Archive

Archive for November, 2009

“bezanya pada akad shj….”

November 29, 2009 1 comment

“Alah, takde bezanya, cuma ada akad saja, yang lain semuanya sama…”

Itulah ayat yang dah banyak kali saya dengar, semasa nak ambik loan beli kereta pertama saya, ketika survey pinjaman nak beli rumah, ketika saya menekankan kepada jurujual, saya cuma nak syariah compliance products(loan & insurans) semasa beli kereta yg kedua dan ketika menerima panggilan-panggilan yang mempromosikan banyak jenis insurans conventional (maybe lebih sesuai di sebut haram, sebab bila sebut conventional semacam tiada salahnya)

Saya pernah menjawab kepada jurujual tersebut: “abg, memanglah sekali imbas nampak mcm beza pada akad shj… tp kalau abg tgk org bukan islam yang peluk islam, beza antara kafir dgn islam itu cuma asalnya pada akad shj.. akadnya ialah kalimah syahadah ”

Selesai shj dia lafazkan kalimah shahadah (satu bentuk akad), islam lah dia dan layaklah dia menerima layanan sebagai seorang islam, layak menerima zakat, layak diuruskan jenazahnya dengan cara pengurusan jenazah islam, layak di beri salam dan lain-lain lagi hak seorang muslim. itulah nilah sebuah akad.

Hakikatnya banyak lagi urusan kehidupan seorang islam yang halal dan haram, sah dan batalnya bergantung pada akad. Bukankah akad itulah menghalalkan sentuhan antara dua insan yang bukan mahram, menghalalkan malah memberikan pahala dalam persetubuhan  yang sebelum pada akad akan di sebut zina yang terkutuk, mambolehkan anggota badan didedahkan (pada tempat yang sepatutnya) yang sebelumnya menjadi aurat yang wajib ditutupi. Itu baru dalam urusan nikah kahwin.

Dalam urusan lain, akad juga (dlm bentuk lafaz bismillah) menghalalkan sembelihan itu untuk dimakan, walaupun sebenarnya tiadalah bezanya ayam yang di ternak di ladang yang sama, oleh tuan yang sama, dan sama-sama di sembelih. Namun jika satunya di sembelih kerana Allah, maka halal lah ayam itu sbg makanan, manakala ayam yang tetap di sembelih tetapi bukan dengan nama Allah tetapi utk tujuan sembahan yang lain, maka haramlah ia…. bukankah ayam itu secara fizikalnya tetap sama? apakah bezanya? bukankah pada akad semata-mata?

Lalu janganlah sekali-kali kita perkecilkan amalan-amalan yang nampak semacam kecil, padahal amalan demikian boleh memberi nilaian sebenar sesuatu amal itu disisi Allah.

Dalam muamalah sesama manusia, akad menjadi satu ciri penting yang menggambarkan persetujuan kedua-dua belah pihak terhadap sesuatu transaksi. Pada akad lah di sandarkan sama ada urusniaga itu sah atau tidak. dalam konteks ini, akad tidak semestinya keluar dalam bentuk lafaz, tetapi boleh jadi dalam bentuk isyarat yang menggambarkan berlaku persetujuan kedua-dua belah pihak. (cth; urusniaga di vending machine, anda sebagai pembeli bersetuju membeli sesuatu barang dgn harga yang dipamerkan, yg mana persetujuan itu boleh dikira dgn kesediaan anda memasukkan wang dan memilih barang yang anda mahu)

Ringkasnya, jangan sesekali diperkecilkan akad itu. Kalaupun perbezaan sesuatu produk kewangan Islam itu hanya berbeza pada akad sahaja, berbanding dengan produk yang sebanding dengannya daripada sistem coventional, itu adalah satu perbezaan yang wajar dihargai. Sebagaimana si kafir yang baru mengucap syahadah, harapnya betitik tolak drpd syahadah itu, seluruh cara hidupnya pun akan diusahakan supaya sesuai dgn agama barunya, sedikit demi sedikit. Si kafir itu sudah Islam, namun masih perlu kepada pembetulan dan peningkatan yang berterusan. Produk-produk kewangan Islam hari ini juga perlu kepada peningkatan supaya akhirnya perbezaan antara produk itu dengan produk daripada sistem konventional bukan hanya pada akadnya, malah memberikan satu penyelesaian yang total dan memperlihatkan nilai sebenar di sebalik perlaksanaan shari’ah itu.

Saya berpandangan, sistem kewangan islam yang sekarang tengah meningkat naik ini, akan bergerak drpd “shari’ah compliance” kepada “shari’ah based”. Apa bezanya? Cuba gambarkan seseorang yang hidupnya cuba disesuaikan dengan shari’ah Islam, dengan orang yang memang hidupnya itu sendiri adalah kerana tuhan-nya, yang menjadi sebab kejadiannya (purpose of creation). Saya berharap akan dapat menyentuh isu ini dengan lebih lanjut pada masa akan datang, Insya Allah. Antara “shari’ah based” dan “shari’ah compliance”.

Advertisements
Categories: Sharing

Dan rezekinya daripada sumber yg tidak di sangka2….

November 26, 2009 Leave a comment

semalam, ada sedikit progress dlm kerjaya baru….

dalam keadaan yang dah tak tahu nak buat apa, bila beberapa perkara yg telah dirancang tidak menjadi, nampaknya benarlah janji Allah:

“Dan sesiapa yang bertakwa kpd allah, Dia akan jadikan kepadanya jalan keluar, dan rezekinya daripada sumber yang tidak di sangka-sangka….” (At-thalaq: 2-3)

Teruskan berusaha kerana dalam setiap usaha ada pahala. Bersangka baik lah pada Yang Esa.

Semuanya telah tertulis, maka berusahalah dgn tenang.

Categories: Life Notes

What i wanna be?

November 22, 2009 Leave a comment

Being able to ask ourself the question of “What I really want to be?” is indeed a great blessing. Not many people are able to ask that question. In most cases, we don’t have such freedom to really dwell into deep thoughts to answer such question. In most cases, the answer seems to be there already, with not many options are available.

Look around and see how many people around us are ‘trapped’ in their circumstances, leaving them to decide against their will. How many people have to wake up in the morning and ask themselves “why i need to do this job?”. How many people live their life blaming everyone but themselves for making the choice for them, blaming the parents for forcing their unaccomplished mission on them, blaming the scholarship provider for choosing the course to be taken, blaming the employer who ‘forced’ them to accept the job that does not fit their preference and qualifications, blaiming the society for forcing them to embrace the ‘values’ that are against their inner sense, and the list goes on. As a result of these so called circumstances, we then trapped in thick of thin things that leave us no space and time to really have our deep thoughts and principle to guide us.

The question such as “what i really want to be” invites deep thoughts and require us to reflect deep within ourselves to get the answer. It require courage to to really hold on to our principle and stand up against whatever challenges that we may face. It require us to have deep sense of purpose, the purpose of our existence.

The truth is we have the freedom to make the choice and we are accountable for the choice that we make.

“Verily, we showed him the way, whether he be grateful or otherwise” (al-insaan;3)
or in malay translation:
“sesunggunya kami menunjukkan mereka akan jalan-jalan, samaada dia akan bersyukur (dengan beriman dan taat) atau pun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)”

The following verses in Al-Insaan then refer to the consequences of such choice.

The same messages is conveyed in the verses 7-10 in chapter As-Shams. Mankind have the freedom of choice and will be answerable to what ever choice they make in this life.

To emphasize, the truth is we have the freedom of choice and we are accountable for the choice that we make.

So lets make the right choice, and be brave to face the consequences of our choice. There’s no point in blaimng others for the choice that we make!

Categories: Sharing

Hiduplah umpama burung, yakinlah pada Si Pemberi…

November 21, 2009 1 comment

Teringat masa berbual-bual dengan seorang teman yang selalu menunjukkan jalan kepada saya di kala memerlukan, katanya: “Hiduplah umpama burung” lalu dia memetik sebuah hadith yang sungguh cantik maknanya.

Sementara ingatan itu masih segar, saya membelek-belek Riadhus-Shalihin, kitab hadith masyhur oleh Imam An-Nawawi, dalam bab tawakkal, terjumpa hadith ini:

Dari Abu Hurairah r.a. , daripada Nabi s.a.w, beliau bersabda: “akan masuk syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung” (Hadith Riwayat Muslim) Dikatakan bahawa ertinya ialah mereka bertawakkal, ada pula yang berkata hati mereka tipis (lembut).

Kurang jelas maksud hadith ini pada saya, lalu saya terus membelek. Selang dua hadith, saya temui hadith ini:

Daripada Umar r.a. , dia berkata: “saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, tentu Dia akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana  Dia memberikan rezeki kepada burung yang pergi  pada pagi hari dengan perut yang lapar dan pulang pada petang hari dalam keadaan kenyang.” (hadith Riwayat Tarmizi, dia berkata Hadith ini hasan.

Sungguh dalam maksudnya. Terfikir saya, bagaimana tahap tawakkal saya sebelum ini. Bilamana seolah-olah akan pasti rezeki itu sudah terjamin, cukup waktunya akan ada dalam akaun bank.

“maka apabila engkau telah bertekad, maka bertawakkallah kepada Allah” (Ali Imran: 159)

Maka apa lagi yang dirisaukan, setelah ada tekad, usaha dan tawakkallah. Segalanya sudah tertulis, usahakan dengan tenang. Ada pahala dalam setiap usaha, ada ganjaran yang disediakan.

Yakinlah pada Si Pemberi!

Categories: Sharing

The new beginning

November 20, 2009 2 comments

I have started two blogs before, none survived.

Hopefully, with some changes that had happened in my life recently this blog will have a better chance of survival.

The previous blogs was using pseudonyms (musafirkelana, baitiliummati), so the ‘death’ of the blogs have no real impact. The decision to use real names is a commitment to see the blog survive and have meanings to myself and future readers. The blog shall survive as long as I am alive, God Willing.

Let the Life’s Journey begin, although this is not really the beginning of a life, rather the beginning of a new chapter of a life.

Categories: Life Notes Tags: