyalahi syarak. Ini menunjukkan ada beza antara sistem kewangan islam dan kewangan konvensional. Maka bila ada akadnya adalah bezanya.

    Mungkin apa yang diperkatakan melalui ayat di atas itu cuba untuk menyatakan tentang outcome of the transaction dari segi matematiknya. Hal ni terjadi kerana sistem kewangan islam masih belum mempunyai benchmark yang kukuh utk menentukan keuntungan dalam urusniaga mereka terutamanya yang melibatkan konsep murahabah.

    Disebabkan sistem kewangan Islam yang masih baru, menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyekat perkembangan yang berlaku atas beberapa kelemahan yang ada contohnya dalam kontrak Bai bithaman ajil (BBA): jika bukan atas ihsan pihak penjual untuk memberi rebat kepada pembeli jika pembeli hendak menyelesaikan hutang dengan lebih awal, maka pembeli may end up paying a lot more than the conventional contract.

    Walaubagaimanapun sebagai Muslim kita meyakini bahawa keredhaan Allah kepada hambaNya adalah penting dan moga dengan mentaati perintahNya kita akan dikurniakan barakah di dalam hidup.

    Wallahu’alam.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: